HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Februari 2010

Syurga Mewah Pelacuran Feri Zamboanga?

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MENAKJUBKAN… Sejak 10 tahun lalu, tidak ada satu agensi penguatkuasa yang menaiki feri penumpang di Sandakan ke Zamboanga bagi memeriksa penumpang atau muatannya sehingga feri berkenaan menjadi pintu utama penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Beberapa buah hotel di Bandar Ramai-Ramai, Sandakan telah diubahsuai dan dipelbagai guna sebagai Pusat Pelacuran secara terbuka kerana sindiket membawa masuk wanita Filipina untuk tujuan pelacuran telah membayar wang perlindungan RM100 sebulan bagi setiap pelacur yang menggunakan pas lawatan sosial mereka atau tidak mempunyai dokumen untuk menjalankan utusniaga tertua di dunia.


Dalam pemerhatian selama satu minggu, Krew Sabahkini.net mendapati begitu ramai pengawai penguatkuasa datang untuk memuaskan nafsu seks mereka secara percuma sebagai bayaran perlindungan daripada serbuan; terutama apabila ada pelacur baru datang menggantikan yang agak lama.

Lazimnya wanita yang selalu dilanggan agensi penguatkuasa akan dijadikan perempuan simpanan setelah pas lawatan mereka tamat atau mereka yang tidak mempunyai dokumen akan diberikan dokumen palsu atau IMM13 palsu.

Semua ini terjadi kerana h Pengarah dan pegawai senior Jabatan Laut tidak pernah turun padang sehingga anggota biasa tidak melakukan sebarang kerja dan lebih banyak membuang masa melanggani wanita dan menjalankan kegiatan haram yang bercanggah dengan undang-undang.

Dalam hal ini, Menteri Pengangkutan yang ditenggelami krisis PKFZ tidak mempedulikan masalah yang ditimbulkan oleh pengangkutan feri di Sandakan sehingga pembayar cukai yang menjadi mangsa kesan daripada operasi feri dan bertambahnya kadar jenayah di Sandakan akibat tidak ada kawalan terhadap kemasukan warga asing melalui feri dan kumpit.

Kesemua agensi penguatkuasa di Sandakan bertanggung jawab menyumbang kegiatan pelacuran di Sandakan; lebih-lebih lagi mendapat kerjasama dan perlindungan ahli politik yang menggunakan nama baik mereka untuk mendalangi kegiatan haram ini.

Bak kata pepatah orang Kedah, jatuh bangun seorang lelaki ialah kerana dua masalah, ‘Duit dan Bur*t’ (Wang dan Kemaluan). Begitu juga yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa di Sandakan kerana ‘kekurangan duit’ membuatkan mereka berhutang sehingga di luar kemampuan sekalipun mendapat ‘Bur*t’ secara percuma, namun rumah tangga porak poranda dan kes penyakit kelamin yang semakin meningkat.

Sememangnya amat memalukan kerana sesiapa yang ada wang dan perempuan boleh membeli kesetiaan penguatkuasa kepada Negara sehingga sanggup membantu wanita GRO atau pelacur ini mendapat mykad atau PR; penjenayah berniaga barang kawalan secara bebas; diesel bersubsidi; pasir, balak, air, elektrik, katil hospital; malah sanggup menggadai maruah ibu pertiwi!

Sabahkini.net berterima kasih kepada bekas-bekas isteri kepada beberapa pegawai penguatkuasa yang menemui krew Sabahkini.net; terutama Faye Pacheko iaitu bekas isteri Merinyu Laut Kanan, Daning Tuzan.

Bagaimanapun kisah Faye dan mangsa lain akan disiarkan pada masa akan datang dalam bentuk video dan wawancara.

Pada keluaran akan datang, Krew Sabahkini.net akan menyiarkan wawancara khas dengan pelajar wanita Sekolah Menengah St.Mary dan pelajar lelaki Sekolah Menengah Sung Siew Sandakan berhubung kegiatan mereka sebagai pelacur dan gigolo sambilan selepas waktu bersekolah.

Wawancara berkenaan telah dijalankan di Restoran Khan dan Restoran Islamic, Sandakan yang akan memberikan kejutan demi kejutan kepada pihak berkuasa dan ibu bapa yang tidak menyangka anak kesayangan mereka terlibat dengan kegiatan pelacuran untuk suka-suka atau pendapatan tambahan untuk liburan hujung minggu.


Tiada ulasan: