Ditulis oleh Te@M.IT
LABIS - Pusat Rawatan Darussyifa' dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menganjurkan satu sesi khidmat rawatan percuma bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini.
Kemaraan perjuangan calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Cikgu Mala dalam sesi kempen hari ketiga ini diteruskan lagi dengan satu sesi lawatan ke Kampung Air Panas pagi tadi
Cikgu Mala seterusnya ke Felda Chemplak untuk bertemu pengundi di kampung tersebut dan ditemani oleh beberapa para petugas PAS yang lain.
Sementara itu, Pusat Rawatan Darussyifa' dengan kerjasama ANAK menawarkan khidmat rawatan serta pemeriksaan kesihatan percuma selama sehari ini. Ianya terbuka kepada orang ramai khususnya kepada para penduduk di sekitar Dun Tenang.
Khidmat rawatan yang dikendalikan Dato' Dr. Ustaz Haron Din ini di rumah No. 84, Jalan Limau, Felda Chempelak (Othman Husin).
Manakala beberapa perkhidmatan sama di buat UPU lain bagi kemudahan orang ramai dikendalikan oleh para petugas Darussyifa'.
Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang menawarkan alternatif perubatan islam kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital.
Kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa' iaitu menggunakan ayat-ayat al-Qur'an, Hadith dan doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya.
Cikgu Mala tidak melepaskan peluang untuk singgah sebentar di booth utama tersebut di samping beramah mesra dengan penduduk yang hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan