HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 Februari 2011

Anwar : Sokong Dasar Yang Tepat Untuk Bangunkan Negara

Ditulis oleh Salmi Druhamad Drahsin


PAGOH : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh rakyat di negara ini supaya menyokong dasar yang tepat untuk membangunkan negara supaya generasi mendatang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding hari ini.

Anwar berkata demikian di hadapan kira-kira 500 hadirin di Kampung Raja, Pagoh malam tadi.

Menurut Anwar, rakyat juga tidak harus salah faham 'pertelagahan' di antara pemimpin Umno-Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bukan disebabkan mereka bermusuh atas dasar peribadi, sebaliknya hanya kerana tidak sehaluan dalam dasar yang dibawa.

" Yang kita bawa ini soal negara, soal rakyat. Bila dasar parti itu betul, perlu kita sokong. Tetapi bila sudah gelincir, tidak betul,"jelas Anwar.

Sayugia, Anwar turut mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan keghairahan kerajaan pemerintah yang sibuk mencanang slogan 1 Malaysia, sedangkan pada masa sama, menyemai sentimen perkauman di negara ini.

Jelas Anwar, walaupun Najib sering melaung-laungkan ungkapan 1 Malaysia, namun sejauh mana beliau sendiri memberikan komitmen sepenuhnya kepada dasar yang dibawanya.

" Kalau Datuk Seri Najib itu betul, konsisten bawa 1 Malaysia, anda baca Utusan Malaysia. Lari betul dari mesej Perdana Menteri. Padahal Utusan Malaysia itu surat khabar siapa? Umno.

" Tetapi tengok surat khabar Umno, tengok cara cerca orang. Fitnahkan orang. Saya bersyukur dengan Allah SWT, dalam surat khabar mereka, hari-hari mereka maki hamun saya, sekejap agen Yahudi, lepas itu agen Amerika, lepas itu agen Hindu, ada juga kata alat Cina dan akhir sekali, Hishamuddin kata saya ini mungkin pengganas, agen Arab, Al-Qaeda.Berapa banyak agen nak bagi saya ni? Sebab itu saya kata, Anwar Ibrahim 007," jelas Anwar lagi.

Media arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Tv3 tidak pernah jemu untuk memburukkan imej Anwar.Malah adakalanya, fitnah yang dilemparkan tidak berasas dan ada ketikanya tidak logik pada pendengaran.

Namun hakikatnya, itulah yang berlaku.

Walau pun begitu kata Anwar, beliau akan tetap bangkit mempertahankan kebenaran dan nasib seluruh rakyat Malaysia dari terus dijajah pemikiran mereka dengan mainan politik Umno-Barisan Nasional.

Malah ujar mantan timbalan perdana menteri ini, tidak pernah ada sebarang paksaan kepada rakyat di negara ini sama ada mahu mempercayai dirinya atau memilih untuk menyakini propaganda murahan umno-BN, sebaliknya semua orang berhak untuk membuat pilihan masing-masing.

" Kamu hina dan aib aku (Umno-BN), siapa percaya, terpulang. Dia tahu hukum Qazaf, tahu, dia tahu fatwa Sheikh Yusuf Qardawi, dia tahu. Dia nak langgar, itu soal dia. Tetapi saya, selagi orang berikan sokongan kepada saya, Insya-Allah saya akan buat (lawan)," katanya.

Tiada ulasan: