Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR- Belum reda kontroversi mengenai kenyataan bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalan raya, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sekali lagi menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat hari ini. Kekecohan timbul apabila Bung menggelarkan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai 'syaitan' sewaktu sesi soal jawab lisan pagi tadi. Gelaran itu pada awalnya ditujukan kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur) yang bangun 'mengganggu' ketika beliau mengemukakan soalan tambahan mengenai kursus peningkatan kemahiran rakyat khusunya kepada golongan wanita kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah. Ketika itu, Kulasegaran bangun dan bertanya adakah perlu diadakan kursus memandu kepada golongan wanita. Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat. "Mereka manipulasi kenyataan saya untuk tarik undi golongan wanita supaya sokong Pakatan Rakyat. "Sudahlah, jangan tipu rakyat. Mereka faham apa yang saya cakap," katanya dengan suara yang agak tinggi. Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu. Bung seterusnya berkata, ramai 'syaitan' yang mengganggunya namun 'syaitan-syaitan ini akan direjam'. "Kalau pun ada bisikan syaitan di pagi ini, akan direjamlah mereka," katanya. Kulasegaran bangun membantah perkara itu dan menganggap Bung mengeluarkan perkataan yang tidak baik dalam dewan. "Apa ini Yang Dipertua...tiba-tiba cakap syaitan," katanya. Namun Bung terus bertanya soalan dan setelah menghabiskan soalannya, Bung secara tiba-tiba memandang Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan menggelarnya 'syaitan besar'. "Ini Shah Alam memang syaitan yang besar," katanya. Khalid bangun dan meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuruh Bung menarik balik kata-katanya. "Yang Dipertua, dia (Bung) panggil saya syaitan besar. Minta tarik balik. Ini dewan yang mulia, kena jaga kata-kata," katanya. Bung terus mempertahankan diri dengan mendakwa mereka yang mula mengganggunya. Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pula bangun mempertahankan Bung dengan meganggap wakil Pakatan Rakyat yang tidak menghormati dewan. Junaidi bagaimanapun menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat. "Saya faham itu Yang Berhormat. Tapi itu tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perkataan yang tidak betul dalam dewan. Perkara ini saya pertahankan. Kalau tidak semua orang boleh guna perkataan sesuka hati," tegasnya. Mahfuz pula bangun dan menyokong pendirian Junaidi itu. "Yang Dipertua, kalau cakap dia terganggu, kita pun selalu terganggu, tapi kita terbuka. Saya pun selalu diganggu. Tapi tak adalah sampai nak menggunakan perkataan yang bagi saya sangat buruk," katanya. Mereka seterusnya mendesak Bung menarik balik perkataan 'syaitan' itu sehingga Bung terpaksa mengalah dan menarik balik perkataan itu. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 1 April 2011
Bung gelar wakil Pakatan ‘syaitan besar’
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
I hope all politicians will refrain from using crude words. This will ruin your own image and also affect your party's reputation.
sebagai wakil rakyat kita kena jaga tingkahlaku kita. ia diperhatikan oleh rakyat.
Aiyer, Bung and his mouth again.
His behavior could ruin BN's image.
The only "syaitan besar" I see is Bung Moktar Radin..
Bung, kau buat malu kepada sabah khasnya kawasan kinabatangan sahaja...
seharusnya Bung tidak patut bersikap sedemikian..dia harus menghormati ahli YB lain biar pun dari pembangkang kerana mereka adalah pilihan rakyat..menghina YB lain sama seperti menghina rakyat yang memilih mereka.
diharap Bung tidak akan dipilih dan dicalonkan semula pada pilihanraya akan datang kerana jelas beliau tidak memiliki sifat2 pemimpin yang disegani dan dihormati..beliau hanya tahu mencemarkan imej baik BN..
tidak kira mana-mana pemimpin pun haruslah sentiasa menunjukkan contoh sikap yang baik.
Bung sepatutnya tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat. Apa pun Bung telah pun menarik balik..
Bung should mind his reputation.
Jadikan hal ni pengajaran. Sebagai orang yang agak dikenali, tutur bicara & t/laku tu perlu dijaga.
Jangan sampai 'kerana mulut badan binasa' huhu.
inilah jadinya bila emosi mendahului kewarasan berfikir dan bertindak..
ahli2 politik patut sedar tanggungjawab mereka memerlukan mereka berhadapan dengan tekanan. kalau tidak sanggup jangan sesekali terlibat dengan politik.
seorang pemimpin perlu mengawal kata-kata terutama apabila di khalayak ramai kerana ini boleh mempengaruhi imejnya sebagai seorang pemimpin.
Catat Ulasan