HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Ogos 2010

Dua pengawal keselamatan mati ditembak rakan sekerja

BERITA HARIAN ONLINE

SHAH ALAM: Dua pengawal keselamatan mati ditembak rakan sekerja sendiri selepas terbabit dalam satu pertengkaran di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dekat sini, pagi tadi.

Susulan tidak berpuas hati ditegur kerana tidur ketika bertugas, seorang pengawal keselamatan yang baru bertugas selama tiga bulan, menembak mati dua rakan sekerjanya dengan menggunakan senapang, pagi tadi.

Akibatnya, kedua-dua mangsa, P Mailvaganam, 47, dan S Gunasilan, 22, mati di tempat kejadian dengan kecederaan parah di dada, selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan pengawal keselamatan berusia 37 tahun itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata pada kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, seorang daripada mangsa menegur suspek yang tidur ketika bertugas sehingga berlaku cabar mencabar, di tempat letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Katanya, ketika bergaduh, suspek melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata yang dibawanya dan mengenai dada mangsa.

"Suspek kemudian menyerah diri kepada ketua pengawal di bilik pengawal keselamatan hospital ini.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek sudah ditahan untuk siasatan, manakala mayat kedua-dua mangsa kini berada di rumah mayat untuk dibedah siasat," katanya di tempat kejadian, sebentar tadi.

Tiada ulasan: