Asqolani |
TUMPAT: Mungkin ramai tidak lupa program Subsidi Beras Untuk Rakyat Miskin (Subur) yang diuar-uarkan kerajaan pusat pada 2009. Sekarang apa dah jadi dengan program itu. Ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) bercadang mengagih 6,000 metrik tan beras sebulan kepada penduduk berpendapatan kurang RM1,740 sebulan. Ada menteri bercakap pembahagian beras super special tempatan akan dilaksanakan melalui pembahagian kupon bermula 1 Disember 2009. Hari ini tanggal 27 Januari 2011. Ini bermakna sudah hampir 14 bulan berlalu tidak kedengaran pun program itu menjadi kenyataan. Sebaliknya di Kelantan program serupa sudah berjalan sejak pertengahan tahun lepas. Ia dikendalikan Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Dun Wakaf Bharu (Taksir). Biar pun tidak dihebah secara besar-besaran melalui media massa, namun kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan. Seramai 225 penduduk miskin di Dun Wakaf Bharu mendapat sebanyak 10 kg beras percuma setiap seorang pada setiap bulan yang dikendalikan Taksir. Dana bagi mengendalikan bantuan beras itu diambil daripada elaun wakil rakyat Dun Wakaf Bharu seperti dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum ke-12 lalu. Selepas program itu berjaya dilaksanakan di Dun berkenaan, kerajaan negeri mulai tahun ini memperluaskan skim bantuan beras percuma ke seluruh Dun di Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta dalam belanjawan tahun ini untuk mengendalikan skim bantuan beras percuma. Katanya, seramai 100 penduduk miskin di setiap kawasan Dun akan menerima beras sebanyak 10 kilogram setiap seorang. ”Ini bermakna seramai 4,500 penduduk miskin akan mendapat kemudahan tersebut setiap bulan bermula Febuari 2011. Penduduk yang akan mendapat kemudahan tersebut dipilih dari senarai E-Tegar di bawah kerajaan negeri,” katanya di sini. Che Abdullah berkata, program itu dicetus kerajaan negeri selepas kejayaan pelaksanaan skim beras percuma dikendalikan di Dun Wakaf Bharu sejak Jun 2010. Difahamkan pelancaran program berkenaan yang dikenali sebagai Skim Al Itt’aam akan diadakan pada awal Febuari ini. Al Itt’aam bermaksud menyediakan bantuan makanan ruji berupa beras kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. "Biar pun program ini sudah lama dirancang kerajaan pusat namun sehingga sekarang tidak nampak ia dilaksanakan,” kata Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu. Kata beliau juga skim berkenaan mengambil kira pendekatan yang digunakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dengan menekankan aspek keagamaan pada program yang diadakan. Beliau juga berkata, kupon beras yang akan diberi kepada penduduk miskin boleh ditunaikan di pejabat Majlis Tindakan Dun berdekatan. Skim terbabit sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara maju termasuk Amerika Syarikat bagi membantu penduduk miskin. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 28 Januari 2011
Kelantan beri beras percuma: Program Subur tak menjadi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
Itulah kita janganlah bergantung sangat kepada kerajaan.
bantuan ini dpt mengurangkan beban penduduk.
Kerajaan perlu melihat balik apa sebenarnya yang berlaku.
Jika hal ini diperbesarkan, kerajaan akan dilebel sebagai tidak bertanggungjwab. Rakyat akan was2 untuk masih memilih kerajaan untuk PRU13 nanti. Seharusnya ada yang tampil untuk menjelaskan semuanya.
program yang dirancang perlulah dilaksanakan agar ianya tidak dijadikan isu pula.
Semoga berjaya dengan program ini..
siapa yang menghebah2kan bantuan seperti ini kalau bukan pembangkang. tidak semestinya kerajaan senyap bermakna tidak melakukan apa2. ia tidak perlu dihebahkan sepertimana kata pembangkang... idea bantuan ini datang dari siapa? kerajaan pakatan hanya tahu mencuri idea kemudian mendabik dada kononnya mereka berjaya melaksanakannya lebih dulu dari kerajaan pusat.
kerajaan Pakatan perlu sedar, keluasan dan jumlah penduduk Kelantan jauh lebih kecil berbanding dengan saiz negara Malaysia yang mana jumlah penduduknya lebih 28 juta orang. telah dijelaskan sebelum ini yang mana kementerian telah menangguhkan cadangan pemberian subsidi beras kepada golongan miskin kepada satu tarikh lain untuk memberi peluang lebih ramai rakyat mendapat faedah. jika cadangan itu dilaksanakan pada tempoh terdekat, hanya sebilangan kecil iaitu mereka yang mendaftar dengan E-Kasih saja yang akan mendapat faedah.
Catat Ulasan