SABAK BERNAM: – Kerajaan Negeri bermatlamat mewujudkan generasi idamanan Selangor disamping membanteras gejala sosial yang semakin meningkat.
Exco Pendididkan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, ketika negeri di perintah UMNO- BN, hanya RM10 juta setahun diperuntuk untuk menanggani gejala sosial.
Walaupun ada blueprint berkenaan menangani gejala sosial namun ianya tidak dilaksanakan dengan menyeluruh.
“Peruntukan kerajaan negeri Selangor untuk pembasmian gejala sosial hanyalah RM10 satu tahun, berdasarkan kepada rekod Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri,” jelas Dr Halimah.
“Saya juga melihat siapakah exco yang telah dipertanggungjawabkan khusus untuk menangani gejala sosial ini nampaknya tidak ada. Di dalam blueprint, memang ada perkataan ‘pencegahan’, tetapi itu hanya di atas kertas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Karnival dan Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar,Sabak Bernam.
Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang bertujuan mewujudkan generasi Idaman Selangor disamping membanteras gejala moral yang kian meningkat.
Lebih 1000 orang dari sekitar Sabak Bernam menghadiri majlis perasmian.
Dalam program ini isi dengan pelbagai acara,antaranya pameran oleh kerajaan dan swasta, persembahan nasyid, forum, pertandingan sukan tradisional, futsal, Explorace dan sukaneka.
Kaedah perlaksanaan GeMS menggunakan pendekatan 5P iaitu Pembangunan, Pencegahan, Pencelahan, Penguatkuasaan dan Pemulihan ke atas golongan sasaran secara bersepadu dan bersifat jangka panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan