Melalui laporan Bernama semalam, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz ada berikan kenyataan yang mengatakan tidak kira One Israel One Malaysia tiada kena mengena dengan APCO Worldwide. Mana ada Malaysia terlibat, ini semua pembohongan si Anwar Ibrahim dan konco-konconya dari Pakatan Rakyat. Kerja nak fitnah kerajaan Malaysia sahaja. Mungkin begitulah butir-butir perkataan yang keluar semasa membuat kenyataan.
Memang betullah Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa? Beliau bukannya ada jawatan dalam kerajaan Malaysia pun? Hanya bergelar Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, itu pun dah kena gantung 6 bulan selepas keluarnya dokumen pertama ialah surat daripada APCO yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan baru-baru ini.
- APCO Worldwide baru sahaja mengeluarkan satu afidavit APCO tak terlibat dengan program One Israel
- Afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan “One Israel” yang menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu
- Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan One Malaysia (1Malaysia)
- APCO hanya mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia pada awal 2009, beberapa bulan selepas ianya diumumkan dalam satu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
- APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.
- Majlis Penasihat Antarabangsa APCO (IAC) dibentuk untuk mendapatkan nasihat daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, pemimpin perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dan mereka tiada pengaruh ke atas syarikat itu.
- Tiga bekas pegawai kanan Israel dalam IAC, daripada 50 orang keseluruhannya, tidak melakukan sebarang kerja bagi Malaysia dan tiada sebarang kaitan dengan kontrak APCO Malaysia.
Dakwaan-dakwaan terutamanya daripada pembangkang sehingga mengatakan One Malaysia adalah melibatkan APCO telah menyebabkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kecil hati dan terkilan tempoh hari. Sabar Datuk Seri bukan mudah jadi pemimpin. Ada sahaja dugaannya.
Jadi persoalan yang pernah kami bangkitkan dalam artikel dokumen perjanjian APCO vs Kerajaan, kami keutarakan sekali lagi.
- Apa itu APCO?
- Benarkah ia agensi Yahudi
- Mengapa Najib mengambil agensi Yahudi sebagai penasihatnya?
Kalau tanya ahli bebas, Zulkifli Nordin beliau mengatakan APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai “American Protocal Communication Outfit” – singkatannya APCO Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital (gambar sebelah adalah contoh walkie-talkie keluaran APCO). Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden tak silap teman) menggunakan sistem monolog.
Okey, kita move forward. Pembabitan APCO Worldwide dalam merencanakan dasar negara bukan perkara baru, ia bermula sejak September tahun lepas apabila APCO membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. Namun ia menjadi heboh sehari dua ini selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan sekali lagi bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 1Israel.
- APCO beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005. Washington seperti yang diketahui ramai merupakan pusat jewish lobbyist.
- Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutf APCO kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi
- Manakala penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
- Pengarah Urusan APCO di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat APCO di London
- APCO juga memberi perkhidmatan melindungi beberapa diktator dan penjenayah dunia termasuk diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev serta jutawan Rusia Mikhail Khodorkovsky, yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.
- Ketua Menteri Gujarat, India Narendra Modi yang menjadi penyebab kepada pembunuhan hampir 1,000 orang Islam di Gujarat pada Februari 2002 juga adalah pelanggan APCO.
- Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
- Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
- Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
- Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.
- Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
- APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
- Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?
- Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.
- APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
- Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
- Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
- Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.
- Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
- Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.
=> www.apcoworldwide.com, www.asero.com/index.cfm, www.wikipedia.org, www.harpers.org
Maklumat yang diambil terus dari laman APCO Worldwide :
APCO Worldwide in Tel Aviv helps clients navigate the complex international business and regulation arena in Israel. We also assist multinational companies in understanding Israel’s unique political and business climate, which operates in a dynamic setting facing constant changes and challenges. Our team offers clients a comprehensive range of services. Our understanding of the local market as well as our global expertise gives clients an essential advantage in achieving their business objectives.
Key services include:
Market entry:
With offices in the world’s business and political hubs, APCO in Tel Aviv helps Israel’s fast-growing companies ensure a smooth launch into new markets. This includes a thorough assessment of the regulatory framework, potential market and partnership opportunities, as well as advising on an appropriate investment structure.- corporate responsibility:
The Tel Aviv office is recognized as one of Israel’s leading corporate responsibility firms and assists clients in developing environmental, social and governance programs.
- issues management:
Leveraging Israel’s time zone and multi-language capabilities, we provide APCO’s clients across the globe with media monitoring, back-desk market research and issue analysis services.
- Jewish community networking:
APCO’s Tel Aviv office helps clients navigate the Jewish world. Our staff has extensive experience and close ties to major Jewish and Israeli organizations with a global presence. We offer a comprehensive understanding of Jewish public affairs and help clients make the right contacts and convey their messages creatively and efficiently to Jewish audiences and communities worldwide.Contact Us:
tel.aviv@apcoworldwide.com
- Gad Ben-Ari
- managing director Tel Aviv
- +972.3.766.2600
Bet Zamir
22a Raoul Wallenberg Street
Ramat Hahayal 69719
Israel
- Sehingga ke hari ini masih tidak diketahui lagi apa justifikasi dan rasionalnya Malaysia melantik APCO sebagai sebuah syarikat luar negara untuk menjadi perunding imej kepada Perdana Menteri?
- Kemudian susah sangat ker nak memikirkan kaedah untuk membuatkan kerajaan disayangi dan dipandang baik oleh rakyat sehingga terpaksa membayar RM77 juga (US$24) kepada APCO Worldwide?
- Datuk Seri Nazri Aziz mengatakan yang kerajaanIsrael tiada kaitan dengan APCO. Jadi surat ini antara perjanjian kerajaan Malaysia dengan siapa? Dah terang-terang dokumen-dokumen yang kami muat naik adalah mengatakan APCO terlibat dengan kerajaan Israel bagi projek One Israel. Kemudian kerajaan Malaysia buat perjanjian pula dengan APCO.
- Kamu sendiri (Datuk Seri Nazri Aziz) yang mendedahkan di Dewan Rakyat pada 13 April 2010 bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta . Sekarang kamu nak menafikan?
Kami quote semula kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz pada April lalu hasil laporan The Malaysian Insider :
When asked about Chua’s query on why a local and possibly cheaper consultancy firm was not hired, Nazri scoffed and stressed that APCO had been hired to repair Malaysia’s ties with the United States.
Najib’s meeting with Obama was proof of APCO’s success, says Nazri. — Reuters pic
“APCO is being employed for our image in the US, for us to get close to the US. You mean to say a Malaysian company can help us get close to the US?” asked Nazri. The minister then delivered a stinging rebuff to Pakatan Rakyat’s frequent cries of Israeli agents being involved in APCO’s organisation. “Lobbying is common in US. You have to lobby (to get things done). The biggest lobbyists in US are Israeli lobbyists,” said Nazri.
He also asserted that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s moves in fostering closer ties with the US and liberalising the economy were good. “Najib is not thinking of himself, he is thinking of the country. What is wrong with being close to Americans? It only benefits our economy.” APCO also drew praise from Nazri for its performance, who credited the consultancy for Najib’s meeting with US President Barack Obama as proof of its success.“APCO did a good job. Obama only set aside time to see Najib and (Chinese President) Hu Jintao. China is China, but Obama agreed to meet Najib.”
“The money we pay is worth it, it is giving good returns to us,” said Nazri. Blame for “a generation” of bad ties with the US was then heaped on former prime ministers, Tun Dr Mahathir Mohamed and Tun Abdullah Ahmad Badawi. “US will not care about us if we are not nice to them. We have to repair 22 years of Mahathir and 6 years of Pak Lah. You think we can undo this without spending money?” the minister quizzed.
Nazri then trained his sights on opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s allegations that APCO was also used by dictators throughout the world, saying that, were the claims true, they would simply be another feather in the public relations firm’s cap. “I am not sure of that information… but dictators who have got the money will use the best. So what if they use APCO? It means that APCO is bloody good,” Nazri said.
Nah itu jawapan Nazri Aziz sebelum ini. Jadi nak cakap apa lagi? Tak payah nak jawab. Datuk Seri Nazri Aziz dah jawab sendiri persoalan tersebut kira-kira 8 bulan yang lalu.
P/S : Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan