Oleh itu, kata Saifuddin Pakatan Rakyat harus mendepani krisis ketuanan Melayu menjelang pilihanraya umum akan datang.
Beliau berpendapat terdapat tiga premis ketuanan Melayu harus dirungkai dan dipatahkan Pakatan Rakyat demi kebaikan merealisasikan negara demokrasi yang sihat, adil dan sakasama.
"Rakyat diracun hanya kuasa politik Melayu dipusatkan ditangan Umno, yang dijual sebagai parti politik paling dominan orang Melayu," katanya.
Dakyah ini kata Saifuddin akan menyebabkan bangsa Melayu khususnya golongan niagawan akan merasa tertindas dan kedudukan ekonomi Melayu akan terhakis tanpa bantuan kerajaan Umno.
"Sentimen ini diapi-apikan dengan tuduhan bahawa, diskriminasi besar-besaran bangsa Cina dan India dalam bidang swasta dan perniagaan," katanya.
Tambahnya lagi, premis ketuanan Melayu yang membawa pendekatan bahawa kedudukan orang Melayu hanya akan terjamin menerusi politik Melayu berkuasa ke atas bangsa lain dalam semua bidang juga harus diselesaikan.
"Justeru cadangan-cadangan Pakatan Rakyat yang memberi bantuan kepada bangsa lain atau suara daripada bangsa lain yang mempersoalkan isu bersabit kaum Melayu dilihat dari lensa yang sempit"
Beliau berkata demikian pada majlis Kovensyen Nasional Pengupayaan Bangsa- anjuran PAS semalam.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan berkenaan ketuanan Melayu.
Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari ini yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan