Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR - Kerajaan Umno-Barisan Malaysia serta Kementerian Luar diselar kerana mengambil sikap sambil lewa terhadap nasib Yong Vui Kong, seorang rakyat Malaysia dari Sabahyang kini berdepan dengan hukuman gantung di Singapura.
Jurucakap kumpulan peguam 'Lawyers For Liberty', N Surendran berkata Kementerian Luar yang diterajui oleh Datuk Seri Anifah Aman yang juga merupakan adik kepada Ketua Menteri Sabah, seolah-olah berpeluk tubuh dan tidak menghiraukan langsung nasib yang bakal menimpa Vui Kong.
"Ini merupakan amaran kepada kerajaan Malaysia dan juga kepada Singapura. Kami kecewa dengan sikap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang gagal untuk memberikan bantuannya kepada Yong Vui Kong. Dia (Anifah) yang berasal dari Sabah telah gagal untuk membantu rakyat Malaysia yang juga berasal dari Sabah.
"Kita akan mengambil tindakan yang lebih tegas daripada (penyerahan memorandum) ini, untuk menghukum kerajaan Malaysia termasuk melalui peti undi. Rakyat Sabah diminta untuk mengambil pendirian berikutan sikap tidak peduli kerajaan terhadap orang dari negeri anda," tegas Surendran di perkarangan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak pagi semalam bagi menyerahkan memorandum membantah penafian hak kepada Vui Kong untuk mendapatkan proses keadilan yang sewajarnya.
Turut bersama menyerahkan memeorandum tersebut termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran, Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya serta 20 orang penyokong kempen tersebut.
Mereka tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan suruhanjaya tinggi untuk menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura T Jasudaseen tetapi hanya dibenarkan menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Pertama, Walter Chia.
Kumpulan penyokong tersebut turut membawa kain rentang yang memaparkan mesej antaranya 'Singapura, Hentikan Pembunuhan' dan 'Berikan Keadilan Kepada Yong Vui Kong'.
Kenderaan yang lalu di jalan utama berhampiran dengan bangunan kedutaan Singapura turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
Sehubungan itu Manikavasagam melahirkan kekecewaannya berikutan kegagalan pihak Suruhanjaya Tinggi Singapura untuk mengaturkan pertemuan antara kumpulan Ahli Parlimen Malaysia dan peguam Jasudaseen.
"Saya telah menghubungi pihak suruhanjaya tinggi sebelum ini untuk mengadakan pertemuan, tetapi malangnya gagal. Saya sangat kecewa. Sekiranya mereka masih lagi mahu meneruskan hukuman tersebut, kami akan datang untuk mengadakan demonstrasi lebih besar disini, dan kami akan bawa keranda sebagai tanda kekecewaan kami.
"Kami serius dengan tindakan akan datang dan kami turut kecewa dengan sikap kerajaan Malaysia yang gagal memberikan tekanan dan bantuan. Sebelum ini pun, pernah juga terjadi rakyat Malaysia telah dihukum tanpa mendapat bantuan dan kehakiman yang sewajarnya. Kali ini, tolong berikan peluang kedua kepada Yong Vui Kong," ujar Manikavasagam.
13 ulasan:
apa pulak tak peduli,kan Anifah dah hantar surat resmi untuk meminta Singapura meringankan hukuman itu...nak buat mcm mana lagi?
Pembangkang ni apa2 hal pun nak dipolitikkan...takda isu nak buat isu...
Sabahan is not that fool to take your piece of advice seriously...PKR is crumbling in Sabah & only waiting to 'gulung tikar' & 'Balik Kampong'....the best part is, its because of their own wrong doings & not anybody else...
so much for the march to Putrajaya hohoho...
kerajaan telahpun mengambil langkah dengan menyerahkan surat kepada kerajaan Singapura 20 Julai lalu. ini menunjukkan kerajaan sedang berusaha untuk melakukan apa yang boleh.
kerajaan prihatin dgn keadaan Vui Kong, usaha teleh dijalankan untuk membantunya, pembangkang ni sengaja nak perbesarkan hal ini.
The government did make a move to help this poor boy. So yes,the government does care!
...but apparently letter is not enough to save the boy cause in the end its up to the Singapore government whether they would consider the appeal. Hopefully the Singapore government will find it in their heart to not sentence him to death.
This is bullshit! Kalau kerajaan tidak peduli, kenapa kerajaan hantar surat akepada Singapura untuk meringankan hukuman itu. Seperti yang dikatakan oleh Raven, semuanya terpulang kepada kerajaan singapura untuk buat keputusan.
Inilah pembangkang yang tidak sedar-sedar lagi dengan masalah sendiri tapi mahu lagi persalahkan orang lain. Tapi, harap kerajaan Singapura dapat memberikan kelonggaran kepada kesalah Vui kong. Harap kerajaan akan cuba mencari untuk menolong Vui kong untuk hidup dan memberi peluang kedua kepada beliau.
Jikalau dikatakan tiada diskriminasi warna kulit ketika kerajaan Singapura menguatkuasakan undang-undang, maka amatlah sukar untuk kita menjelaskan mengapa warga Singapura yang berketurunan India, Shanmugam Murugesu dijatuhkan hukuman mati, tetapi wanita Jerman, Julia Bohl yang juga dijatuhkan dengan hukuman sama, tidak perlu berdepan dengan tali gantung selepas tekanan daripada Jerman. Hukuman penjara lima tahun-nya, berakhir dengan hanya tiga tahun.
Lebih-lebih lagi, seorang warga UK Michael McRae terlibat dengan penjenayahan bunuh di Singapura, dan melarikan diri ke Australia, malah mengaku bersalah di Australia. Australia yang membantah hukuman mati enggan memberi kerjasama ketika Singapura cuba untuk mengekstradisi pesalah itu. Akhirnya Singapura yang bangga dengan ketegasan penguatkuasaan undang-undangnya itu, terpaksa berganjak langkah untuk menjamin supaya tidak menjatuhkan hukuman keras ini. Akhirnya, Michael McRae terlepas daripada hukuman mati, dan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun.
Pada tahun 2005, pihak berkuasa Singapura telah membenarkan peguam Australia untuk bertemu dengan warga mereka yang dijatuhkan hukuman mati, tetapi dengan sengaja menundakan pemohonan peguam dari Malaysia, Ngeow Chow Ying untuk menemui Yong Vui Kong, minggu lalu.
Secara individu, saya membantah hukuman mati. Contoh-contoh di atas diketengahkan untuk menjelaskan bahawa biarpun betapa tegasnya penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang didakwa di Singapura, tetapi ianya juga memegang kepada dua kayu ukur (double standard), terutamanya apabila berdepan dengan negara yang lebih maju dari segi ekonominya.
Saya cuma ingin bertanya, adakah kesalahan Yong Vui Kong lebih berat daripada kesalahan yang dilakukan Julia Bohl atau Michael McRae, sehingga Yong diwajibkan mati?
Jadi kerajaan cubalah yang terbaik untuk membantu Vui kong. Kerajaan sahaja yang dapat membantu Vui kong..
kerajaan telah berusaha apa yang patut. jadi, jangan lah ada pihak yang cuba menjadikan pekara ini untuk menyalahkan kerajaan.
kita tidak tahu dengan undang-undang di Singapura macam mana. apa pun kerajaan harus menangani dan membantu dalam kes ini.
Ini menjadi pengajaran kepada dunia yang mana jangan cuba2 untuk terlibat dengan jenayah. Apa yang mampu orang2 biasa seperti kita lakukan adalah berdoa agar mereka menemui jalan yang terbaik untuk beliau..
Macam mana ini. Teruklah hubungan demikian.
Kita hanya boleh menunggu keputusan pihak Singapura nanti. Diharapkan ada keputusan yang baik.
Catat Ulasan