Aidila Razak |
Selasa lalu, Mohd Naroden berkata kerajaan negeri tidak boleh bertindak bagi menjalankan bancian tanah untuk tujuan dituntut sebagai tanah hak warisan pribumi native customary rights (NCR) jika ia dibuat melalui perwakilan pembangkang.
Baru (atas, kiri), yang telah berdekad lamanya mempertahankan tanah warisan masyarakat pribumi sebagai seorang peguam berkata kenyataan penolong menteri itu membuktikan kedangkalannya berhubung tanah NCR.
Katanya jika ada bukti yang mencukupi berhubung pemilikan, mereka sepatutnya memberikan geran tanah, tetapi kerajaan hanya memberi alasan demi alasan.
Sebelum ini, kerajaan negeri Sarawak mendakwa Jabatan Tanah dan Bancian negeri tidak dapat menjalankan kerja-kerja bancian kerana kekurangan dana.
Untuk mengatasi masalah itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kemudiannya mengumumkan peruntukkan dana persekutuan sebanyak RM20 juta untuk tujuan berkenaan.
"Saya beranggapan mereka tidak mahu bancian dijalankan kerana khuatir seluruh Sarawak sebenarnya milik masyarkat pribumi,” katanya.
Sekalipun bancian dijalankan, namun menurut peguam berbangsa Orang Ulu itu, masyarakat pribumi besar berkemmungkinan akan ditipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan