HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Januari 2011

Ramon: Putrajaya perlu siasat aliran wang haram RM888b

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Terdapatnya keperluan untuk menyiasat dan mengambil tindakan pemulihan seandainya perlu, berhubung dengan laporan aliran keluar kewangan haram dari Malaysia, kata Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategi & Kepimpinan (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam.

Baru-baru ini, laporan oleh pemantau kewangan, Integriti Kewangan Global (GFI) menyebut yang aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 ialah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, ia melambung kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).

Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS itu, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram.

“Kita perlu tanya diri kita sendiri mengapa wang ini keluar,” kata Ramon kepada pemberita di Persidangan ke-13 Tinjauan Strategik Malaysia 2011 di sini hari ini.

Presiden Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia, Datuk Nicholas Zefferys, memberitahu pemberita yang Bank Negara Malaysia telah pun menetapkan peraturan pengubahan wang haram yang ketat.

“Malaysia mempunyai perlindungan kukuh terhadap pengubahan wang haram dalam sistem perbankan tradisional,” kata beliau.

Ahad lalu, DAP juga menggesa kerajaan Barisan Nasional tampil memberi penjelasan berhubung skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa kerana “lanun darat” dibenarkan bergerak bebas di negara ini, sekali gus menyebabkan wang sejumlah dibawa keluar secara tidak sah.

“Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

8 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Ya, hal ini sememangnya patut disiasat kerana ini akan menjejaskan ekonomi negara jika dibiarkan berterusan.

Gopuk berkata...

Aliran wang haram? Semakin berani individu terlibat melakukan perkara yang menyalahi undang2. Adakah kita memerlukan hukuman yang berat agar tidak ada lagi yang sanggup melakukan pekara seperti ini lagi.

Gopuk berkata...

Masih terdapat individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk hidup dengan mewah.

mandau berkata...

aliran wang haram seprti yang didakwa perlu disiasat kerana ia memberi kesan buruk kepada imej dan ekonomi negera.

zam berkata...

sebaiknya pekara ini disiasat demi kepentingan ekonomi negara.

Bujang Senang berkata...

Siasat untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Ini boleh mengancam ekonomi negara kita.

Tanpa Nama berkata...

mungkinkah aliran wang haram ini mempunyai kaitan dengan premis2 yang menjalankan kegiatan atau perniagaan secara haram? yang mana keuntungan hasil dari perniagaan itu 'dibersihkan' diluar negara. jika benar, semua kerajaan disetiap negeri perlu memberikan penjelasan. pembangkang tidak perlu menyerahkan tugas itu 100% kepada kerajaan persekutuan kerana mereka juga sama2 bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

masalah yang boleh memudaratkan negara memerlukan bukan sahaja penjelasan malah penyelesaian sebelum ianya bertambah rumit.