HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Februari 2010

GMP anjur ceramah, forum sempena setahun demo bantah PPSMS

Oleh ROY RASUL


KUALA LUMPUR: Sempena genap setahun 'Perhimpunan Mansuh PPSMI ke Istana Negara 7 Mac' lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan majlis ceramah dan forum bahasa kebangsaan pada 7 Mac ini kata, Pengerusi GMP, Dato' Hassan Ahmad.

Beliau berkata, majlis tersebut akan diisi dengan ceramah dan forum tentang dasar penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar Sains dan Metamatik di peringkat sekolah rendah hingga Institut Pengajian Tinggi (IPT) di samping penggunaan bahasa ibunda dalam mata pelajaran yang sama di sekolah jneis kebangsaan.

"Keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa GMP pada 3 Februari lalu sempena genap setahun GMP melancarkan perarakan menyampai memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong membantah PPSMI pada 7 Mac ini," katanya dalam satu media di rumah Persatuan Penulis Nasional (Pena) dekat sini, Jumaat lalu.

Katanya, apa yang GMP mahu timbulkan mengenai komitmen kerajaan untuk benar-benar mengembalikan dasar penggunana bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan pusat pengajian tinggi sebagaimana sebelum tahun 2003 dahulu seperti mana termaktub dalam Akta Pendidikan (Pelajaran) 1996.

Katanya, akan dibincangkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam semua bidang, bukan hanya dalam bidang Sains dan Matematik.

Ini dakwanya, trend sekarang kebanyakan IPTA sudah melangkah lebih dari dasar PPSMI di mana hampir semua bidang hampir mahu diajar dalam Bahasa Inggeris.

"Pengajaran dan pembelajaran bahasa kebangsaan sebagai salah satu bahasa kursus patut diajarkan kepada semua pelajar asing di Institut Pengajian Tinggi dengan mewajibkan mereka mengetahui bahasa kebangsaan seperti diamalkan di negara-negara maju di Barat dan di Asia.

"Di Jepun misalnya kita mesti tahu bahasa Jepun sebab bahasa pengantar di Jepun, bahasa Jepun begitu juga di Prancis, Jerman dan sebagainya.
Hanya kita tidak menggunakan syarat itu.

"Kalau macam itu biarpun mereka pergi ke England atau Amerika, tidak payahlah mereka datang sini," katanya.

Beliau berkata jika tidak pun dijadikan syarat kemasukan di IPTA negara ini sekurang-sekurangnya diajar bahasa Melayu sebagai satu kursus.

Selain itu mereka akan memantau sejauh mana kerajaan berusaha untuk meningkat mutu pengajaran dan kaedah Bahasa Inaggeris dan bahasa Kebangsaan di sekolah-sekolah.

Tegasnya, majlis itu membincangkan supaya tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai syarat untuk lulus dalam peperiksaan di sekolah seperti dalam SPM.

"Sebab kita dengar ada ura-ura itu, baik kita tidak payah merdeka, kalau itu yang dilakukan akan menimbul banyak masalah lain, tidak menyelesaikan masalah.

"Jadi kami berpegang kepada cadangan kami iaitu meningkat mutu atau kaedah pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah," ulasnya beberapa perkara yang akan dibincangkan nanti.

Dalam pada itu, katanya, antara tujuan ceramah itu untuk menimbulkan perkara yang logik tentang daya, nilai kognitif dan bahasa pendidikan rakyat negara ini bukan rakyat di negara lain.

Katanya, segala kepercayaan, pandangan dan teori salah yang masih diperjuangkan segelintir pihak danorang teetrntu mengatakan orang yang tidak mempelajari apa-apa ilmu dalam bahasa Inggeris akan menjadi manusia 'bodoh'.

"Kita tidak mahu pandangan yang salah itu hanya bersifat peribadi mempengaruhi pihak pembuat dasar pelajaran di negara ini. Kami juga akan mengundang mereka ini bagi bersama-sama membincang dalam isu ini," katanya.

Sementara itu sidang media turut dihadiri hampir semua Jawatankuasa GMP antaranya, Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, Hasni Abas, Che Shamsuddin Othman (Dinsman), Zainon Ahmad, Profesor Emeritus Abdullah Hassan, wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Tiada ulasan: