HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Januari 2011

Third Force namakan dua lagi bakal calon PRU13

TERKINI

KUALA LUMPUR— Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) hari ini mengumumkan dua lagi bakal calon Third Force, masing-masing seorang aktivis dan doktor gigi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

MCLM sudah pun mengumumkan dua nama baru-baru ini.

Bekas presiden Awam Haslinah Yacob dan Dr Nedunchelian Vengu menawarkan diri sebagai bakal calon untuk bertanding, kata presiden MCLM Haris Ibrahim kepada pemberita di ibu pejabatnya di Taman Desa di sini.

Dua nama yang diumumkan sebelum ini ialah Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai, kedua-duanya peguam.

Haris meletakkan sasaran untuk menghimpunkan 30 orang menjelang pilihan raya umum akan datang.

Harris berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan parti-parti bukan BN, kemungkinan akhir bulan depan berhubung tawaran calon berpotensi mereka.

Blogger People’s Parliament berkata kesemua individu berkenaan bebas MCLM, yang hanya mewujudkan struktur untuk mereka.

Katanya, kesemua bakal calon itu melalui proses penelitian maklumat latar belakang yang ketat, yang dikendalikan oleh penyiasat bebas yang dilantik dan dikehendaki menandatangani deklarasi berkanun agar mengisytiharkan harta mereka.

Haris juga berkata Malik, yang awal sekali diumumkan, mengetuai Agenda Pembaharuan Rakyat bersama beberapa aktivis lain dan dua muka baru yang diumumkan hari ini akan menyertai untuk merangka platform.

Tiada ulasan: