SELANGOR KINI
SHAH ALAM– Pengusaha Taska diminta menghantar pengasuh mereka mengikuti mana-mana program pembelajaran yang boleh meningkatkan lagi mutu kerjaya sebagai pengasuh dan pendidik.
Timbalan Pengerusi Puspanita Selangor, Datin Dely Zarina Kassim berkata usaha ini harus dilakukan secara lebih kompeten dalam melahirkan lebih ramai pengasuh yang dilengkapi dengan pelbagai kebolehan dalam mengasuh kanak-kanak.
“Pada saya perkara ini sangat bagus, boleh dibuat tiap-tiap tahun supaya mereka dapat bertukar-tukar pendapat dan tambah ilmu mereka.
“Saya berharap mereka menjadi seorang pengasuh dan masa yang sama menjadi pendidik yang berwibawa untuk majukan anak-anak yang berilmu pada pada satu masa nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Peningkatan Kerjaya dan Pembangunan Usahawan Taska/ Pusat Jagaan 2010 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Konvensyen tersebut merupakan usaha dan penganjuran kerajaan negeri dalam memartabatkan profesion pengasuh sekali gus dapat membentuk modal insan dalam kalangan kanak-kanak Taska.
Kira-kira 1,200 peserta pengasuh Taska dari seluruh negara hadir bagi mengikuti konvensyen yang diadakan selama dua hari itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan