HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 Februari 2011

ELAKKAN PERPECAHAN KAUM MURUT!

Oleh: MAIL MATHEW

MANTAN Ahli Parlimen (Pensiangan) Datuk Taimin Lumaing (Tengah) khuatir matlamat yang diperjuangkan pemimpin suku kaum Murut sebelum ini tidak akan kesampaian, malah akan berlaku persaingan dan pertindihan objektif sesama sendiri dengan kemunculan satu lagi persatuan Murut yang baru didaftarkan sebagai ‘Borneo Murut Native Organisation‘ (BMNO) yang diasaskan Datuk Dr Bernard Maraat.

Tegasnya, namun beliau tidak bermaksud membangkang kewujudan persatuan itu kerana hasrat mereka (Bernard) ia selari dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 10(1) yang memberi hak kebebasan bersuara dan berpersatuan kepada sesiapa sahaja warganegara di negara ini.

“Kita juga ingin melihat niat penubuhan itu jika dapat menfokuskan kepada pembangunan ekonomi suku Murut benar benar terlaksana selain mewujudkan kerjasama rapat dengan persatuan yang sedia ada iaitu Persatuan Murut Sabah (PMS),” kata beliau yang juga Timbalan Presiden PMS ketika diminta mengulas kewujudan persatuan yang baru dilancarkan kelmarin oleh Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan DUN Sook, Datuk Dr Bernard Maraat.

Ketika diajukan pertanyaan berhubung beberapa pemimpin veteran yang dilantik sebagai penasihat dan Ahli Jawatankuasa persatuan itu termasuk beliau sendiri Taimin berkata;

“Setakat ini saya sukar untuk menerimanya kerana belum mendalami halatuju persatuan itu secara serius tetapi sebagai prinsip, saya tetap komited dengan PMS walaupun mungkin ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki kerana PMS sudah banyak mencapai kejayaannya dalam pemeliharaan khazanah adat istiadat dan kebudayaan Murut sepertimana yang berlaku sekian lama,” jelas Taimin.

Persatuan Borneo Murut Native Organisation yang baru terdaftar dari Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang dilancarkan pada sabtu dikatakan akan menfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan bagi masyarakat Murut yang masih di tahap rendah berbanding dengan masyarakat lain di negara ini.

Maraat turut dipetik sebagai berkata bahawa beliau menggesa kerajaan agar mengambil perhatian serius terhadap kebajikan masyarakat itu yang kebanyakannya menduduki kawasan pedalaman yang sebilangannya masih dibelenggu kemiskinan.

Justeru, Maraat telah memajukan beberapa cadangan kepada kerajaan yang meminta kelulusan pemilikan tanah seluas 50 ekar berhampiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu untuk pembinaan perkampungan budaya dan penubuhan Yayasan Murut bagi membantu generasi muda menghadapi masa depan mereka.

23 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Ya, mereka perlu bersatu.

mandau berkata...

mempunyai 2 persatuan Murut tidak ada salahnya, tp ia kena dipastikan tidak akan memecah belahkan kaum ini.

mandau berkata...

kedua persatuan ini harus bekerjasama agar perpaduan dpt dibentuk.

zam berkata...

PMS dan BMNO perlu bersama-sama untuk memajukan Kaum Murut.

zam berkata...

tidak salah jika ada dua persatuan, yang penting mereka boleh berusaha untuk memajukan Kaum Murut itu sendiri.

Antanum berkata...

Semua kaum perlu elakkan perpecahan. Jangan sekali2 berpecah kerana musuh dimana2. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk bertindak.

Antanum berkata...

Jika boleh semua rakyat sabah kena bersatu dan mentadbir untuk kepentingan bersama. Jangan sesekali melakukkan kesilapan.

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga bersatulah untuk perpaduan Kaum Murut. Janganlah pihak pemimpin berpecah belah.

Sanih Alias berkata...

Bukan kaum Murut saja, tapi semua rakyat Malaysia bersatu untuk mengukuhkan negara kita ini. Negara kita ini kaya dengan pelbagai Kaum, Agama dan bangsa. Maka kita tetap menjadi 1 Malaysia.

nickko berkata...

lebih banyak persatuan yang memperjuangkan suku kaum murut lebih banyak manfaat diperolehi oleh kaum tersebut. sekiranya kedua2 persatuan ini bersaing pun, kesan positifnya tetap akan dinikmati oleh kaum murut.

nickko berkata...

jika kedua2 persatuan ini mempunyai matlamat yang sama, mungkin lebih baik jika mereka dapat bergabung atau berkerjasama.

Tanpa Nama berkata...

sesuatu kaum akan lebih kuat da nkukuh jika mereka bersatu, harap kedua persatuan ini dpt bekerjasama dan bersatu demi perpaduan dan kekuatan kaum mereka.

Hamdan Hadillah berkata...

Sebagai parti yang berjuang untuk Kaum yang Sama, mereka perlu bergabung untuk memperjuangkannya baru kuat dan mudah untuk membantu.

Tanpa Nama berkata...

apa salahnya mempunyai satu lagi pertubuhan Murut?

Tanpa Nama berkata...

mungkin dengan adanya BMNO, kebajikan kaum Murut akan lebih terjamin dan didengari.

Tanpa Nama berkata...

yang penting haruslah ada persefahaman tanpa kekangan fahaman politik barulah boleh maju.

Tanpa Nama berkata...

penubuhan BMNO bukan bermaksud untuk memecah-belahkan kaum Murut tetapi untuk memperjuangkan nasib kaum Murut sama seperti PMS..

Tanpa Nama berkata...

tunggu dan lihat saja dulu kemampuan BMNO barulah beri kritikan sama ada relevan atau tidak.

Paquin berkata...

Lagi banyak lagi bagus asalkan berpaksi pada tujuan yang sama:)

Paquin berkata...

Jangan jadikan penubuhan satu lagi persatuan Murut sebagai alasan utk berpecah belah. Pastikan kedua-dua pihak ini sentiasa bekerjasama.

Paquin berkata...

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. So all the best kepada persatuan2 Murut:)

Paquin berkata...

Wujudkan suasana win-win dan pastikan semangat kerjasama itu ada utk terus membangunkan kaum Murut.

Paquin berkata...

apapun kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan BMNO ini.