HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Februari 2011

Kerajaan cari opsyen elak naikkan harga RON95

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.

“Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.

“Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat,” katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak.

“Siapa kata RON95 nak naik... siapa cakap? Khabar angin?.. .jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).

Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lepas.

“Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaikkannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan.

“...Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu,” katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut.

Petrol RON95 telah diperkenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.90 seliter.

Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) antara Mohd Zain dengan wakil daripada lima konsultan yang menjadi pelaksana projek tersebut.

13 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Mustahil kerajaan tidak dapat mengelakkan kenaikan harga RON 95. Negara kita pengeluar minyak, takkan rakyat kita sendiri tidak mampu menikmati minyak yang murah.

Mohd Ishak berkata...

RON 97 sudah dinaikkan beberapa kali. Kalau RON 95 juga dinaikkan, rakyat pasti akan membalas...

zam berkata...

harap kerajaan akan dapat mencari opsyen bagi mengelak kenaikan harga RON95.

tombolo berkata...

rakyattentu mengharapkan agar harga minyak takkan dinaikkan lagi, jika dinaikkan tentu rakyat akan bertambah terbeban.

tombolo berkata...

oleh itu, harap kerajaan dpt mencari jalan agar tidak berlaku lagi kenaikan harga minyak.

Jason berkata...

Good to know that the government is searching for an option to avoid the increase the RON95.

Jason berkata...

Hopefully the government is able to find a way.

Paquin berkata...

Semoga kerajaan dapat menemukan cara yang terbaik:)

Paquin berkata...

Walaupun agak sukar, namun saya yakin asalkan ada usaha semuanya pasti tercapai:)

elia berkata...

Itu sudah semestinya. Mencari alternatif untuk kepentingan dan kebaikkan rakyat.

Unknown berkata...

Semoga Kerajaan akan dapat mengelak kenaikkan harga minyak RON 95..Sekiranya kenaikkan berlaku tidak mustahil akan memberikan beban kepada rakyat kelak.

nickko berkata...

baguslah jika kerajaan mempunyai inisiatif untuk mengelak kenaikkan harga petrol. tapi rakyat tidak perlulah mengharap kerana sebelum ini juga kerajaan pernah menyuarakan jaminan bahawa minyak tidak akan naik tapi sebaliknya ia naik beberapa minggu selepas kenyataan itu dibuat.

nickko berkata...

saya harap inisiatif kerajaan ini bukan sekadar omong kosong. kerajaan perlu menjamin keadaan tersebut memandangkan banyak pihak akan mendesak kerajaan untuk menaikkan harga termasuk syarikat pengangkutan awam yang semestinya akan membebankan rakyat.