HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Ogos 2010

Umno Sabah dakwa LDP sekongkol mahu ‘guling’ Musa Aman

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA KINABALU — Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa ada pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Musa selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu.

“Kami percaya ada dalang di sebalik semua ini dan kami tahu apa yang mereka lakukan, tetapi kami BN Sabah tidak akan membiarkan mereka merealisasikan agenda mereka yang melakukan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Musa (gambar),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri mempersoalkan rasional di sebalik kenyataan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin pada Selasa lalu dan mendakwa ianya adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Musa.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider kelmarin, Ketua Pemuda LDP Chin Su Ying juga menuduh Musa sebagai pembuli parti-parti kecil kerana enggan menerima luahan atau pandangan ketika mempengerusikan mesyuarat BN negeri.

Ekoran rasa tidak puas hati dengan cara Musa melayan mereka, pucuk pimpinan LDP tiada pilihan lain kecuali ke Kuala Lumpur untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa masalah dihadapi.

Musa yang berkata bahawa malang bagi LDP kerana masih terbawa-bawa dengan isu patung Mazu yang kesnya sudah selesai di mahkamah.

“Kami percaya majoriti pemimpin LDP adalah rasional dan cukup bijak untuk membezakan antara yang betul dan yang salah, terutamanya apabila isu yang dibangkitkan Chin melibatkan kepentingan peribadi orang lain.

“Keadaannya mungkin berbeza jika isu yang dibangkit adalah berkaitan kepentingan masyarakat,” kata Salleh dipetik Bernama.

Beliau seterusnya menasihatkan pemimpin LDP agar tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda sendiri.

Salleh juga yakin semua parti komponen BN Sabah akan menyokong Musa yang telah membuktikan keupayaannya memimpin negeri sejak menjawat jawatan Ketua Menteri pada 2003.

Dalam kenyataannya pada Selasa, Chin dilapor berkata LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Musa tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan gagasan 1 Malaysianya.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasanya Najib juga tidak akan bersetuju dengan LDP kerana tindakan LDP ini hanya memburukkan lagi keadaan dan sengaja menimbulkan huru hara dikalangan parti komponen BN di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya LDP menghulurkan kerjasama dengan KM Sabah dan semua parti komponen bagi menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat untuk kepentingan rakyat, bukannya menimbulkan isu2 yang sudah selesai untuk kepentingan parti sendiri..

joey berkata...

LDP perlu bekerjasama dengan semua parti komponen BN dalam menyelesaikan isu-isu rakyat. semua pihak dalam BN perlu mengutamakan kepentingan rakyat.

Leo berkata...

Tindakan LDP adalah melampau. Kes dah pun diselesaikan di mahkamah tetapi masih tidak puas hati dengan keputusan mahkamah.

Leo berkata...

Sepatutnya LDP bekerjasama untuk menyelesaikan isu2x di Sabah dan bukan mengungkit balik isu lama yang dah diselesaikan.

Anak Sabah berkata...

Memang dari awal lagi ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan KM. Perbuatan ini menimbulkan isu dalaman antara semua parti komponen dan juga kerajaan, ini memang tidak patut berlaku.

mandau berkata...

LDP seharusnya lebih bersikap rasional, walaupun dia tak ingin bekerjasama lagi dgn Musa Aman, namun pemimpin BN Sabah yang lain akan tetap memberi sokongan penuh dgn Musa Aman, hal ini boleh diselesaikan dgn cara baik, tak perlulah nak dibawa kepad PM, saya yakin PM takkan setuju dgn tindakan LDP.

Unknown berkata...

Sebaik-baiknya semua parti komponen BN haruslah memberikan kerjasama mereka untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Unknown berkata...

Isu PTI di Sabah adalah jauh lebih penting dari isu LDP. Daripada mengungkitkan masalah lama yang dah diselesaikan, adalah lebih baik untuk mencari penyelesaian kepada isu PTI.

jsiput berkata...

Seems to me BN has their own internal issue to solve. How to solve the issues sabah is facing when BN has their own issues. I suggest LDP to stop being selfish, and start cooperating.

joey berkata...

LDP perlu bersikap lebih profesional. semangat bersatu amat penting dalam membangunkan negeri Sabah.

Hamdan Hadillah berkata...

LDP janganlah dengar hasutan dari mana pihak yang tidak dikenali. Tidak baik bagi kita untuk menjatuhkan rakan seperjuangan kita sendiri. Memang kita begitu hina mengkhianati kawan sendiri.

Hamdan Hadillah berkata...

Datuk Musa sendiri berkata yang kerana masih terbawa-bawa dengan isu patung Mazu yang sudah selesai di mahkamah. tidak hairankah yang Ketua LDP membangkitkan isu Mazu ini, adakah kerana untuk diri sendiri(LDP) atau pun untuk membantu orang lain iaitu sekarang yang begitu terkenal dan hangat tentang isu mazu ialah SAPP Yong teck lee. Adakah ini menjadi pertanyaan untuk semua kenapa LDP tiba-tiba membangkitkan isu ini.
“Kami percaya majoriti pemimpin LDP adalah rasional dan cukup bijak untuk membezakan antara yang betul dan yang salah, terutamanya apabila isu yang dibangkitkan Ketua LDP melibatkan kepentingan peribadi orang lain.

Mahsiran berkata...

Sebagai Komponen BN, LDP haruslah berstu dan berkerjasama dengan komponen yang alin untuk membantu dan membangunkan sabah dan juga memperjuangkan hak orang sabah. Sabah akan menyokong Musa yang telah membuktikan keupayaannya memimpin negeri selam pemerintahhan beliau. oleh itu LDP pun haruslah menyokong sekali dan percaya yang datuk musa pasti akan dapat melakukan yang terbaik untuk semua.

Sanih Alias berkata...

Datuk Seri Salleh Said Keruak sendri menafikan tindakkan yang dilakukan oleh Presiden LDP Datuk Chin Su Phin mendakwa ianya adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman. Kami percaya bahawa majoriti pemimpin LDP adalah perfosional, rasional, pintar dan cukup bijak untuk membezakan antara yang betul dan yang salah. Apa yang tindakkan dari Presiden LDP Chin Su Phin itu mungkin adalah berkaitan dengan orang lain yang bertujuan sebaliknya kenapa isu Mazu itu di bawa semasa masyuarat BN baru-baru ini.

songkilou berkata...

Mungkin juga betul apa yang dikatakan oleh Salleh tapi jangan la kita terover menilai... yang penting kerjasama untuk rakyat dan Sabah. Jika pertelingkahan ini berterusan, tidak ada yang akan untung..

Tanpa Nama berkata...

walaupun LDP tak lagi menyokong Musa Aman, namun pemimpin2 lain akan terus menyokong beliau. bukan musah nak menjatuhkan Musa Aman. lagipun LDP tak seharusnya bersikap sedemikian kerana hal ini. ia harus lebih profesional.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya Musa Aman melakukan tindakan yang tepat berdasarkan persetujuan semua pemimpin yang hadir dalam mesyuarat tersebut. sepatutnya dalam kegairahan parti2 lain membuat persediaan bagi menghadapi PRU13, konflik dalaman seperti ini tidak patut berlaku.

Hamdan Hadillah berkata...

mungkin betul kata Datuk Seri Salleh Said Keruak itu. tapi, kita tidak boleh juga membuat andaian tersendiri sekiranya tidak ada bukti yang kukuh. Apa pun, sebagai komponen BN, kita haruslah cuba untuk memahami antara satu sama yang lain. Sekiranya ada masalah sekali pun cuba untuk berbincang secara dalaman tidak perlu dengan akhbar terus.

Paquin berkata...

Saya pun yakin pasti ada dalang disebalik semua hal yang berlaku. huhu

Paquin berkata...

Harap semua komponen parti bersatu dan janganlah rosakkan hubungan baik yang telah dibinia sejak sekian lama. Apapun masalah bawalah berbincang dan jangan mudah dipengaruhi oleh pihak2 yang sengaja mahu merosakkan hubungan baik ini.

Paquin berkata...

Ya maxi. Bagi saya Najib lebih mahukan kerjasama dan bukannya sikap yang menghuru-harakan keadaan.

Paquin berkata...

Ya eika. Kepentingan rakyat harus diutamakan. Jika LDP masih mahu dihormati rakyat berhentilah memperbesarkan isu yang sudah diputuskan di mahkamah.

Paquin berkata...

Memang melampau Leo.. Rakan seperjuangan lagi tu yang ditentang. huhuhu.. hairannya!!

Paquin berkata...

Setuju mandau. Dan paling penting rakyat masih sokong Musa Aman. hehhee

Paquin berkata...

Saya tak nafikan bukan senang untuk bekerjasama tetyapi daripada 'buat hal' lebih baik bersatu kan.

Paquin berkata...

Saya yakin setiap permasalahan yang timbul lebih mudah ditannganmi jika wujudnya kerjasama yang erat. Ketepikan sikap pentingkan diri sendiri dan berfikirlah secara positif - saya yakin semuanya akan selesai dengan baik.

Tanpa Nama berkata...

masalah yang timbul antara Musa dan LDP hanyalah masalah peribadi sahaja, tak timbul usaha untuk menjatuhkan Musa Aman, lagipun Musa Aman mendapat sokongan akar umbi daripada pemimpin2 BN lain. oleh itu, tak mudah untuk menjatuhkannya.

Unknown berkata...

Apa yang penting, sebagai komponen BN janganlah sensitif dan haruslah berfikiran positif. Mungkin ada sebab kenapa Datuk Musa melakukan sedemikian. Jadi, LDP haruslah faham antara satu sama yang lain.

Tanpa Nama berkata...

tindakan LDP ini hanya membantu mencemarkan imej LDP sendiri dan semua parti komponen BN di Sabah. jika LDP tidak mahu berkerjasama, abaikan saja kritikan mereka kerana rakyat lebih memerlukan perhatian berbanding dengan mereka.