Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpandangan bahawa pembinaan Tugu 1Malaysia "bukan keperluan mendesak" yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan.
Zainul Rijal (kanan) mengulas saranan pemimpin PAS, termasuk ahli jawatankuasa PAS Dr Mujahid Yusuf supaya Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji secara terperinci berhubung pembinaan tugu 1Malaysia.
Saranan itu dibuat ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis baru-baru ini menegah pembinaan tugu itu, antaranya kerana mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).
Dalam satu kenyataannya hari ini, Zainul Rijal turut menggesa MFK membincangkan pendirian Perlis itu, seterusnya mewartakannya supaya ia menjadi undang-undang.
"Pihak kerajaan seharusnya peka dengan sentiviti Islam ini supaya tidak tergelincir dari landasan hukum syarak yang sebenar.
"Setiap tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan perlu mengambilkira kedudukannya di dalam Islam sebagai agama bagi Persekutuan," tegasnya sambil mengingatkan supaya agenda kerajaan selari dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan