HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 Februari 2010

SPRM Sahkan Tahan Setiausaha Politik Umno Dengan Tunai RM2 Juta


http://buletinonline.net/images/stories/berita22/UMNO%20Rasuaha.jpgSPRM telah mengesahkan menahan seorang Setiausaha Politik kepada seorang Menteri kanan setelah menjumpai wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang.

Ahli Umno itu dilaporkan juga mempunyai hartanah yang bernilai jutaan ringgit.

”Ya, SPRM telah menahan seorang lelaki bagi penyiasatan lanjut,” kata pegawai tinggi SPRM sebagamaimana di petik Malaysia Insider.

Bagaimana pun SPRM enggan memberikan butir-butir lelaki yang ditahan atas sebab-sebab keselamatan.

Pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pada jam 3.30 petang Khamis dan merampas sekarung wang kertas RM5, RM10, RM50 dan RM100.

Tiada ulasan: