| Jimadie Shah Othman | |||
| |
“Kita bukan hendak mencampuri urusan mahkamah, tetapi hanya untuk menunjukkan pendirian kita. Kita bukan berdemonstrasi atau sebagainya, bukan pertikaikan.
“Terpulanglah pada mahkamah untuk buat keputusan,” kata pegawai perhubungan Awamnya Rohana Hassan.
Beliau diminta mengulas penggantungan kain rentang dengan logo Mais di pelbagai masjid di Selangor yang menyebut “Penggunaan perkataan Allah hanya untuk orang Islam sahaja”, bagi membantah tuntutan mingguan Katholik Herald.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Rohana berkata, penggantungan kain rentang itu di masjid-masjid di Selangor bermula sejak tahun 2008 lagi apabila kontroversi itu mula-mula dibawa ke mahkamah.
Bagaimanapun, tambahnya perkara tersebut mungkin tidak disedari kerana pada waktu tersebut “isu itu masih belum panas.”
Rohana mengakui terdapat galakan daripada pejabat pengerusi Mais supaya masjid turut memainkan peranannya bagi menyatakan pendirian tersebut tetapi ia tidak diwajibkan.
“Kita menggalakkan masjid tunjuk sokongan. Tidak ada diwajibkan. Kita hanya beritahu pendirian ini,” katanya sambil menjelaskan, kain rentang tersebut dibuat sendiri oleh masjid berkaitan.
Berhubung kain rentang yang mempunyai reka bentuk yang sama, beliau menjelaskan:
“Mula-mula sekali digantung di Masjid Negeri Shah Alam. Mungkin masjid lain tengok dan tiru reka bentuk itu.”
Rohana juga berkata, oleh kerana usaha itu berjalan secara sukarela, maka pihaknya tidak dapat mengesan berapa jumlah masjid yang terlibat di seluruh negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan