| Nazri Abdullah |
|
Usul itu dicadangkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). “Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan terhadap beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan bergelar anonymous yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my", katanya. Sehingga hari ini sudah hampir 51 laman web rasmi kerajaan telah digodam dengan serangan pihak yang tidak bertanggujawab di luar negara. Laman web itu di dakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service). Semalam, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS melahirkan kebimbangan dengan perkembangan terbaru itu yang memperlihatkan sistem keselamatan siber negara mudah ditembusi. Kebimbangan lebih besar jika penggodam tersebut turut menyerang sistem keselamatan dan perbankan negara ini. "Perkara ini adalah suatu yang amat serius dalam negara berdepan dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan kemudahan tanpa sempadan ini bagi tujuan yang amat memalukan negara dan menggugat keselamatan negara kita. "Oleh yang demikian, saya meminta Sidang Dewan Rakyat agar dapat melihat keseriusan serangan terhadap laman web rasmi kerajaan ini dan meletakkan tindakan serangan ini sebagai satu tindakan yang akan menggugat keselamatan negara dalam konteks pertahanan negara jika ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan drastik pihak kerajaan," ujarnya. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 17 Jun 2011
PAS kemuka usul bincang web k'jaan kena godam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan