HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mac 2011

Penggunaan bangsa dalam borang tertentu perlu digugurkan

BERNAMA

PETALING JAYA – Yayasan 1Malaysia menyeru agensi kerajaan serta swasta menggugurkan perkataan “bangsa” dalam borang tertentu bagi meningkatkan lagi semangat perpaduan sekali gus merealisasikan konsep 1Malaysia secara sepenuhnya.

Pengerusinya Profesor Dr Chandra Muzaffar berkata ini kerana masyarakat dilihat begitu obses dengan perkataan “bangsa” sehingga ia dianggap sebagai rintangan paling besar dalam proses tersebut.

Bagaimanapun, borang berkaitan seperti statistik jumlah penduduk, nisbah sesuatu kaum dalam perkhidmatan awam sepert polis, tentera, tidak perlu digugurkan penggunaan perkataan “bangsa” kerana data tersebut penting bagi mendapatkan maklumat yang lengkap.

“Ada beberapa jenis borang yang tidak memerlukan penggunaan bangsa kerana tidak penting pun dan ia haruslah dikaji semula dan kalau boleh dihapuskan kerana menghalang kepada kejayaan konsep 1Malaysia, bagaimanapun berkaitan kategori agama tidak akan disentuh.

“Jika ada mempertikaikan mereka akan hilang hak sekiranya penggunaan bangsa itu digugurkan, ia tidak betul kerana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan malah hak mereka akan terus terbela seperti termaktub dalam perlembagaan,” katanya pada sidang media mengenai “Etnik dalam Borang – Minta Semakan di sini, hari ini.

Turut sama pada sidang akhbar itu ialah anggota Lembaga Pengarah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye dan Datuk Seri Anthony Fernandes.

Chandra berkata proses tersebut (gugurkan penggunaan bangsa) mungkin mengambil masa kerana ia bukanlah satu perkara mudah kerana pada masa sama perlu menitikberatkan sensitiviti sesuatu kaum itu.

Ketika ditanya sama ada pihaknya ada mengadakan perbincangan dengan kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan atau swasta berkaitan perkara tersebut, beliau berkata: “Ketika ini hanya bank sahaja telah menyuarakan minat untuk turut serta manakala yang lain kami akan adakan perbincangan seterusnya nanti”.

“Pada 2009, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengumumkan penggunaan bangsa digugurkan dalam proses semakan kerajaan, jadi seruan kami pada hari ini adalah langkah pertama Yayasan 1Malaysia ke arah tersebut,” katanya.

Dalam pada masa, beliau berkata sekolah jenis kebangsaan tidak akan menghalang ke arah merealisasikan konsep 1Malaysia kerana ia masih menggunakan kandungan pembelajaran sama dengan sekolah kebangsaan.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Is race really that important when you are filling in forms?

mandau berkata...

bagi saya penggunaan bangsa tak perlu ada. ia tak penting sangat.

Hosie Masie berkata...

Sebelum menggugurkannya kita perlu memberikan sebab yang kuat. Jika hanya 1 Malaysia alasan utama mungkin kita perlu mengkaji semula cadangan ini.

Tanpa Nama berkata...

masih ada banyak cara untuk kita meningkatkan perpaduan. setakat ini tidak ada masalah yang timbul kesan dari penggunaan 'bangsa' pada borang tertentu. yang banyak menimbulkan masalah perkauman adalah persaingan politik.

Tanpa Nama berkata...

walau bagaimanapun, apa2 sahaja usaha yang menjurus kepada mengeratkan perpaduan di negara ini wajar disokong. namun kerajaan tidak wajar membelakangkan faktor2 lain yang lebih jelas menyumbang kepada masalah perkauman.

Jason berkata...

I think there's a good reason why forms requires the applicant's race. What happen if a foreigner fills in the form??

Jason berkata...

This suggestion should be revised carefully before implementing it.

Jason berkata...

Who knows there might be downside of not using "race" in forms..

azman berkata...

cadangan ini wajar diteliti terlebih dahulu. jika ianya mendatangkan kebaikan maka cadangan ini wajar diterima.

nurfatihah berkata...

Betul, sejak dari dulu lagi penggunaan bangsa sepatutnya dilupuskan untuk mengelakkan bias semasa pemilihan. Aslakan seseorang itu warganegara malaysia, buat apa lagi isi bangsa?