MALAYSIA KINI | ||
|
Anifah mengulas tuntutan parlimen Indonesia yang mahu Malaysia meminta maaf kerana menggari dan memakaikan baju banduan kepada tiga petugasnya itu.
Bagaimanapun, Anifah berkata beliau sedia berbincang dengan kementerian dalam negeri untuk menyemak semula prosedur berkenaan sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak, memandangkan pencerobohan kawasan itu bukanlah jenayah yang berbahaya.
Pada masa yang sama, Anifah berkata Malaysia tidak mengharapkan permohonan maaf daripada Indonesia berhubung tindakan rakyatnya yang melempar najis ke kawasan kedutaan besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu.
Dalam perkembangan lain, Anifah berkata pihak media, dari kedua-dua Malaysia dan Indonesia juga harus bertanggungjawab dengan laporan masing-masing, dengan memberi laporan yang tepat berdasarkan fakta dan menjaga sensitiviti antara negara.
"Saya menyokong kebebasan media, tapi janganlah kebebasan media itu sehingga mengundang masalah yang lain. Janganlah kebebasan media itu digunakan oleh orang yang punya agenda yang lain," katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat jemaah menteri pada Rabu lalu sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelakkan kejadian yang sama di negara ini.
Anifah berkata kementerian dalam negeri juga diminta untuk memastikan keselamatan warga Indonesia di negara ini tidak terjejas berhubung insiden itu.
Beliau berkata lebih-lebih lagi apabila ketua kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang mendalangi serangan itu sendiri mengakui melakukan perbuatan berkenaan dalam blognya, yang boleh dijadikan bahan bukti.
"Jika ia salah di sisi undang-undang Indonesia, saya harap tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat. Tetapi saya bukannya mahu mengajar Indonesia mengenai apa yang mereka harus lakukan mengikut undang-undang mereka. Kita menghormati," katanya.
12 ulasan:
Malaysia tidak perlu meminta maaf dengan perkara ini. Malaysia melakukan semua ini kerana undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara. Pegawai Indonesia yang ditahan dan digari dan juga memakai pakaian banduan menyebabkan rakyat Indonesai bertambah marah. Itu memang sudah undang-undang maka haruslah dilaksanakan.
apa yang dilakukan oleh Malaysia ada lah berpandukan undang-undang negara ini. mana-mana pihak pun perlu menghormati undang-undang negara ini.
Malaysia tak perlu nak minta maaf kerana Malaysia tak melakukan kesalahan. Indonesia yang patut minta maaf atau tindakan rakyatnya merusuh di kedutaan Malaysia.
Apa yang penting sini, kedua negara ini Malaysia dan Indonesia dapat mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain. Janganlah kerana hal kecil ada pihak yang cuba untuk memperbesarkan masalah ini. Janganlah pentingkan diri sendiri dalam apa-apa masalah.
Ya betul Anifah. Datuk jugalah harapan :) hehhee
Dorang lagi patut minta maaf sama negara kita.... Telalu emosi sampai bertindak luar batasan. huhuhu
Sokong supra. Memang dorang yang patut datang minta maaf. HARUS MINTA MAAF sama negara kita!
Ya jieah. Malaysia hanya buat ikut undang2 dan rasanya pihak luar patut hormat undang2 Malaysia. Kata orang, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung!!!! Jadi agak-agaklah!
Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik bagi memastikan hubungan antara kedua-dua negara kekal baik.
Malaysia tidak perlu meminta maaf kerana tindakan yang diambil adalah berdasarkan undang-undang negara ini. Malaysia dan Indonesia perlulah menyelesaikan sebarang masalah dengan profesional.
saya setuju dengan Datuk Seri Anifah Aman, tapi sebaik2nya Indonesia perlu memohon maaf dengan Malaysia kerana tindakan mereka itu telah mengaibkan dan menjatuhkan maruah negara Malaysia. saya juga mengharapkan supaya kerajaan indonesia dapat menjaga keselamatan pelajar2 Malaysia di Indonesia..
Ya, ini bukan salah kita kerana mengikuti undang-undang, mencerobohi negara kita adalah kesalahan. Kita tidak perlu meminta maaf mengenai perkara ini, undang-undang tidak akan dilonggarkan untuk sesiapa pun.
Catat Ulasan