HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2011

Dosa UMNO/BN di Tenang

SELATAN ONLINE


BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri. Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang. BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung".

Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi. Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan. Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan"

Hari yang cerah untuk bekerja. Sosok Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala kelihatan bersalaman dan beramah mesra menyantuni para pengundi diiringi beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat.

Ibu kepada tiga orang anak ini mengambil langkah berani dengan melepaskan jawatan guru yang telah disandangnya sejak 12 tahun lalu, dan menjadi calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Tenang. Tempoh hari kempen yang pendek tidak membantutkan hasrat pendidik ini untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan DUN Tenang sejak hari penamaan calon 22 Januari baru-baru ini.


Dilema Mohd Azhar Ibrahim dan Bebal UMNO Labis

Pilihan raya kecil ini laluan berduri untuk BN. Calon BN DUN Tenang ini pernah kalah dengan teruk dalam pemilihan UMNO Bahagian Labis. Penulis melihat Mohd Azhar Ibrahim menghadapi dua dilema terbesar.

Pertama adalah sokongan generasi kedua dan ketiga FELDA yang dilihat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Dilema kedua adalah protes senyap UMNO Labis sendiri. Bayangkan bagaimana seseorang yang tiada jawatan dalam UMNO Labis menjadi calon! Perkara ini amat janggal dan menjadi "pantang tok nenek" dalam tradisi pemilihan calon dalam UMNO.

Ya. Calon BN yang mendapat gelaran Tok Ai ini sudah langgar pantang. Rata-rata AJK dan ahli akar umbi UMNO Labis terperanjat dengan keputusan mencalonkan Mohd Azhar Ibrahim dan mempersoalkan mengapa Muhyidin Yassin kelihatan obses dengan calon "luar" ini sehingga ada laporan dalaman UMNO mengatakan terdapat markas UMNO yang ditutup kerana protes.

BN desperado: kering idea-meracau?!

Okay...ia adalah pilihanraya kecil, jadi isunya juga kecil-kecil? Tidak sama sekali. "Lelaki tua" yang terbukti terpalit dengan skandal seks iaitu Chua Soi Lek salah perhitungan apabila memainkan isu "salam" Cikgu Mala manakala Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe kelihatan meracau seolah-olah jika PAS menang di Tenang, Malaysia akan jadi sebuah "negara Islam yang ekstrim".

Amat memalukan sekali apabila adab bersalam dalam Islam ini gagal difahami walaupun sudah lebih 50 tahun negara mencapi kemerdekaan.

Isu "negara Islam" adalah isu lapuk tetapi tetap disebut oleh Muhyiddin Yassin manakala MB Johor Abdul Ghani Osman kelihatan sangat "concern" dengan hukum "potong tangan orang yang mencuri".

Selain itu, Mahathir Mohamad juga menyentuh isu wanita jadi calon PAS padahal Mahathir sudah lupa bahawa Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama dari PAS yang memenangi kerusi Dungun pada tahun 1959. Rata-rata pemerhati politik bebas melihat isu-isu yang ditimbulkan BN ini tidak lain mencerminkan ketandusan isu dan tidak lebih dari sebuah tindakan desperado.

Rasuah: Seribu macam janji dan pulut panggang panas

Sangat melucukan apabila Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan wang zakat kepada tiga orang asal semasa pilihanraya kecil di Galas dituduh rasuah dan "perlu bertaubat" akan tetapi apabila Najib mengumumkan peruntukan RM 1.6 billion kepada penduduk FELDA seluruh negara di Labis, ia dianggap apa pula? Kuih bahulu atau Pulut Panggang panas?

Keadaan yang sama berlaku di FELDA Sungai Buaya di PRK Hulu Selangor apabila 100 bekas peneroka dan waris mereka dijanjikan pendahuluan wang sebanyak RM50,000 bagi pampasan tanah kerajaan persekutuan malangnya mereka cuma menerima RM1000 sebagai pendahuluan dan selebihnya tidak diketahui bila akan diperoleh. Rakyat sudah bijak menilai.

Setiap kali adanya pilihanraya kecil; pelbagai janji ditabur oleh BN dan muncul apa yang kita sebut sebagai projek-projek "mee segera". Penulis ingin mengingatkan para pengundi di Tenang agar berhati-hati dengan taktik "predator struktural" yang sedang memasang jerangkap ini.

Kemudahan berinformasi dan politik api-air-jalanraya

Jentera kempen BN termasuk dari media massa sering memperlekehkan usaha dan kempen yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Malah, jentera kerajaan digunakan hampir sepenuhnya untuk mana-mana kempen pilihanraya kecil. Ia adalah suatu yang biasa bagi BN dalam menghadapi kemaraan rakyat walaupun sebenarnya adalah satu "penyalahgunaan".

BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri. Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang. BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung".

Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi. Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakahdan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan.

Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan". Rakyat tahu. Sepanjang sejarah negara, UMNO telah melakukan banyak penderhakaan ke atas institusi beraja. Hal ini akan saya kupaskan pada masa akan datang.

Menyahut seruan demokrasi

Democracy cannot succeed unless those who express their choice are prepared to choose wisely. The real safeguard of democracy, therefore, is education.Franklin D. Roosevelt
Amat menyedihkan sekali apabila pendemokrasian Malaysia tidak sampai ke tahap yang sewajarnya.

Rakyat tidak diajar untuk memahami konsep demokrasi yang tercatat dalam perlembagaan negara. Kita diasuh untuk "takut" dan menjauhkan diri. Kebangkitan rakyat samada melalui jalanraya mahupun pilihanraya dilihat sebagai "musuh" oleh BN. Ini adalah pemahaman yang sesat dan bertentangan dengan semangat demokrasi itu sendiri.

"Lu sapa...!??" Apabila Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkempen dan memberi tekanan kepada semua Guru Besar dan Pengetua dalam DUN Tenang termasuk guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional jelas menunjukkan sikap tidak matang beliau dan memalukan. Ini adalah negara demokrasi. Ia mengenai kebebasan, pilihan dan keyakinan!

Percayalah, kejutan besar akan berlaku!

Kempen pilihanraya akan terus rancak sehingga hari pengundian nanti. Pesta demokrasi ini akan terus diwarnai dengan pelbagai warna dan corak. BN dan Pakatan Rakyat akan terus bersilat.

FELDA yang sebelum ini sinonim dengan "fixed deposit" BN bakal menjadi sejarah. Rakyat mula sedar betapa kehidupan semakin terbeban dengan krisis ekonomi dan penyalahgunaan kuasa. Rakyat inginkan kebenaran dan ketelusan.

Janji-janji BN cuma sekadar retorik dan "coklat hacks". BN benar-benar di persimpangan. Mereka ketandusan isu, menjengkelkan dan kesilapan terbesar adalah silap memilih calon.

Harapan akhir Barisan Nasional untuk menang mungkin disandarkan pada rasuah? Rakyat di DUN Tenang dinasihatkan untuk bijak memilih. Percayalah, keputusan Pilihanraya kecil DUN Tenang akan memberi kejutan besar buat kita semua.

Tiada ulasan: