SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kesungguhan anak muda Mesir bangun dalam menegakkan keadilan harus dijadikan ikhtibar dan contoh buat rakyat Malaysia.
Saranan tersebut dibuat Tan Sri Khalid berikutan kejayaan yang dicapai rakyat Mesir dalam usaha menentang serta merubah corak kepimpinan yang lebih demokrasi yang selama ini dikongkong pemimpin kuku besi.
“Perlunya pemimpin-pemimpin untuk mengingatkan pemuda bahawa corak negara akan datang, corak pengurusan akan datang, dan corak pembangunan akan datang adalah bergantung kepada corak yang dibuat oleh pemuda,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kursus Pengurusan PeBT di Dewan Raja Musa, Kompleks Belia dan Sukan, Shah Alam.
Menurut Khalid, beliau juga menyeru agar kesedaran belia dalam pembangunan Malaysia haruslah dipandang serius oleh segenap pihak bagi memastikan pentadbiran negara dapat dijalankan dengan lancar pada masa akan datang.
“Walaupun ilmu ada di dada dan di kepala, tetapi kalau tidak digunakan dan tidak diterjemahkan sudah tentulah kita tidak mempunyai sumbangan kepada negara yang tercinta,” ujarnya.
Justeru Khalid berkata, pihaknya berharap dengan penubuhan Penggerak Belia Tempatan atau PeBT ini mampu merancakkan lagi aktiviti belia di peringkat angkar umbi.
“Kita akan memantau keberhasilan usaha kita ini sebab kita telah melantik Pengarah Belia dan
Sukan baru untuk menjalankan tugas ini. Jadi kita kena tengok bagaimana tugas ini dijalankan dan tidak harus tertumpu kepada belia saja,” jalasnya
Khalid juga menyifatkan, pertubuhan ini adalah sebagai satu jihad dalam menggerakkan diri untuk berbakti kepada masyarakat. Melalui pertubuhan ini, belia juga dilihat mampu membuktikan jati diri masing-masing.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sejangkang,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan