Tindakan menteri besar Selangor yang terdahulu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa sebagai 'punca' masalah dalam pelantikan jawatan setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu.
Setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim berkata, tindakan "melanggar perlembagaan" itu berlaku apabila Dr Mohd Khir membiarkan dirinya dibelakangi dalam urusan pelantikan SUK terdahulu.
"Beliau telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila
"KSN melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK negeri Selangor yang baharu tanpa berunding terlebih dulu dengan menteri besar," kata Faekah Husin (kiri).
Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah juga menyelar KSN yang didakwa mengabaikan kebijaksaan dengan melantik Khusrin dengan tidak mengambil kira kelayakan dan kredibiliti, serta tanpa berunding dengan menteri besar.
"Umno/BN telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda perlembagaan negara pada 1993 tetapi sekarang mereka cuba bersembunyi di sebalik istana untuk meneruskan agenda politik jahat," kata Faekah.
"Hanya kerana kerajaan negeri sebelum ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak bererti kerajaan sekarang perlu mengikut acuan lapuk dan tidak profesional yang mereka tinggalkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan