SHAH ALAM : Kerajaan Pusat tidak mempunyai langkah proaktif untuk membantu rakyat yang sedia terkesan dengan penarikan subsidi pelbagai barangan keperluan asas.
Malah Perdana Menteri, Najib Razak sewenangnya-wenangnya menyatakan kenaikan tarif elektrik mulai hari ini tidak membebankan rakyat.
Hal ini dibantah keras oleh ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang berpendapat kenyataan Barisan Nasional itu tidak berasas sama sekali.
“ Percayakah, yakinkah kita bahawa mereka yang menggunakan 300 kilowatt itu tidak akan terkesan apa-apa terhadap perbelanjaan domestik? Mesti ada. Sebab harga barang akan naik dengan cepat,"katanya kepada Tv Selangor.
Menurut Johari, walaupun mungkin 75 peratus pengguna domestik di negara ini tidak mengalami sebarang perubahan pada bil elektrik mereka, namun akhirnya mereka akan mendapati perbelanjaan bulanan mereka meningkat.
Ini kerana, golongan peniaga yang terkesan akibat kenaikan tarif elektrik perlu mencari alternatif sendiri untuk memastikan pulangan modal bagi perniagaan mereka dan satu-satunya cara yang boleh digunakan ialah dengan menaikkan harga barangan.
“ Rakyat yang terlibat dalam perdagangan akan pindahkan balik kos itu kepada pengguna-pengguna biasa, jadi akhirnya pengguna-pengguna biasa seperti kita semua akan sengsara. Sengara dua kali. Yang pertama elektrik yang diguna di rumah kita (yang guna lebih 300 kilowatt) dan yang kedua barangan yang kita beli akan naik,"ujar beliau.
Jelasnya, rakyat akan terus dibebani dengan kesempitan hidup apabila gaji mereka tidak dinaikkan, ditambah pula dengan tindak tanduk kerajaan yang suka membandingkan harga barangan di negara ini dengan negara jiran seperti Singapura.
“ Walaupun kerajaan cuba membandingkan kononnya tarif elektrik dengan Singapura jauh lebih tinggi daripada kita, ia tidak berasas. Sebabnya apakah pendapaan rakyat Singapura jauh lebih rendah daripada kita? Ataupun pendapatan rakyat Singapura berlipat kali ganda berbanding dengan kita,"tambahnya.

Malah Johari turut membidas tindakan kerajaan yang memberi muka kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) sehingga mengakibatkan beban terpaksa ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rakyat.
“ Kita beri subsidi kepada IPP dalam keadaan kita beli gas dari luar, gas kita sendiri kita jual. Lepas itu beli gas luar dengan harga mahal, kemudian kita subsidikan kepada IPP. Apa semua ini?,”
"Saya melihat bahawa kerajaan lebih mudah untuk pindahkan apa juga kos kepada rakyat. Tidak memikirkan cara-cara lain bagi menyelesaikan masalah rakyat,"katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan