HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Jun 2011

PM akan muncul pula di stesen radio Cina

MALAYSIA KINI


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan tampil ke udara di stesen radio berbahasa Cina - One FM - dalam program Morning Kaki pada 23 Jun.

one fm morning kaki dj 170611Ini disahkan dalam halaman Facebook program tersebut oleh deejay Jack dan Jane (kiri).

Penampilan Najib di One FM selepas kemunculannya yang sama di stesen radio Melayu - Hot FM - pada 6 Mei.

Sumber industri memberitahu sebelum itu bahawa Najib akan muncul ke udara melalui stesen radio Melayu, Inggeris dan Cina antara bulan Mei dan Julai.

Najib merupakan perdana menteri pertama yang menggunakan strategi tersebut, dengan muncul ke udara melalui slot yang menarik pendengar bandar yang berulang-alik ke tempat kerja.

Semasa kemunculannya di Hot FM, Najib mempromosi rancangan untuk para belia, serta menyentuh pelbagai topik yang tidak membabitkan politik seperti Liga Perdana Inggeris, yang mempunyai ramai penyokong tempatan.

Tiada ulasan: