“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.
“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.
Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.
Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.
Katanya sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri. Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan