HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Ogos 2010

Bekas Pengarah Perbadanan Putrajaya bebas tuduhan rasuah

FREE MALAYSIA TODAY

Mahkamah Putra Jaya KUALA LUMPUR:Bekas Pengarah Perbadanan Putrajaya Datuk Shahoran Johan Ariffin hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah berupa tiket kapal terbang ke London.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghaffar Abdul Latif gagal membuktikan kes prima facie terhadap Shahoran.

"Selepas mahkamah meneliti kesemua hujahan dan keterangan, tertuduh dalam kes ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

"Mahkamah juga melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan alternatif," kata Rosbiahanin.

Shahoran, 58, didakwa menerima tiket kapal terbang pergi balik dari Kuala Lumpur ke London bernilai RM3,022 daripada seorang kontraktor, Yaacob Hassan melalui Azizi Johan Ariffin sebagai dorongan untuk memberikan kerja-kerja projek Taman Putra Perdana kepada Fortress Synergy Sdn Bhd yang dimiliki Yaacob melalui Kenas Prima Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Landskap dan Taman Awam, Bahagian Perancangan Bandar Perbadanan Putrajaya.

Shahoran turut didakwa atas tuduhan pilihan menerima rasuah daripada Yaacob yang diketahuinya adalah pemilik syarikat Fortress Synergy Sdn Bhd yang ada kena mengena dengan urusan rasminya sebagai pengerusi Mesyuarat Penilaian Tender bagi kerja penyelenggaraan projek Taman Putra Perdana di Putrajaya.

Syarikat Yaacob telah memperoleh kerja itu melalui Kenas Prima Sdn Bhd. Shahoran sebelum ini didakwa melakukan kesalahan itu di KL International Hotel pada 4 hingga 5 Mei 2005.

Bagi tuduhan utama Shahoran didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Beliau yang diwakili peguam bela Raja Sharafina Raja Shuib dan turut ditemani anggota keluarga kelihatan gembira dengan keputusan mahkamah itu.

Tiada ulasan: