KUCHING : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara positif menerima cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) seperti yang dicadangkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
"Kita perlu tahu apa yang termaktub dalam prinsip Pakatan Rakyat dan latar belakang pencapaian Pakatan setakat ini pada pilihan raya lepas, dan saya tidak rasa, kami perlu berlaku prejudis dalam hal ini.
" Berhubung apa yang dicadangkan oleh YB Lim Kit Siang, saya melihatnya dari sudut positif dan segala persoalannya akan dibincangkan menerusi satu perbincangan forum tertutup di kalangan ketua parti,"kata Anwar.
Kit Siang terdahulu menjelaskan cadangan penggabungan di antara DAP dan SNAP masih di peringkat awal perbincangan.
Menurutnya lagi, ia juga tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman kepada perpaduan Pakatan Rakyat sebaliknya untuk menggalakkan pertumbuhan sokongan.
Bahkan ujar Kit Siang, DAP yakin kemenangan yang diraih parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu bukan hanya datang dari pengundi Cina semata-mata.
Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata, satu mesyuarat antara DAP, PKR dan PAS akan diadakan 1 Mei ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penggabungan itu.
"Percubaan mahu lagakan PKR dan DAP gagal, sebab prinsipnya mana parti yang mendapat majoriti. Bagi saya kami bekerja bersama dalam satu pasukan di antara pimpinan PKR PAS dan DAP, dan ia adalah mimpi bagi BN untuk pecahkan kami, tidak mungkin,"katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan