HALAMAN SANTAI

Sabtu, 18 Jun 2011

Kartun Utusan Malaysia Bikin Langsi?

Staff Berita Semasa

kartun utusan hina islam Kartun Utusan Malaysia Bikin Langsi?

Memang panas karikatur kartun yang dikeluarkan dalam akhbar Utusan Malaysia tempohari.Sehingga ramai rakyat Malaysia sendiri yang beragama Islam kurang senang.Ianya dikatakan menghina Islam.

Masing-masing juga mempunyai pendapat sendiri.Begitu juga dengan kami.Pelbagai kenyataan balas telah dikeluarkan.Bermula dengan Pemuda PAS Melaka, Kemudian Pemuda PAS Kelantan seperti yang anda boleh baca di sini dan sini. Namun, kesimpulan dari kenyataan mereka, Utusan Malaysia dikatakan menghina dan memperlekehkan hukum Islam.Benarkah begitu?

Kalau mengikut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pernah mengeluarkan kenyataan di Malaysiakini:

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu sebagai “taktik kotor” yang bertujuan mengelirukan rakyat bahawa Anwar tidak bermoral. “Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu,” kata Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan parlimen.”Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti.

Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya?”Apakah peralatan (yang diguna), siapakah pelakon sebenar, dan penerbitnya?… Adakah mereka mempunyai sifat bodoh atau bohong?”Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama,” katanya.Katanya terlalu banyak faktor untuk diambil kira dan kredibiliti individu di sebalik rakaman video berkenaan juga dicurigai.Sehubunagn itu, Abdul Hadi berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian.

“Ini menunjukkan masih ada kekeliruan, yang akan merosakkan masyarakat disebabkan oleh perbuatan yang tidak bermaruah ini,” katanya.Katanya bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.”Sebagai orang Islam, tuduhan moral harus ditolak jika ada kekeliruan. Itu sebabnya dalam Islam, perlu ada empat saksi yang adil dan berhemah.”

http://www.malaysiakini.com/news/159353

Mesej yang cuba disampaikan oleh kartun itu, sekiranya seseorang itu menjadi mangsa rogol walaupun tidak ada empat orang saksi tetapi pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap perogol berdasarkan bukti-bukti lain termasuklah melalui kaedah saintifik. Siasatan cara begitu dipanggil Qarenah.

Kami tahu, anda sendiri boleh faham dengan maksud yang cuba dikatakan melalui kartun di atas.Apakah pendapat anda mengenai isu ini?

Tiada ulasan: