HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Mei 2020

Ustaz Abu Syafiq Dan Ustaz Ebit Liew


1) Tak payah berbalah pasal Ustaz Abu Syafiq tu. Dalam PH pun dia ada, dalam PAS pun dia ada. Tapi dia bukan double agent. Dia juga bukan lalang. Dia cuma mahukan perhatian. Saya perhatikan dia sudah lama. Sebelum dia join politik PH atau PAS, dia lebih garang dalam bab melawan Wahabi.

2) Kemudian ada satu kes dengan Dr MAZA, dia turun bertemu mata dengan Dr MAZA. Setelah itu, kurang berbunyi suara-suara beliau melawan Wahabi, walaupun dalam blog dan FBnya masih tetap melawan Wahabi. Tidak lama kemudian, banyak pula posting beliau menyokong PH ketika kempen PRU14.


3) Saya rasa agak aneh apabila Ustaz Abu Syafiq menyokong PH, sebab DrMAZA juga sokong PH. Tetapi apabila rujuk kepada pertemuan mereka sebeum itu, mungkin sudah berlaku neutralisasi antara mereka. Mungkin juga dia nampak aura PH akan menang besar. Mungkin laa...

4) Lepas PH menang dan banyak isu-isu panas yang timbul dek pemenerintahan PH, mungkin Ustaz Abu Syafiq pun duduk tak senang. Lebih-lebih lagi pula sentimen Melayu-Islam yang dimainkan oleh PAS dan UMNO dalam Muafakat Ummah, nampak macam besar.. tiba-tiba dia muncul atas pentas Muktamar PAS pula.


5) Waktu itu saya baca je posting orang PAS puji Ustaz Abu Syafiq. Saya kata dalam hati, hangpa ni tak pernah baca ke tulisan FB dia semasa PRU14 dulu? Tapi rasanya yang maki dia lagi ramai kut walaupun dah bergambar dengan Presiden PAS. Saya pun malas nak bazirkan kapasiti neuron dalam kepala otak saya untuk fikir pasal beliau. Ikut suka lah.

6) Kalau tengok pattern isu yang dia buat sebelum ini, sedikit masa lagi dia akan turun jumpa Ust Ebit Liew. Mohon maaf ka, berdamai ka, peluk-peluk ka apa ka, selesai. Yang tak selesai adalah penyokong PH dan Penyokong PAS dlam media sosial duk bertempur guna gambar dia atas muktamar PAS dan screenshot media sosialnya yg menyokong PH.

7) Walaubagaimana pun, kadang-kadang saya simpan juga sedikit percent untuk setuju dengan Ustaz Abu Syafiq mengkritik Ust Ebit Liew. Bukan bersetuju dengan beliau, tetapi setuju dengan sedikit nada kritikan. Mungkin 2% daripada nada kritikan beliau itu bagus untuk Ustaz Ebit Liew, supaya tidak tenggelam dalam pujian orang ramai dan netizen.

8 ) Pujian yang keterlaluan dibimbangi boleh merosakkan hati Ustaz Ebit Liew. Kita tak mahu Ustaz Ebit dirosakkan dengan pujian. Kita tahu ustaz Ebit baik, tawadhuk. Tapi talbis iblis tidak akan mengalah untuk rosakkan ustaz Ebit. So, kita yang suka puji terlebih, kena hati-hati. Takut-takut kita jadi punca yg merosakkan Ustaz Ebit. Cukup setakat menepis cercaan orang terhadap beliau.

Tiada ulasan: