Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tetap optimis bahawa Kabinet boleh mengubah keputusan untuk membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik. Menulis dalam blognya beliau berkata, ianya bukan sesuatu yang mustahil kerana beberapa keputusan kabinet sebelum ini juga boleh berubah setelah ada input dan perkembangan baru dalam sesuatu perkara. "Kabinet juga pernah mengubah keputusannya apabila hadir maklumat baru dan realiti baru termasuk mengubah keputusannya daripada kandungan AUKU pada 1975 kepada kandungan AUKU pada 2009," katanya. Kabinet sebelum ini menolak cadangan agar mahasiswa dibenar berbuat demikian. Saifudin juga turut mengharapkan isu ini terus dibincangkan secara terbuka termasuk oleh mahasiswa, tanpa ada sebarang halangan dari mana-mana pihak. Menurutnya lagi, matlamat utama cadangannya agar mahasiswa dibenar menjadi ahli politik adalah untuk memenuhi hak mahasiswa sebagai warganegara Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Selain itu ianya juga bagi mematangkan demokrasi Malaysia dengan meluaskan dan meningkatkan partisipasi rakyat, termasuk belia dan pelajar IPT, dalam struktur dan proses membuat keputusan. Sehingga kini ujarnya, beberapa akta masih menghalang mahasiswa terlibat dalam politik. Ianya termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2009) untuk IPTA, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) untuk UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti; dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan 2009) untuk IPTS. Manakala halangan lain katanya adalah mentaliti negatif seperti tidak percaya kepada pelajar IPT, memperlekehkan pelajar IPT, menggunakan teknik “culture of fear” (menakut-nakutkan) untuk mengongkong kebebasan pelajar IPT, kerangka politik lama yang tidak memahami realiti semasa dan sebagainya. "Di samping itu, terdapat juga sindrom “anti-pemikiran” dan “anti-intelektual” yang menolak atau tidak senang melihat idea-idea baru didebatkan, didialogkan dan dihujahkan secara terbuka, rasional dan bijaksana," katanya. Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS sedang merangka pertemuan dengan Saifuddin dlam usaha membincangkan isu tersebut. |
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 28 Ogos 2010
Mahasiswa berpolitik: Saifuddin tetap optimis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan