HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Ogos 2010

Masuk surau: DAP mahu Mais siasat terperinci

Harakahdaily

SHAH ALAMs: Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Beliau merujuk tindakan serta merta Mais berhubung insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki dan berucap di Surau Al-Huda dua hari lalu.

Menurutnya, beliau tidak mahu isu tersebut dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, UMNO dan Perkasa sebagai satu isu politik dan perkauman untuk merosakan keharmonian masyarakat kita.

"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang dan mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Jawatankuasa Surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata," katanya.

Menurutnya, Teo hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi Negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir dan langsung tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas tersebut.

"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramadhan yang suci."

"Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

Tiada ulasan: