HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Januari 2011

Jeffrey Kitingan keluar PKR, pengumuman rasmi Khamis ini

TERKINI

KUALA LUMPUR — Bekas naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bulan lalu mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) telah memutuskan untuk keluar parti itu.

Beliau akan membuat pengumuman rasmi bersama sekumpulan pengikutnya pada satu sidang media di Kota Kinabalu, Khamis ini.

“Ya (saya akan keluar). Apabila saya memutuskan untuk keluar parti, saya akan membuat pengumuman rasmi... sidang akhbar Khamis, ramai lagi (akan keluar),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Kitingan tidak menyebut bilangan dan siapa yang akan mengikut beliau.

“Ada banyak perkara yang hendak diumumkan pada Khamis ini,” kata beliau ringkas.

Beliau tidak bertanding pada pemilihan pusat PKR yang baru berlalu.

Sumber mengatakan beliau sudah pun memaklumkan presiden dan setiausaha agung PKR mengenai keputusannya.

Pertengahan bulan lalu beliau mengumumkan penubuhan UBF sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Katanya, agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.

Dalam pada itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi berkata beliau menerima apa-apa maklumat mengenai keputusan pemimpin Sabah itu.

“Saya tidak dengar apa-apa lagi, saya tidak terima apa-apa lagi,” kata beliau lagi.

Ramai meramalkan beliau akan keluar PKR bulan lalu ketika memanggil sidang media untuk mengumumkan barisan tersebut.

Pada Disember 2009, PKR telah memutuskan untuk menolak keputusan Kitingan yang mahu melepaskan jawatan naib presiden selepas dikatakan berselisih dengan kepimpinan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kepimpinan parti memutuskan untuk tidak menerima keputusan beliau meletakkan jawatan peringkat pusat bersama Timbalan Ketua Wanita PKR Sabah Christina Liew.

Kitingan, kini ketua PKR Pensiangan sebelum ini pernah dikatakan mahu menubuhkan parti baru tetapi beliau menafikan perkembangan tersebut.

Kira-kira setahun kemudian, pada Ogos lalu menjelang pemilihan peringkat cabang (bahagian), ibu pejabat PKR menggantung keahlian 12 anggota selama setahun selepas mereka didakwa cuba menubuhkan sebuah parti politik baru - Parti Cinta Sabah (PCS).

Ketika itu, Saifuddin berkata, siasatan Jawatankuasa Disiplin PKR mengesahkan berlaku pelanggaran disiplin parti dan badan itu mencadangkan kepada majlis pimpinan pusat supaya kesemua mereka digantung.

Mereka adalah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guriban, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi.

Kesemua mereka itu dilaporkan cuba membuat permohonan bagi mendaftar PCS pada Disember 2009 selepas Kitingan mengancam untuk meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan ‘campur tangan’ pucuk pimpinan pusat dalam hal-hal PKR Sabah.

Ekoran protes Kitingan keputusan itu dan rayuan, PKR telah mengkaji semula dan mengambil keputusan untuk memaafkan sembilan daripada 12 pemimpin terbabit manakala hukuman ke atas tiga yang lain dikekalkan iaitu Jambun, Awang dan Iking.

24 ulasan:

zam berkata...

jika benar Jeffrey keluar PKR maka ini akan memberikan kesan kepada PKR Sabah.

zam berkata...

tindakan Jeffrey ini akan melemahkan PKR Sabah kerana beliau merupakan seorang pemimpin berpengaruh dalam PKR Sabah.

Tanpa Nama berkata...

mungkin ramai lagi yang akan mengikut jejak Jeffrey untuk keluar dari PKR.

Tanpa Nama berkata...

jangan pula cakap lain, tapi buat lain..

Tanpa Nama berkata...

pengunduran JK dari PKR sudah tentu melemahkan PKR di sabah..maka, impian PKR untuk merampas sabah dari BN hanya akan tinggal mimpi.

Tanpa Nama berkata...

siapa yang akan keluar PKR bersama-sama dengan JK? kita tunggu dan lihat pada khamis ini.

Tanpa Nama berkata...

JK juga mengatakan ada banyak perkara yang akan diumumkan pada khamis ini..tunggu dan lihat sajalah..

Tanpa Nama berkata...

I don't care anymore, Jeffrey can do whatever he likes.

Jason berkata...

Having Jeffrey to quit PKR might cause the party to weaken.

Jason berkata...

For me, this news is not confirmed yet till he really quit PKR. U know how Jeffrey is like. He's fickle minded. Let's just wait and see this coming Thursday.

Jason berkata...

Hopefully with the formation of UBF, Jefrrey is able to fight and defend the rights of Sabah and Sarawak.

mandau berkata...

makin ramai yang keluar dari PKR. tentu PKR kini dalam dilema.

Tanpa Nama berkata...

pasti tindakan Jeffrey ini sedikit sebanyak akan menjejaskan populariti PKR di negeri ini lebih2 lagi jika dakwaan beliau kononnya ramai lagi akan keluar menjadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

beliau berhak keluar parti yang diibaratkan sebagai kapal bocor hanya menanti untuk karam bila2 masa.

Antanum berkata...

Satu tindakan yang sudah saya jangkakan akan berlaku. Tindakan yang bijak dan diharap JK tidak akan kembali lagi ke dalam PKR.

Nemia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nemia berkata...

He has made a wise decision.

onong berkata...

Dia ingin fokus kepada UBFnya.

Gopuk berkata...

Biarkan beliau dengan agenda beliau sendiri.

Ezef berkata...

Jeffrey needs a lift up.

Velove berkata...

Ini merupakan saat2 penting baginya untuk menebus kesalahan.

Nemia berkata...

2011 resolution for him.

Sanih Alias berkata...

Kita nantikan siapa-siapa pengikut beliau yang akan keluar parti PKR Sabah.

Bujang Senang berkata...

Maybe JK have another plan to do after this. PKR is not the best for him and now he make new party call united borneo front (UBF).