Bertindak atas khabar angin, kononnya seorang pemimpin tertinggi PKR akan dilantik sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel)yang baru, lima pelajarnya hari ini meluahkan bantahan mereka kepada menteri besar Selangor berhubung perkara itu.
Muhammad Nasir, dan kumpulan pro-mahasiswa yang dilihat cenderung menyokong gabungan BN berkata pihaknya menolak pelantikan canselor pusat pengajian tinggi itu yang berlatakbelakangkan pengaruh politik sama ada dari BN ataupun Pakatan Rakyat.
Sambil mendakwa memegang prinsip untuk bebas bersuara dan menyatakan pandangan, idealisme dan hak mereka sebagai 'third force' sekumpulan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) mahukan tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sebagai canselor mengantikan Datin Seri Rosmah Mansor.
“Antara sebab lain pelantikan beliau (Khoo) adalah kerana disebabkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang luas dalam bidang akademik serta sumbangan terhadap pembangunan negara,” kata Muhammad Nasir pada sidang media di Shah Alam.
Sebelum ini timbul ura-ura bahawa sama ada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun bekas timbalannya, Syed Husin Ali akan dilantik sebagai canselor baru.
Pada 20 November lalu, Rosmah mengumumkan pengundurannya bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA dan pengunduran itu diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan