HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Ogos 2010

Umno/ BN tidak boleh terima Guan Eng tolak judi

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita32/IMG_8418.JPGBULTIN ONLINE

SETIU
- Umno/BN membesarkan isu khutbah Jumaat yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa Lim Guan Eng, seorang bukan Melayu dan bukan Islam, telah menolak judi

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Ustaz Zakaria Haji Ahmad, seorang pendakwah bebas telah mengaku dan menjelaskan beliau yang mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbahnya.

Katanya, apabila Ustaz Zakaria mengaku, orang ramai khususnya rakyat Pulau Pinang menerima penjelasan Ustaz Zakaria kerana khalayak mengetahui beliau seorang pendakwah yang dikenali ramai.

Haji Mohamad Sabu berkata demikian dalam mukaddimah ucapannya dalam majlis ceramah Nuzul a-Quran dan Badr al-Kubra di Kampung Maras, Batu Rakit 26 Ogos.

Siaran tertunda akan dapat di dengar melalui Buletinonline Radio dan Klip Video melalui Buletinonline Channel

Tiada ulasan: