Pembinaan jejantas dari KLCC ke Hotel Impiana berjumlah RM 70,000 semeter? Memang banyak kos tu. Kami ingin menarik sekali lagi perhatian anda kepada satu lagi kes yang boleh kita bincangkan bersama.Berikut adalah kenyataan mengenai berita ini.
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah hari ini melawat semula jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM70,422 semeter atau RM10 juta.
“Saya masih tertanya-tanya, apakah nilai sebenar bagi pembinaan jejantas ini?” katanya sambil menyifatkan kos pembinaan jejantas itu sebagai terlalu tinggi dan berkata beliau akan menimbulkan perkara itu pada sidang parlimen minggu depan.
“Selain daripada kos bangunan itu, ia juga dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator, jadi berapa pula kos penyelengaraanya?
Adakah terdapat alternatif yang lebih murah yang boleh digunakan?” kata Nurul Izzah kepada wartawan ketika melawat kawasan itu di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pagi ini.
Fasa pertama projek jejantas ini menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana.Menurut Nurul Izzah, beliau masih menunggu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik menjawap soalan-soalan yang dikemukakannya.
“Sehingga hari ini, saya masih belum menerima sebarang maklumbalas dari Raja Nong Chik mahupun daripada Datuk Bandar (Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail), katanya.
Selasa lalu, Nurul Izzah mempertikaikan kewajaran RM10 juta dibelanjakan bagi membina jejantas berhawa dingin yang hanya sepanjang 142 meter itu.
Enam lagi jejantas yang serupa dijadualkan dibina menghubungkan Pasar Seni LRT-Dayabumi; bangunan utama DBKL -pusat membeli-belah Sogo; Stesen KTM Komuter-Bandaraya LRT; Jalan Sultan Ismail-Maju Junction-Medan Tunku monorail station; Plaza Rakyat-terminal bas Puduraya; dan Masjid Albukhari-stesen LRT Hang Tuah.
Syarikat Prasarana Sdn Bhd (Prasarana) dilaporkan membelanjakan kira-kira RM60 juta untuk membina enam jejantas berkenaan yang merupakan sebahagian daripada projek sepanjang 12kilometer.
Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 juta untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat swasta.
Seperti yang dinyatakan, bolehlah kami ringkaskan sedikit spesifikasi jejantas mewah ini seperti di bawah.
- Berhawa dingin
- Ada 4 buah eskalator dan lif (untuk warga emas dan OKU)
- Mempunyai rekabentuk menarik dan dibina dengan bahan berkualiti tinggi
Baiklah, ingin kami jelaskan, apa relevannya jejantas mewah ini?Adakah wajar membina jejantas yang menelan belanja RM 10 juta hanya dengan hanya sepanjang 142 meter? Persoalan ini perlu dijawab oleh pihak berkenaan. Selepas ini, akan ada 6 buah lagi jejantas di :
- Pasar Seni LRT-Dayabumi
- bangunan utama DBKL -pusat membeli-belah Sogo
- Stesen KTM Komuter-Bandaraya LRT
- Jalan Sultan Ismail-Maju Junction-Medan Tunku monorail station
- Plaza Rakyat-terminal bas Puduraya
- Masjid Albukhari-stesen LRT Hang Tuah
Syarikat Prasarana Sdn. Bhd dikatakan akan membelanja sebanyak RM 60 juta bagi 6 buah jejantas untuk fasa ke-2 ini yang merupakan sebahagian daripada projek sepanjang 12 kilometer.projek ini juga dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 juta untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat swasta.
Bagi pemerintah, berkemungkinan kita akan nampak usaha “murni” mereka bagi mencantikkan keindahan Bandaraya Lumpur ini, namun bagi kita sebagai rakyat, apa yang kita nampak sememangnya pembaziran.kenapa kami kata pembaziran, sebab kesan yang akan dinikmati oleh rakyat adalah terlalu sedikit.
RM 100 juta, mungkin nampak kecil pada sesetengah orang, tapi pada mata rakyat yang hidupnya “mengadap dinding” tiap-tiap hujung bulan, itu angka yang besar.Sangat besar.Kami tak bantah pembinaan prasarana yang lebih baik dan lebih selamat, namun adakah ianya relevan pada waktu sekarang? Di mana rakyat di dalam kesusahan untuk meningkatkan kembali ekonomi keluarga masing-masing.
Secara harafiahnya, kami berharap agar kerajaan cuba untuk menyuntik lebih banyak modal dalam mewujudkan peluang pasaran dan kerja di Malaysia ini bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi. Namun mungkin kerajaan lebih berminat dalam projek-projek mengindahkan “Kuala Lumpur”, daripada ekonomi rakyatnya sendiri.
Kami juga telah menulis kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail bagi mendapat maklum balas mengenai isu ini. Kos yang terlibat mungkin besar akibat dari kos keselamatan dan keselesaan serta rekabentuknya yang menarik.Namun kami ingin mendapat perhatian Datuk Bandar mengenai relevannya pembinaan jejantas itu dengan kos yang banyak, hanya untuk dinikmati sesetengah golongan rakyat? Kenapa perlu berbelanja lebih hanya untuk membina jejantas?
Rakyat bukan mahu jejantas yang berteknologi tinggi.Bukan mahu jejantas yang berhawa dingin. Rakyat tidak perlukan itu semua.Apa yang mereka perlu adalah kerajaan lebih telus dalam membelanjakan pendapatan negara ke arah memakmurkan ekonomi rakyat dan disamping itu, mengekalkan kestabilan ekonomi agar rakyat tidak berasa “miskin di bumi sendiri”. Dengan kos RM 10 juta itu, kerajaan boleh buat dengan lebih baik dan lebih bermanfaat untuk semua pihak.Bukan hanya menguntungkan sesetengah golongan sahaja.
Apa pandangan anda mengenai kos pembinaan jejantas ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan