Sehubungan itu Khairy juga mempertahankan UDA Holdings Bhd daripada krikan segelintir pemimpin Umno dan Perkasa yang mendakwa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mengabaikan agenda Bumiputera dengan tidak melantik pelabur-pelabur Bumiputera untuk membangunkan projek Bukit Bintang City Centre, yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.
“Saya berharap mereka yang terus mengkritik UDA, mesti bersandarkan alasana-alasan kukuh. Mereka perlu berhadapan dengan realiti situasi hari ini.
“JIka, UDA tidak membuat keputusan, maka ia tidak boleh kekal beroperasi dan ia mempunyai viabiliti jangka panjang,” kata beliau.
Kata Khairy, jika UDA tidak dapat kekal oeprasi maka ia terpaksa melelongkan asetnya sebab mempunyai banyak hutang.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional berkata, langkah menyelesaikan pinjaman sahaja memaksa syarikat itu memerlukan berjuta ringgit.
“Agenda Bumiputera hari ini bukan agenda lama yang bersandarkan pada pemberian (kerajaan) tetapi mengenai masa depan dan viabiliti.
“Bagaimana UDA boleh berkekalan dalam jangka panjang dan menyediakan pulangan yang baik,” katanya pada sidang media selepas mengunjungi ibu pejabat UDA di sini hari ini.
Bulan lalu, UDA kesal dengan tuduhan dilemparkan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, yang mendakwa syarikat GLC itu telah membelakangkan Bumiputera dalam projek pembangunan Bukit Bintang City Centre.\
BBCC dibangunkan di tapak Penjara Pudu di ibu negara.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed menegaskan projek bernilai RM6.7 bilion masih belum dianugerahkan kepada mana-mana syarikat termasuk kepada syarikat asing dari China seperti didakwa Musa.
“Ingin saya tegaskan bahawa projek ini, yang dibangunkan atas tanah seluas 7.76 hektar di Kuala Lumpur tidak akan langsung meminggirkan kepentingan masyarakat Bumiputera,” katanya.
Justeru kata beliau, tuduhan Musa mengatakan UDA Holdings membelakangkan kepentingan Bumiputera adalah tidak benar sama sekali.
Selain itu, Nur Jazlan juga menjelaskan bahawa pihaknya telah menjemput 14 syarikat asing dan tempatan yang membentangkan kertas
cadangan projek pembangunan itu.
Nur Jazlan juga menjelaskan bahawa UDA Holdings kini mengalami masalah kewangan serta bank tanah yang amat kritikal selepas disenaraikan dalam bursa saham.
GLC itu mempunyai aset bernilai lebih RM2 bilion tetapi mempunyai hutang sekitar RM900 juta manakala aliran tunai pula RM90 juta.
Khairy juga menekankan bahawa UDA bukan lagi sebuah agensi kerajaan tetapi syarikat yang mempunyai liabiliti dan hutangnya sendiri.
Justeru kata beliau, pengurusan syarikat itu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan aliran tunai masa depan.
“Jika kita masih ada pemikiran lama di mana kita mengandaikan bahawa satu-satunya tujuan UDA ialah untuk membantu Bumiputera tanpa mempertimbangkan kos dan masa depan syarikat, maka kerajaan mesti mengambil keputusan sama ada UDA kekal sebagai sebuah syarikat atau kembali sebagai agensi kerajaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan