LABIS: PAS kawasan Labis khususnya calonnya di Tenang, Cikgu Normala Sudirman diseru supaya terus turun padang bagi memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat walaupun kalah dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.
"Asas yang sangat baik telah dibina untuk Dun Tenang. PAS kawasan Labis, khususnya Cikgu Mala mesti terus turun padang," kata Mazlan Aliman AJK PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan jentera PAS di PRK Tenang.
Menurut beliau, PAS menghormati keputusan pengundi walaupun jelas sekali dalam pilihan raya ini sebagaimana biasa PAS bertanding melawan jentera kerajaan pusat dan negeri Johor bukannya BN dan Umno.
"Adalah jelas PAS bertanding melawan jentera kerajaan (Pusat dan Johor)," katanya.
Sebagai parti politik, katanya, Umno dan BN tiada kekuatan apa-apa.
"Projek segera jutaan ringgit, sogokan dan propaganda media pro BN telah digunakan sepenuhnya (dalam kempen mereka)," kata beliau.
Mazlan juga berjanji, Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) pimpinan beliau akan terus memperkasa gerakkerja sesuai dengan mottonya menarajui perubahan.
Beliau juga, bagi pihak jentera penerangan PRK ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat, petugas parti, dermawan, pengamal media dan sukarelawan yang datang dari seluruh negara bagi membantu jentera PAS dan Pakatan dalam pilihan raya kecil ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan