HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Februari 2011

Pelan 100 hari PR gagal? Betapa dangkalnya otak Zainal Kling

WarkahDaily

Amat malu sekali negara kita hanya memiliki penganalisis politik seperti Datuk Zainal Kling. Dilihat kepada pandangan yang dibuat, betapa dangkalnya hujah yang diberikan konon ‘Pelan 100 hari Pakatan Rakyat (PR)’ telah gagal berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Dun Tenang kelmarin.

Kononnya, pelan itu telah pun gagal dan rakyat telah menolak pelan yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat itu berdasarkan tewasnya calon PR dalam PRK berkenaan.

Adilkah jika kita letakkan kejayaan sesuatu pelan itu tanpa ianya belum diuji terlebih dahulu (beri peluang PR memerintah dengan pelan 100 hari).

Zainal Kling berkata, pengundi sekarang bijak dan boleh menilai kemampuan parti bertanding serta janji ditaburkan.

Menurutnya, cubaan PR mahu membawa isu Pelan 100 Hari gagal dan jumlah sokongan undi kepada Barisan Nasional (BN) meningkat berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Menurutnya, keputusan PRK DUN Tenang membuatkan PR perlu memikirkan semula strategi mahu diguna pakai sebelum PRU akan datang kerana kekuatan tsunami politik 2008 semakin lemah.

"Pelan 100 Hari PR seperti diperkatakan ramai pihak tidak berjaya menarik sokongan undi kepada calon Pas.

"Ia adalah kerana pengundi sedar Pelan 100 Hari itu hanya manifesto politik dan tiada harga jika sekadar cakap-cakap,” katanya.

Pelan 100 hari PR yang masih ‘muda’, bahkan belum lagi ianya dapat dilaksanakan kerana belum memerintah, ditambah lagi rakyat Dun Tenang belum mengerti apa dia pelan Pakatan Rakyat itu secara rasional dan telus, secara logiknya, keputusan PRK Dun Tenang tidak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan pelan berkenaan.

Jika kita mahu melakukan sesuatu projek pun, bukannya kita ambil masa dua tiga hari untuk menentukan kejayaannya, bahkan bertahun-tahun. Lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat masih lagi belum memerintah negara kerana pelan itu adalah tawaran PR apabila berjaya membentuk kerajaan pusat. Jadi kenalah tunggu bila jadi kerajaan barulah nilai ianya berjaya atau tidak.

Cuba lihat gagasan 1Malaysia Najib, tiada seorang pun tahu pasal 1Malaysia sedikit masa dulu jika kerajaan tidak memaksa setiap jabatan kerajaan, sekolah-sekolah dan kakitangannya memasang logo 1Malaysia, menyanyi lagu 1Malaysia dan melaksanakan program berkaitan 1Malaysia. Semuanya kerana dipaksa barulah sebahagian kecilnya mahu mengerti apa dia 1Malaysia.

Tapi bolehkah kita dakwa, gagasan Najib itu telah berjaya?

Bagaimana ianya boleh dikatakan berjaya jika Umno masih lagi dengan Umnonya, MCA masih lagi dengan MCAnya, MIC masih lagi dengan MICnya.

Perbalahan kaum masih lagi di takuk lama. Perkasa yang melaung-laung Melayu menimbulkan kemarahan orang Cina dan India, sikap menghina agama Islam presiden MCA tidak juga dapat diatasi pemerintah.

Padahal gagasan itu diideakan sendiri oleh Perdana Menteri dan mendapat kerjasama segala bentuk peruntukan kewangan dan jentera kerajaan. Bahkan berbilion-bilion ringgit dah hangus dek kerja 1Malaysia.

Bagi penulis WarkahDaily, lebih baik Zainal Kling menganalisis terlebih dahulu kejayaan gagasan 1Malaysia Najib berbanding pelan 100 hari PR.

Tiada ulasan: