Mulai Mei ini, Gurdwara (kuil Sikh) dibenarkan menghantar guru agama untuk mengajar pelatih Sikh di pusat Latihan Khidmat Negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Bagaimanapun pihaknya akan mengadakan lagi pertemuan dengan majlis itu untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci.
Kemasukan siri kedua Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk tahun ini bermula 1 Mei.
Bercakap kepada Bernama, semalam, Abdul Hadi berkata JLKN tidak akan membiayai sebarang kos untuk pengajaran tersebut jika bilangan pelatih beragama Sikh kurang daripada 15 orang di sesebuah kem.
Beliau juga berkata pada sesi pengambilan PLKN yang akan datang, JLKN akan menempatkan pelatih beragama Sikh di kem-kem berdekatan Gurdwara bagi memudahkan
mereka beribadah.
Abdul Hadi juga menyarankan pertubuhan belia kaum Sikh menganjurkan program menarik minat lebih ramai kaum itu menyertai program PLKN serta melibatkan bekas belia Sikh yang telah menjalani PLKN dalam program mereka.
10 ulasan:
Keperluan pelatih beragama Sikh diberi perhatian. Ini relevan dengan konsep 1 Malaysia.
Baguslah tue.
ini bersesuaian dengan keperluan pelatih yang beragama sikh.
Satu langkah yang bijak. Bila pula masanya pengajar agama buddha dan kristian melangkah masuk ke kem itu?
Seharusnya dilakukan sekian lama. Tapi tidak apa sekurang2nya telah dilakukan.
memang patut PLKN menerima perubahan dari masa ke semasa dalam usaha merealisasikan PLKN sebagai sebuah organisasi terunggul dalam melahirkan bangsa Malaysia.
Bagus juga ba kalau am ni barulah 1 Malaysia, hhihi
Setuju evan. PLKN harus berubah mengikut keperluan bagi memastikan semua pihak puas hati.
Cadangan yang bagus oleh pihak PLKN. Semoga masalah agama-agama tidak timbul di PLKN. Kita rakyat harus bersatu untuk menjadi 1 Malaysia.
ini menunjukkan bahawa kerajaan menahmi keperluan agama dan budaya sesuatu kaum.
Catat Ulasan