HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Februari 2012

Peguam : Cuti Badrulamin Bukan Satu Hukuman

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM: Peguambela Dr Badrulamin Bahrom, menegaskan cuti sebulan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada Pengarah Penerangan Selangor itu untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan berkahlwat dengan isteri orang, tidak harus ditafsirkan sebagai satu hukuman terhadap beliau.

Mohamed Sazali Abdul Aziz melihat "nasihat" bercuti untuk memberi keselesaan kepada Badrulamin sementara menunggu hasil keputusan kes itu.

Pejabat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kejutan apabila "menasihati" Badrulamin bercuti sebulan susulan penahanan beliau oleh Jabatan Agama Islam Pahang hujung minggu lalu bersabit tuduhan berkhalwat dengan isteri orang.

Badrulamin menafikan tuduhan itu dan menegaskan beliau tidak pernah berseorangan dengan wanita berkenaan di bilik hotel berkenaan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu pemberita Isnin lalu bahawa beliau masih belum membuat keputusan untuk menerima tawaran bercuti itu namun pejabat Khalid bingkas mengumumkan bahawa Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar akan mengambil alih tugas-tugas Badrulamin.

Tindakan itu menimbulkan spekulasi pejabat Menteri Besar mengambil satu lagi tindakan "menghukum" Badrulamin setelah dikatakan menimbulkan pelbagai kekangan susulan perlantikannya sebagai Pengarah Penerangan Selangor di atas permintaan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2010.

Mohamed Sazali bagaimanapun berkata tindakan kerajaan negeri itu lebih elok dilihat daripada sudut positif.

"Saya beranggapan bahawa maknanya arahan tersebut dibuat bukan atas satu bentuk hukuman kepada Dr.Badrulamin tetapi saya nampak ianya adalah lebih nampak kepada untuk keselesaan dia.

"Maknanya kadang-kadang itu, itu adalah satu cadangan daripada kerajaan negeri sendiri ialah untuk menyatakan apabila ahli dia atau anggota dia menghadapi masalah, maknanya mereka tidak memberi tekanan kepada dia," kata beliau kepada AntaraPos.com.

"Saya tidak mengatakan bahawa langkah tersebut dibuat wajar atau tidak wajar, memang dari segi prinsip, awak boleh bekerja sehingga awak didapati bersalah, dalam konteks itu, Dr.Badrulamin pun boleh berkata kenapa kerajaan negeri minta saya bercuti sebab saya pun masih boleh menjalankan tugas tetapi saya rasa ini adalah satu perkara daripada kerajaan negeri untuk beri dia masa berehat," katanya.

"Jadi itu yang dapat diterjemahkan oleh kerajaan negeri bahawa apabila awak tidak fokus atau apabila awak menghadapai musibah, saya bagi awak cuti, macam itu," katanya.

Selain Badrulamin, dua pemimpin kanan kerajaan negeri kini juga dikaitkan dengan siasatan agensi penguatkuasa.

Timbalan Exco Pertanian Selangor yang juga Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie dan Pembantu Exco Belia Dan Sukan, Amirudin Shari dikaitkan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit rasuah dalam industri pasir di negeri itu.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan sebarang salah laku dan meneruskan tugas seperti biasa, tanpa diarah mengambil sebarang cuti oleh Pejabat Menteri Besar.

Pelantikan Badrulamin sebagai Pengarah Penerangan Selangor dibuat di atas arahan Anwar setelah wakil rakyat daripada parti itu menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Khalid pada kongres nasional parti itu tahun 2010.

Rasa tidak puas hati itu bertumpu kepada apa yang dilihat oleh pemimpin PKR sebagai kegagalan Khalid membina jentera pilihan raya peringkat parti bagi memastikan Selangor kekal di tangan PKR pada PRU akan datang.

MP Sabak Bernam Didapati Bersalah Buat Tuntutan Palsu

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.
Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Abim gesa henti keganasan politik


MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR,- Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) ingin melahirkan kesal dan kecewa dengan beberapa insiden keganasan politik yang berlaku semenjak kebelakangan ini.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, berdasarkan dari pengamatan pihak Abim, gejala keganasan politik itu tampak semakin menggejala terutama sekali dalam suasana teka-teki tarikh Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin rancak diperkatakan.

“Insiden-insiden bermotif politik semakin kerap berlaku kebelakangan ini seperti mengganggu ceramah dan penerangan politik, mengakibatkan kecederaan fizikal dan kemusnahan harta benda, serta memecah masuk premis dan rumah tokoh politik, telah menyorot perhatian dan mencetuskan kebimbangan para pengamat politik serta rakyat secara umumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, katanya jelas menunjukkan ketidakmatangan budaya politik di peringkat akar umbi dan keluhuran demokrasi.

Beliau berkata, tambah mendukacitakan perkembangan itu terjadi ketika negara sedang menyaksikan keterbukaan wacana politik di kalangan para pemimpin serta parti-parti politik di negara ini.

Menruutnya, insiden-insiden keganasan politik yang berlaku kebelakangan ini seharusnya menyedarkan para pemimpin politik bahawa para pendukung politik di peringkat akar perlu dididik serta dilatih, untuk mengamalkan budaya politik terbuka serta matang.

Dalam erti kata lain, ujarnya gagasan serta idealisme politik yang sering dicanangkan oleh para pemimpin politik tidak ubah sebagai retorik kosong semata-mata sementelahan amalan politik akar umbi terus-terusan dizahirkan menerusi kebobrokan akhlak, gejala fitnah memfitnah yang mengaibkan seteru politik, keganasan, caci maki dan ugutan.

Justeru, katanya Abim menyeru pimpinan politik supaya mendidik serta mengawal perilaku serta akhlak tindak tanduk politik para penyokong masing-masing agar menjunjung tinggi prinsip Kedaulatan Undang-undang sepertimana yang digariskan dalam Rukun Negara.

Beliau menambah, selain integriti kepimpinan politik, amalan demokrasi yang positif turut menekankan peri pentingnya budaya kepengikutan yang bersandarkan nilai-nilai moral dan keagamaan yang menghormati tidak sahaja kawan tetapi juga lawan.

“Abim berharap agar insiden-insiden ini tidak berulang di masa hadapan taktala negara sedang meniti detik-detik getir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13.

“Kita tidak mahu insiden-insiden keganasan politik yang sering berlaku di luar Negara menggejala lantas mencemarkan kestabilan, keamanan dan keharmonian negara kita,” katanya lagi.

Justeru, tambah beliau Abim menggesa agar pihak berwajib memelihara hak-hak bersuara serta berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan serta mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keganasan politik secara adil dan tanpa memilih bulu.

Sesungguhnya, kata beliau rakyat sudah jelik dengan amalan politik ‘matlamat menghalalkan cara’ yang semakin berleluasa dan menyeru semua pihak memainkan peranan untuk membawa rakyat kembali berpegang kepada prinsip ‘Negara Barakah’ yang menjunjung tinggi prinsip, nilai akhlaq serta etika dan moral. -Harakahdaily

Indeks kemiskinan Kelantan 4.8, Sabah 19.2

MALAYSIA CHRONICLE


KOTA BHARU, - Laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menjelaskan indeks kemiskinan di Kelantan 4.8 iaitu lebih rendah berbanding Perlis (6.0), Kedah (5.3) dan Sarawak (5.3).

Bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Sabah yang mencatat paling tinggi iaitu 19.2.

Laporan itu berdasar Jadual 6, Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri Malaysia 1970-2009.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sekiranya dibuat perbandingan, nyata sekali Kelantan bukannya negeri termiskin.

“Apakah Perdana Menteri tidak diberi maklumat yang betul sedangkan Unit Perancang Ekonomi berada di bawah dagunya sendiri melaporkan sebaliknya.

“Atau sememangnya Dato’ Seri Najib sengaja mengundang kemarahan rakyat Kelantan dengan melontarkan penghinaan sebelum ini,” katanya di sini.

Ketika berucap merasmikan Mini Estet Sejahtera di Kampung Nala, Lahad Datu di Sabah pada 18 Februari lalu Perdana Menteri menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang termiskin di Malaysia.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Pengarah Sektor Pembangunan Manusia Bank Dunia (Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jimenez turut mengesahkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Katanya, kenyataan itu dibuat berdasar kepada kajian yang dibuat dan pada pengamatannya Sabah dijangka terus kekal sedemikian dalam tempoh agak lama berdasar perkembangan ekonominya sekarang.

Menurut beliau fakta tersebut bukan bertujuan menghina Sabah, sebaliknya pelbagai masalah melanda negeri itu termasuk kebanjiran warga asing di bawah kerajaan BN sekarang.

Selain itu skandal pemberian kad pengenalan dikatakan begitu berleluasa sekali.

“Rakyat Kelantan tidak boleh menerima penghinaan seorang Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan tanpa berasaskan kepada fakta.

“Apakah lawatan Datuk Seri Najib ke Kelantan pada 2 Mac ini cuba mengulangi penghinaan serupa,” katanya.

Menurutnya tidak wajar sama sekali seorang Perdana Menteri melontarkan penghinaan sebegini kepada sebuah negeri yang termaktub dalam perlembagaan berada di bawah persekutuan Malaysia.

Kata Abdul Latif juga kerajaan BN meninggalkan pentadbiran Kelantan pada 1990 dengan hutang sebanyak RM700 juta. Selain itu dinafikan pelbagai hak termasuk royalti minyak.

“Kami menuntut agar Perdana Menteri menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas penghinaan tersebut,” ujarnya.-harakahdaily

Semua menunggu Gani Patail: Adakah suami Sharizat akan didakwa?

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Perhatian rakyat Malaysia telah beralih kepada Peguam Besar yang popular, Gani Patail, kerana ingin tahu jika dia akan mengeluarkan waran tangkap bagi suami Menteri hal ehwal wanita Shahrizat Jalil, yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan NFC yang berjumlah RM250mil.

Gani yang sering dituduh rasuah dan menjadi pak turut kerajaan persekutuan pimpinan Umno, dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada hujung minggu yang lalu, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya, ia mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah isyarat kepada Gani untuk tidak tunduk kepada tekanan daripada orang ramai, pihak pembangkang dan Umno sendiri, untuk bertindak ke atas kes yang memakan masa yang lama itu.

Najib sebenarnya memberi respon terhadap berita bahawa polis telah mengesyorkan supaya dakwaan pecah amanah dikenakan keatas Salleh Ismail, pengerusi NFC, walaupun timbalan ketua polis, Khalid Abu Bakar sebelumnya telah mengumumkan pada bulan November bahawa siasatan tidak menunjukkan apa-apa "elemen" pecah amanah .

Sesungguhnya, skandal NFC penuh dengan misteri kerana hampir semua kumpulan-kumpulan utama dalam parti Umno terlibat dalam perjanjian itu. Projek itu sendiri bertujuan untuk membangunkan industri penternakan lembu di Malaysia dan telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat serta keluarga untuk diselia pada tahun 2006.Sebuah pinjaman kerajaan berjumlah RM250mil telah diberikan bagi pembiayaan projek itu tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang yang diketuai oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan bahawa keluarga Shahrizat menggunakan sebahagian besar pinjaman untuk tujuan peribadi termasuk membeli kondominium mewah, kereta,bercuti di luar negara dan sebagainya.

PN mesti bertindak dengan profesional

Menyeru pentadbiran Najib untuk berhenti menundakan kes ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang memberi amaran keras terhadap menggunakan Gani sebagai alasan untuk menghalang atau melambatkan tindakan terhadap Salleh baru-baru ini.

"Apa yang penting ialah Peguam Negara mesti bertindak mengikut fakta kes. Saya berharap mereka akan menyelesaikan perkara itu secara profesional," Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.

Salahuddin bimbang akan komen terbaru Perdana Menteri mengenai perkara itu, yang membayangkan bahawa ada kemungkinan tiada pendakwaan akan dilakukan oleh pentadbiran beliau. Perdana Menteri berkata Peguam Negara memegang kuasa mutlak di bawah Perlembagaan untuk memutuskan sama ada sesuatu kes mempunyai bukti yang mencukupi untuk diterima di mahkamah, kegagalannya akan menyebabkan kes dikembalikan semula kepada polis untuk siasatan semula.

"Saya menyatakan ini berdasarkan prinsip bahawa andaian tidak boleh dibuat ke atas apa yang akan berlaku seterusnya kerana ia terpulang kepada Peguam Negara .dan hanya dia mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam perkara ini. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua siasatan berakhir dengan pendakwaan, "kata Najib kepada pemberita pada hari Ahad.

Najib dan pengikutnya telah dipersalahkan kerana memulakan kejatuhan NFC kerana memberi maklumat tentang penyalahgunaan dana dengan tujuan untuk menjatuhkan Shahrizat dan menggantikannya dengan Raja Nong Chik sebagai calon bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umun yang akan datang. Ia dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini.

Najib, bagaimanapun, tidak bersedia apabila skandal meletup dan sekarang sedang dipersalahkan kerana mengurangkan peluang Umno untuk menang pada PRU ke-13. Dipercayai bahawa dia kini sedang membuat perjanjian dengan Shahrizat untuk tidak mendakwa beliau, dengan syarat dia meletak jawatan dari kabinet dalam masa terdekat.

Memalukan Muhyiddin dan Badawi secara berterusan

Pemerhati Umno percaya bahawa dia kini sengaja memanjangkan drama NFC kerana puak saingan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam kes itu.

Badawi yang juga mantan Perdana Menteri telah memberikan projek kepada keluarga Shahrizat untuk diurus. Pesaing berpotensi Najib dalam perlumbaan untuk merebut jawatan presiden Umno, Muhyiddin Yasin, merupakan bekas Menteri Pertanian yang menanda tangani secara rasmi pemberian projek kepada keluarga Shahrizat. Dengan memainkan skandal NFC, Najib berharap untuk menjatuhkan kedua-dua Badawi serta Muhyiddin.

"Najib akan memaksimumkan pengunaan media untuk memalukan Muhyiddin, KJ dan puak Badawi, jadi jangan mengharapkan tindakan pantas atau keputusan daripada Peguam Negara. Taktik ini memberi kelebihan kepada Najib dan beliau akan menggunakannya sepenuhnya. Kepada rakyat, sudah tentu dia akan menyanyikan lagu yang berbeza dan tali barutnya akan pergi menyebarkan pelbagai jenis cerita untuk cuba memisahkan diri daripada skandal NFC, "kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

"Tetapi saya tidak fikir ia akan berjaya memperdayakan orang ramai kerana mereka tahu Umno tetap meraih keuntungan daripada pendedahan kes Shahrizat dan sekarang ia cuba dipanjangkan dengan membabitkan Muhyiddin dan Badawi supaya nama mereka juga tercemar. Yang rugi adalah Umno, secara keseluruhannya kerana politik kotor tetap akan memakan presidennya juga. "Malaysia Chronicle

NFC: Farmhouse Supermarket beroperasi di Rochester Mall, bersebelahan Star Vista

Rafizi Ramli


Saya dimaklumkan mengenai penafian oleh CapitalMall bahawa kompleks membeli belah Star Vista yang sedang dimajukan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Saya memandang berat kesilapan ini dan telah berhubung dengan rakyat Malaysia di Singapura yang banyak membantu. Semakan pada pagi ini mendapati bahawa Farmhouse Supermarket akan beroperasi di Rochester Mall bersebelahan dengan Star Vista.

Farmhouse Supermarket menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura. Projek itu dibangunkan oleh pemaju UE One-North Developments Private Limited.

Semakan di laman rasmi Rochester Mall jelas menyenaraikan Farmhouse Supermarket sebagai salah satu penyewa mereka, seperti yang dilaporkan di laman http://www.rochestermall.com.sg/#02-08to35

Maklumat di laman itu juga mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat 2, berbanding kedai-kedai lain.

Saya juga berpendapat oleh kerana lokasi Rochester Mall adalah bersebelahan dengan Star Vista, anggaran sewa seperti yang didasarkan kepada laporan Competition Commission of Singapore tidaklah banyak berbeza.

Oleh yang demikian, saya percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang saya sebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat. Kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai.

Saya memohon maaf secara terbuka kepada CapitalMall dan NFC atas kesilapan fakta yang berlaku, walaupun ia tidak memadamkan pelbagai persoalan yang timbul mengenai pembabitan NFC di dalam operasi pasaraya mewah di Singapura.

RAFIZI RAMLI IALAH PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Mereka terus menderita, dan mereka terus melawan

Nashita Md Noor


"Pengalaman perit sebagai tahanan ISA ialah saya rasa sepi, sunyi rindukan anak-anak dan isteri yang terpisah lama."

Ini adalah sebahagian kata-kata dari Saari Sungib (gambar kanan) sebagai saksi pertama yang memberikan keterangan bersumpah di Mahkamah untuk kes saman lima orang bekas tahanan ISA Reformasi melawan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

Bukan pertama kali untuk saya mendengar ungkapan ini, malah berkali-kali saya mendengarnya. Saya menghayati setiap patah perkataan ini apabila sejak hari pertama Saari Sungib ditahan ISA pada 10 April 2001 kami sekeluarga sudah bersama keluarga ini membantu mereka dalam menghadapi detik-detik kezaliman ISA yang menimpa mereka.

Mulai saat itu tertubuhlah Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA di bawah Gerakan Mansuhkan ISA. Kami membantu setiap keluarga yang suami, anak atau sesiapa sahaja yang ditahan ISA, tanpa mengira agama, bangsa malah kewarganegaraan manapun jua. Ini kerana ISA tidak hanya kena pada Rakyat Malaysia sahaja, malah warganegara luar seperti Nigeria, Arab Saudi, Indonesia juga Filipina turut terkena.

Saya masih ingat di salah satu perjumpaan Pusat Sokongan Keluarga tahanan ISA dengan Kementerian Dalam Negeri dalam tahun 2003 saya bangun mengatakan bahawa saya adalah AJK Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA (PSK). Kami terpaksa menubuhkan badan ini kerana pihak yang bertanggungjawab menangkap rakyat secara zalim dan memisahkan dengan ahli keluarga secara paksa tidak memberikan bantuan dan menjaga kebajikan mereka.

Sejak dari tahun 2001 saya bersama beberapa Isteri tahanan ISA dan AJK Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Parti Politik, PAS, DAP, PKR dan NGO-NGO berusaha keras tanpa jemu membantu keluarga yang dizalimi ini. Banyak usaha yang kami jalankan bersama samada bantuan kebajikan mahupun desakan untuk membebaskan semua tahanan ISA dengan segera.

Dengan sumbangan orang ramai kami berusaha menampung keperluan mereka. Ketika ramai mangsa tahanan ISA yang mencecah lebih seratus orang usaha kami mendapat perhatian ramai. Ramai rakyat yang prihatin menyumbang kepada GMI untuk keluarga tahanan ISA. Kami pernah berjaya mengusahakan beberapa buah keluarga Tahanan ISA dari Sandakan dibawa ke Semenanjung untuk berjumpa suami dan ahli keluarga mereka di Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting (KEMTA). Mungkin itulah kali pertama dan terakhir peluang untuk mereka menziarahi KEMTA sepanjang bertahun-tahun dipisahkan. Kami juga berjaya menyewa bas beberapa kali untuk membolehkan ahli keluarga yang ramai dari Johor menziarahi KEMTA. Pernah juga kami mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bas untuk membawa ahli keluarga tahanan ISA melawat ahli keluarga di KEMTA. Kami menguruskan agar ada kawan-kawan yang bergilir membawa keluarga ke KEMTA.

Semua ini kami lakukan tanpa jemu kerana sedar kehidupan mereka melarat dan merana apabila suami, khususnya dipisahkan secara zalim.

Apabila ini berlaku suami, sebagai ketua keluarga dirampas secara zalim oleh penguasa dengan menggunakan akta ISA, maka hilanglah tempat untuk mereka bergantung. Kehidupan menjadi susah, fikiran kacau, pedih dan sedih. Anak-anak hilang kasih sayang, ibu ayah menderita kehilangan anak.

Sukar untuk diceritakan penderitaan yang mereka lalui, saya sedikit sebanyak menghayatinya walau suami saya tidak pernah ditangkap di bawah ISA. Saya berkongsi penderitaan mereka dan cuba membantu mereka seboleh yang mungkin. Terlalu banyak perkara yang tidak dapat saya lupakan sepanjang perjalanan bersama keluarga tahanan ISA ini. Pedih, marah, perit semua dilalui. Anak-anak yang menderita sakit mental dan fizikal. Kami berhadapan dengan dua orang anak tahanan ISA yang sama baya dan sama waktunya menderita sakit mental, masalah kejiwaan hingga perlu diletakkan di bawah perhatian doktor pakar dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Mereka anak lelaki sulong dan merasakan penderitaan ibu yang kehilangan tempat bergantung. Mereka yang di usia belasan tahun merasakan merekalah yang sepatutnya mengambil alih tanggungjawab itu.

Anak-anak kecil yang menderita. Anak yang pergi buat selamanya dan tidak sempat dijenguk oleh sang Ayah hanya kerana pihak polis dan SB melewatkan membawa pulang si ayah dari tempat tahanan. Ibu ayah yang sudah tua yang menderita hingga saat kematian tidak sempat diziarahi si anak.

Isteri-isteri yang dahulunya hanya seorang suri rumah sepenuh masa terpaksa mengambil alih tugas mencari rezeki menampung perbelanjaan. Harta benda banyak terpaksa dikorbankan. Ada yang kehilangan rumah dan perniagaan besar apabila gagal menjelaskan pinjaman. Semua ini menambahkan trauma kepada ahli keluarga. Ada isteri yang mencari nafkah dengan berbagai cara. Mereka berusaha sepanjang terpisah dengan suami secara paksa. Ada yang dua tahun dan ada yang mencecah hingga lapan tahun.

Kami di PSK GMI tidak pernah melupakan mereka. Dengan sumbangan orang ramai kami membantu mereka apabila mereka memerlukan terutama sekali apabila menjelang hari perayaan dan juga awal tahun untuk perbelanjaan kembali ke sekolah juga sepanjang tahun apabila diperlukan. Adakalanya mereka akan menghubungi kami untuk meminta bantuan apabila sudah terdesak. Pernah seorang isteri memohon bantuan sekadar RM70 bagi membeli gas memasak yang sudah kehabisan dan barangan dapur. Ada yang memohon sekadar RM50 untuk membeli ubat. Inilah faktanya, mereka susah namun mereka tidak meminta-minta.

Walaupun ada tahanan ISA yang sudah dibebaskan dan bebas untuk bekerja namun atas masalah trauma dan tekanan perasaan, masih ramai yang gagal mendapatkan pekerjaan yang tetap, maka kami di PSK GMI masih dihubungi mereka untuk bantuan. Kami sedaya cuba memenuhi permintaan mereka.

Kini sudah ramai tahanan ISA dibebaskan. Dari angka yang mencecah ratusan kini tinggal beberapa puluhan orang. Walau ISA sudah dijanjikan untuk dimansuhkan masih ada yang baru ditahan bila pihak berkuasa masih menangkap belasan tahanan yang baru dari Tawau Sabah. Maka masih ada keluarga-keluarga miskin di pedalaman yang menderita kehilangan tempat bergantung. Ada isteri yang sedang sarat mengandung dan menanti hari untuk melahirkan ketika suami dirampas pergi, anak-anak yang terus menderita, ibu ayah yang menahan rasa.

ISA masih mencengkam, kehidupan rakyat masih tidak selamat dengan adanya ISA. Masih ada rakyat yang perlu pembelaan. Kerajaan terus terusan menahan rakyatnya secara zalim melalui ISA dengan alasan menjaga keselamatan awam dan tahanan memudaratkan keselamatan negara. Alasan ini dikenakan ke atas semua tahanan ISA.

Sayangnya mangsa ISA sebenarnya ditangkap, dizalimi dipisah secara paksa bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara seperti didakwa kerana tidak pernah ada bukti. Sebaliknya mereka ditangkap semata-mata untuk menjaga keselamatan mereka yang berkuasa.

"Sepanjang saya ditahan, tidak pernah ditanya tentang memiliki bom dan niat untuk menggulingkan kerajaan. Apa yang ditanya dan dibebelkan berulangkali ialah tentang fitnah terhadap Anwar Ibrahim, tentang Anwar Ibrahim mempunyai 30 lebih wanita. Kami ditahan hanya kerana kami berani mencabar kerajaan dan kami adalah menjadi ancaman dan mudarat kepada UMNO."

Kenyataan bersumpah oleh Saari Sungib di Mahkamah pada 27 Februari 2012 dalam kes saman atas penahanan mereka di bawah ISA dari 10 April 2001-1 Jun 2003.

Keluarga dipisahkan secara zalim, dibiarkan menderita bukan kerana suami dan ayah mereka mengancam keselamatan negara sebenarnya. Dua tahun hingga lapan tahun malah ada yang lebih lama dibiarkan menderita dengan penahanan yang tidak sah, zalim, tanpa dibicarakan dan tanpa perlu diadakan sebarang bukti.

Mereka terus menderita dan rakyat terus diancam keselamatan hidup dengan wujudnya ISA dan undang-undang lainnya yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Maka terus lawan hingga ISA dimansuhkan dan semua tahanan dibebaskan dengan segera.

LAWAN tetap LAWAN!

Kisah ayah yang tidak sempat bertemu anaknya buat kali terakhir.
http://ummuasiah2001.blogspot.com/2008/07/pulangkan-ayah-ainadoakan-kesejahteraan.html

Kisah penderitaan isteri.

http://ummuasiah2001.blogspot.com/2008/11/moga-kesah-allahyarham-adik-aina-tidak.html

*Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA.

Apabila mangsa Komsas bersuara (Bahagian 3)

Keempat-empat penulis tetap mendoakan kejayaan bagi penulis lain yang turut menjadi mangsa royalti teks Komsas.



Soalan: Adakah anda masih mengharapkan Menteri Pelajaran untuk masuk campur dan menggunakan kuasa khas beliau bagi menyelesaikan isu ini?

Rohani: Sepatutnya begitu. Setahu saya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang pemimpin yang amat berwibawa, dihormati dan disegani. Banyak kes yang lebih besar dapat diselesaikan oleh beliau dengan mudah sebelum ini. Saya tinggal di negara yang kerajaannya selalu melaungkan slogan ‘rakyat didahulukan.’ Atas keyakinan inilah juga, kami berempat menghantar surat kepada beliau sebelum ini dan meminta beliau masuk campur untuk membela nasib kami.

Amy: Ya, masih mengharap. Masih sangat mengharapkan Menteri Pelajaran mendengar rayuan kami. Kami juga rakyat Malaysia yang katanya akan ‘didahulukan’. Masakan kuasa penerbit lebih besar daripada kuasa Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri!

Hazama: Jauh di sudut hati, memang saya berharap agar Menteri Pelajaran sudi berbuat demikian kerana saya amat mengkagumi kepimpinan beliau. Saya beranggapan beliau tidak akan membiarkan golongan penulis seperti kami terus ditindas penerbit tidak berperikemanusiaan.

Izan: Saya selalu ikuti perkembangan Tan Sri dalam membantu sasterawan dan penulis tanah air. Hairan juga mengapa dalam kes ini, beliau bagaikan lepas tangan sedangkan surat rayuan sudah kami serahkan terus ke pejabat beliau. Mungkin beliau berfikir BBT boleh selesaikan. Kini, BBT ternyata tidak boleh selesaikan. Jadi, apa kata menteri gunakan kuasa khas yang ada untuk membela penulis yang tertindas dan teraniaya ini? Saya rasa permintaan dan harapan kami tidak keterlaluan.

Soalan: Hasil keputusan mesyuarat khas itu, penerbit tetap tidak mahu bayar royalti dan penulis tidak akan terima apa-apa walaupun karya masih dijadikan teks Komsas selama lima tahun. Penerbit pula tetap untung! Adilkah?

Rohani: Saya ada terfikir cadangan “tidak mengizinkan” karya saya dijadikan teks Komsas supaya biar “sama-sama tak untung”. Hal ini saya sudah fikirkan sebelum karya itu dicetak dulu. Ketika mendengar keputusan Julie Looi tidak akan membayar royalti, saya sudah berfikir begitu. Saya menghubungi pegawai BBT dan minta nasihat beliau. Beliau pun setuju dan minta saya tulis surat untuk membatalkan (“tidak mengizinkan”) karya saya dijadikan teks Komsas. Namun, sebelum surat itu sempat dikirim, saya dimaklumkan bahawa penerbit sudah menyerahkan dokumen lengkap tertentu kepada BBT dan saya tidak berhak untuk “tidak mengizinkan”.


Amy: Itulah yang terbaik. Setelah rundingan cara baik terbukti gagal, itulah pilihan terbaik. Setidak-tidaknya saya tidak berasa terkilan lagi kerana ditipu penerbit. Itu juga cara terbaik untuk memberi pengajaran kepada penerbit yang tamak. Biar mereka tahu bahawa penulis tidak akan selama-lamanya membiarkan mereka ditindas, dianiaya dan dizalimi.

Hazama: Apa yang berlaku memang tidak adil. Karya itu adalah hasil keringat penulis dan semestinya kami mendapat penghargaan dan bayaran yang setimpal. Nampaknya hanya penerbit dapat habuan! Jadi, adalah lebih baik ditarik balik daripada dijadikan teks Komsas demi kebaikan semua pihak dan untuk mengakhiri kemelut ini daripada berpanjangan.

Izan: Penerbit terbukti mahu mendapat untung seratus peratus tanpa memikirkan soal penerbit yang merupakan insan seni dan pemegang hak cipta karya. Biar kami buktikan bahawa karya itu masih milik kami dengan tindakan drastik “tidak mengizinkan” karya kami dijadikan teks Komsas.

Dihasut?

Soalan: Benarkah dakwaan pihak tertentu bahawa anda “dihasut” dan “dipergunakan” oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan saya sendiri dalam isu royalti teks Komsas?

Rohani: Ini satu lagi kenyataan bodoh yang membuatkan saya ketawa besar. Saya berbincang dan bertekak memperjuangkan hak saya sejak awal 2011. Saya kenal Uthaya dan Kavyan pada bulan Julai 2011 iaitu selepas saya buntu berbincang dengan pelbagai pihak tapi tetap tidak ada jalan penyelesaian. Saya ada dengar, penerbit menuduh Uthaya sebagai punca saya tidak mahu menulis untuk syarikat mereka. Sebenarnya, saya menulis dengan mereka sejak 2001. Selepas itu, memang saya tidak pernah menghantar apa-apa manuskrip kepada mereka. Saya hidup dengan hasil menulis. Kalau manuskrip sebuah novel dibayar RM350 senaskhah dan cerpen RM40 tanpa hak royalti, cuba beritahu saya, penulis mana yang sanggup? Kalau penerbit tu makan nasi, kami juga makan nasi. Jadi, penerbit dan sesiapa yang berkaitan, tolong jangan salahkan Kavyan. Saya hanya minta nasihat Uthaya selepas semua usaha lain menemui jalan buntu. Saya melantik Uthaya sebagai wakil rasmi memandangkan saya tinggal di Johor Bahru dan susah untuk berulang-alik ke Putrajaya.

Amy: Sesiapa pun yang menolong akan saya terima pertolongan itu dengan senang hati. Kebetulan, pihak yang bersedia membantu selepas mendengar rintihan saya adalah Kavyan. Ini bukan soal hasut atau dipergunakan. Ini soal penindasan oleh pihak tertentu dan usaha Kavyan membantu kami mendapat kembali hak kami.

Hazama: Tidak perlu sesiapa menghasut saya. Saya sendiri sedar akan hak saya. Atas kewarasan dan kesedaran itulah, saya menuntut hak saya. Bahkan, usaha menuntut hak ini sudah saya mulakan setahun lebih awal sebelum membawa isu ini kepada perhatian Kavyan.


Izan: Ternyata penerbit kehabisan modal, lalu cuba memutar-belit fakta. Semua maklumat ada di blog dan boleh dirujuk oleh sesiapa sahaja.

Soalan: Dalam perkembangan terbaru, khabarnya ada pihak tertentu yang bersedia tampil membantu para penulis lain yang turut menjadi mangsa royalti teks Komsas.

Rohani: Baguslah! Kami berjuang sendirian dalam kumpulan kecil sejak dulu. Laluan sudah dibuka dan KPM sendiri sudah mengakui kelemahan. Maka, penulis lain juga amat wajar berani tampil menuntut hak.

Amy: Sejak awal, kami berempat memang sudah mengatakan bahawa perjuangan kami bukan hanya untuk kami tapi untuk semua penulis; termasuk mereka yang memilih untuk membisu dan berdiam diri.

Hazama: Entahlah sama ada pihak tertentu itu akan turut berjuang mewakili kami tetapi itu tidak menjadi masalah. Kami berempat masih meneruskan perjuangan. Semoga pihak tertentu yang tampil berjuang sekarang akan beroleh kejayaan. Tapi janganlah pula kenakan bayaran perkhidmatan atau minta komisyen daripada penulis terbabit.

Izan: Kami sangat gembira kerana sudah ada kesedaran dalam kalangan penulis dan pertubuhan lain bahawa kita perlu berani menuntut hak. Kami mendoakan kejayaan bagi semua penulis yang menjadi mangsa royalti teks Komsas. – Tamat

Bahagian awal

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/28/apabila-mangsa-komsas-bersuara-bahagian-2/

Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal ‘Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya’ (SA0184670-H) yang dilantik secara rasmi oleh keempat-empat penulis terbabit untuk mewakili mereka dalam isu royalti teks Komsas.

PKR dakwa pasaraya NFC di Rochester Mall

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui kesilapannya berhubung lokasi pasaraya yang didakwa dimiliki National Feedlot Corporation (NFC) di Singapura.

Ketika ditanya, beliau hari ini mendakwa, lokasi sebenar pasaraya itu ialah Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive, Singapura dan bukannya di Star Vista Mall seperti yang didakwanya semalam.

Jelasnya, kedua-dua pusat membeli-belah itu terletak berdekatan di antara satu sama lain dan petugasnya yang membuat pengesanan itu telah berkunjung ke lokasi yang salah.

"Orang kita yang pergi kesan itu buat kesilapan. Mereka pergi ke pusat membeli belah yang salah.

"Kita telah periksa semula. Mereka dapati (lokasi pasaraya) itu di satu lagi pusat membeli-belah -- Rochester Mall," katanya.

Katanya, Rochester Mall juga telah dibuka dan beroperasi sejak beberapa lama.

"Jadi saya sedang pastikan sama ada pasaraya itu juga telah beroperasi. Saya rasa mereka telah beroperasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Pemuda Umno dakwa KM kebudak-budakan

Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

adam adli visit penang 291211 penang umno youth chief shaikh hussein mydinMenurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak,” katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.

Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.

NONEPerhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

penang himpunan hijau 2 260212 03Dakwanya, Koh yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.

Kami hampir dipukul samseng Umno: Nurul dan Nik Nazmi

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengarah komunikasi Nik Nazmi Nik Ahmad telah membuat laporan polis berhubung kejadian di penempatan Felda di Gambang, di mana mereka hampir dipukul oleh samseng Umno yang sering membuat kacau kerana cuba menghalang mereka daripada memberikan ceramah politik.

Kawasan Felda adalah kubu tradisi UMNO pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mereka agak khuatir jika pemimpin pembangkang muda seperti Nurul dan Nik Nazmi mendapat sokongan kesan daripada perhimpunan dan ceramah mereka.

Najib khususnya kelihatan sensitif sejak berita penyenaraian saham Felda dan penganalisis memberi amaran ini boleh mengakibatkan peneroka kehilangan tanah mereka pada pihak yang berkepentingan jika ia disenaraikan.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada hari Ahad di Felda Lepar Hilir 1, Nurul memberitahu bagaimana seorang lelaki berbaju merah telah menghampiri beliau di kedai kopi di mana ceramah telah diadakan. Dia kemudian cuba menyerang Nurul

"Jaraknya sangat dekat, tak boleh nak cakap, ia sangat menakutkan. Jika penyokong kami tidak tarik dia, maka Anwar Ibrahim (ketua pembangkang) bukanlah seorang sahaja yang kena mata lebam, "katanya pada sidang akhbar bersama yang diadakan dengan Nik Nazmi pada hari Isnin.

Polis Gambang telah mengenal pasti penyerang sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Walau bagaimanapun, mereka tidak memberi apa-apa maklumat lanjut mahupun menyiarkan video kejadian. Nurul mengesahkan dia melihat seorang pegawai berpakaian biasa yang merakam kejadian itu.

Samseng

Memanggil penyerang itu sebagai "samseng", Nik Nazmi menganggarkan terdapat kira-kira 100 orang di ceramah PKR yang bermula selepas 9:30. Untuk mengganggu duo PKR ini, kira-kira 30 orang yang memegang tampuk Umno dan bendera BN ditempatkan di kedai kopi pintu depan, di mana mereka bermain muzik dengan kuat supaya menengelamkan ceramah.

Keadaan semakin bahaya dan Nurul berserta Nik Nazmi terpaksa meninggalkan tempat itu ditemani polis pengiring.

"Mereka menjerit menyuruh Nik Nazmi balik ke Selangor, saya pula balik ke Lembah Pantai dan memanggil Anwar peliwat, ia sangat memalukan. Apabila kita hendak pergi, kumpulan itu cuba untuk menghalang kami, kira-kira empat atau lima polis bantuan Felda terpaksa dipanggil untuk mengiringi kami, "kata Nurul.

"Apabila polis sedang berunding dengan kami, kumpulan itu menjerit: Kenapa cakap dengan pembangkang, kenapa sokong pembangkang. Kami tidak berminat nak tengok drama, kita cuma mahu buat kerja kita. " Malaysia Chronicle

Perkasa sokong debat Najib-Anwar, Najib bagaimana?

Harakahdaily,

SHAH ALAM: NGO Pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut bersetuju agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata debat kedua-dua pemimpin itu penting sebagai medan mengemukakan ideologi masing-masing.

“Perkasa menyokong debat antara perdana menteri dan Anwar Ibrahim kerana melalui perbahasan ilmiah berkenaan, kedua-dua pemimpin itu dapat mengemukakan ideologi masing-masing.

“Perkasa juga akan menyokong mana-mana pihak yang selari dengan matlamat dan dasar perjuangan kami,” tegasnya dalam wacana Sinar Harian semalam.

Selain Ruslan Wacana yang bertajuk “Mengapa Undi Melayu Pecah” itu turut menampilkan AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai panel manakala moderatornya adalah pensyarah UIA Dr Mazlee Malik.

Dalam debat itu, kesemua mereka juga bersetuju debat antara Najib-Anwar direalisasikan dengan segera.

Dr Dzulkefly ketika mengulas perkara sama berkata, debat berkenaan seharusnya dilaksanakan bagi mereka mengutarakan idea-idea, kerana melalui debat, akan berlakunya pencerahan minda rakyat, dan mereka akan membuat keputusan untuk memilih pemimpin.

“Melalui debat, rakyat diberi ruang untuk membuat keputusan ketika pilihan raya,” katanya.

Ong Tee Keat pula berpendapat debat tersebut perlu untuk percambahan idea kepada masyarakat namun tidak harus dijadikan pentas ceramah politik.

“Saya setuju debat itu dijalankan, tetapi harus bezakan antara debat dan ceramah politik.

"Jika sekadar debat tanpa hala tuju dan wawasan ia tak ke mana, kalau dapat, biarlah dikemukakan perkara yang realistik, dan bukannya retorik,” katanya.

Isu debat pemimpin DAP Melayu-Umno P Pinang

MALAYSIA CHRONICLE

Saya Zulkifli Mohd Noor selaku AJK DAP Negeri Pulau Pinang dengan ini menyahut cadangan dan serta desakan daripada Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang sepertimana yang telah disiarkan oleh melalui laman web Harakah Daily bertarikh 24/2/2012 untuk berdebat dengan pemimpin UMNO Negeri ini. Cadangan debat oleh KMPP adalah mengenai isu yang melibatkan kepentingan politik serta ekonomi atau lebih tepat lagi halatuju dan masa depan orang-orang melayu Pulau Pinang.

Sebagai seorang pemimpin melayu veteran dalam Parti DAP semenjak hampir 25 tahun sehinggalah menjadi Kerajaan dibawah Pakatan Rakyat hampir 4 tahun lalu, saya secara peribadi dan ikhlas lagi jujur mengaku masih banyak lagi keperluan serta sumbangan yang harus dipertingkatkan bagi tujuan penambahbaikkan kepada orang-orang melayu Pulau Pinang. Ini termasuklah kekuatan politik, ekonomi, kebajikan, pendidikan dan sebagainya yang dikategorikan sebagai perkara wajib. Dalam istilah politik ada kalanya kumpulan minoriti lebih berharga berbanding kumpulan majoriti.

Kedudukan jawatan saya sebagai Ahli Majlis agak terhad disebabkan status saya yang bukan bertaraf Yang Berhormat menidakkan saya berada di dalam Kerajaan Negeri. Ini tidak bermaksud saya langsung tidak menyumbang kearah membantu bangsa saya sendiri. Saya sentiasa menegur secara belakang tabir. Justeru itulah menyebabkan wujudnya tanggapan bahawa tiada sumbangan daripada pemimpin melayu DAP dinegeri ini. Ingin saya tegaskan ini tidak bermakna soal politik dan ekonomi melayu disini diabaikan sepenuhnya. Sayangnya setiap niat murni kita telah dijadikan propaganda politik pihak tertentu dengan hasrat menodai kradibiliti sokongan melayu negeri ini kepada Pakatan Rakyat khususnya kepada Parti DAP.

Saya mengakui bahawa kewujudan pemimpin DAP Melayu sudah bertapak bagi suatu tempoh yang lama semenjak tahun 1969 dimana dalam catatan sejarah DAP Melayu pernah memenangi 1 kerusi Parlimen dan 6 kerusi Dun sewaktu menjadi pembangkang dahulu secara total. Sekarang sejarah telah bertukar dimana takdir telah menentukan bahawa kemunculan bakal calon-calon DAP Melayu dinegeri ini khasnya serta seluruh Malaysia amnya tidak boleh disembunyikan lagi menjelangnya PRU 13 nanti. Saya sedar bagaimana acap kali ahli DAP Melayu dikritik dan dihina tanpa sempadan daripada parti politik melayu seakan-akan melayu di dalam Parti DAP tidak memberi apa-apa faedah kepada orang-orang melayu dinegara ini. Timbul persoalan apakah ahli melayu dalam DAP bukan beragama Islam serta tiada akidah? Terkadang pandangan-pandangan negatif berkenaan sudah sampai tahap melampau dan berbahaya.

Satu lagi faktor yang menenggelamkan pemimpin DAP Melayu seperti saya adalah kerana telah dihukum terlalu awal iaitu tiada langsung diberi peluang dan ruang melalui media cetak dan elektronik. Tanpa publisiti media maka menyukarkan pihak saya dan pemimpin melayu dalam DAP untuk berbakti kepada bangsa kami sendiri. Bila tiada bantuan media atau sekatan keatasnya maka timbullah persepsi negatif orang-orang melayu terhadap kami. Alhamdulillah muktahir ini, isu calon-calon DAP Melayu telah mula dibangkitkan atas kerisauan pemimpin-pemimpin melayu sendiri yang begitu gusar ada kemungkinan peralihan sokongan mungkin berlaku pada PRU 13 nanti. Saya percaya bahawa pengundi-pengundi melayu khususnya di Pulau Pinang sudah bijak untuk menilai diantara kaca dan permata.

Justeru itu, cadangan dan desakan oleh KMPP melalui kenyataan Presidennya Rahmad Isahak yang mahukan satu debat yang sihat serta bersih semata-mata demi kepentingan melayu disini harus dipandang dari sudut positif. Saya tidak terkilan menyatakan bahawa NGO Melayu ini (KMPP) adalah satu-satunya NGO Melayu yang begitu lantang bersuara demi ingin melihat bangsa mereka tidak diperlekehkan samaada oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat. Bukankah lebih elok lagi kalau wujudnya lebih banyak NGO Melayu seperti KMPP di Pulau Pinang?

Akhir sekali atas nama orang-orang Melayu dinegeri ini maka saya dengan ini bersedia untuk berdebat dengan pemimpin UMNO Pulau Pinang yang saya rasakan lebih afdal jikalau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang iaitu Dato Zainal Abidin Osman sendiri berdebat dengan saya tanpa sebarang syarat disuatu lokasi di Negeri Pulau Pinang.

Saya yakin banyak perkara berfaedah bakal dirungkaikan menerusi sesi debat berkenaan. Pelan transformasi masa hadapan adalah intipati terpenting yang perlu sampai ke pengetahuan orang-orang Melayu Pulau Pinang. Semoga permintaan saya akan menjadi kenyataan. Soal penganjuran akan ditetapkan kemudian setelah mendapatkan persetujuan daripada pihak UMNO Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu.

KERUSI YANG PERNAH DIMENANGI OLEH CALON DAP MELAYU

KERUSI PARLIMEN:

Ahmad Nor (1990), Bayan Baru, Pulau Pinang.

KERUSI DUN:

Ibrahim Singgeh (1969), Tapah Road, Perak

Hassan Ahmad (1969) Si Rusa, Perak

Fadzlan Yahya (1982), Pasir Berdamar, Perak

Fadzlan Yahya (1986), Pasir Berdamar, Perak

Fadzlan Yahya (1990), Lahat, Perak – majoriti 429 undi

Mohd Asri (1990), Dermawan, Perak – majoriti 7540 undi

Zulkifli ialah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu merangkap AJK DAP Negeri Pulau Pinang.

-harakahdaily

Isa angkuh, tidak hormati warga Felda

MALAYSIA CHRONICLE


Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memandang serius akan kenyataan terbaru Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menggambarkan bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) akan tetap diteruskan meskipun selepas kegagalan mereka mendapatkan konsensus daripada warga Peneroka berikutan Perintah Mahkamah Tinggi Kuantan sehingga membawa kepada pembatalan EGM pada 22 Februari lalu.

DMPP menyifatkan kenyataan, hasrat dan tindakan Isa Samad ini sebagai angkuh, gelojoh dan tidak menghormati warga peneroka. Sewajarnya Isa Samad mengambil pendekatan serius untuk menyantuni kebimbangan serta ketidakjelasan para peneroka sebaik mungkin bukannya merangka pelan baru dengan menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang kononnya 112,635 orang peneroka akan mendapat faedah langsung daripada penyenaraian FGVH.

DMPP percaya bahawa isu berkaitan penyenaraian FGVH ini akan terus membingit dan mengancam masa depan warga peneroka akibat kegagalan pentadbiran Umno BN dalam melakukan suatu tindakan yang benar-benar meletakkan kepentingan rakyat itu didahulukan melebihi daripada cita-cita besar Umno BN untuk memperolehi wang segera bagi tujuan Dana PRU13 Umno Barisan Nasional. Seterusnya menjadikan warga peneroka sebagai korban kepada nafsu besar dan ketidakupayaan Umno BN untuk mengurus tadbir negara ini dengan baik amnya dan Felda itu sendiri khususnya.

Janji transformasi dan penambahbaikan Felda seperti yang dilaungkan oleh PM dan Isa Samad sebenarnya hanya boleh kita sifatkan sebagai slogan kosong! Tanpa isi, tanpa makna dan tanpa keinginan serta kesungguhan politik yang jelas melainkan “impian kesenangan-kemewahan kepada golongan yang selama ini hidup susah” melalui apa yang Umno BN sebut sebagai “durian runtuh”.

Hakikatnya “durian runtuh” ini adalah bayaran “one Off” selepas para Peneroka seolah menggadaikan masa depan mereka kepada Umno BN bilamana menyetujui penyenaraian FGVH kelak. Kadar dividen KPF (antara yang tertinggi dalam Koperasi di Malaysia) yang para Peneroka perolehi selama ini akan hanya tinggal menjadi kenangan manis yang mungkin sukar untuk diulang semula, impak selepas penyenaraian. Apatah lagi kredibiliti FGVH itu sendiri sangat boleh dipersoalkan selepas kita difahamkan FGVH pernah kerugian lebih RM500 juta, 2007-2010 dalam pelaburannya di luar negara.

DMPP menyifatkan janji “durian runtuh” ini sebagai satu lagi projek BN dalam meneruskan kelangsungan memperbodoh-bodohkan rakyat khususnya kelompok marhaen. Walau bagaimanapun, DMPP percaya warga peneroka kini merupakan generasi yang lebih bermaklumat dan tidak mudah untuk tewas dengan janji manis pihak Umno.

Sehubungan dengan itu, DMPP menyambut baik usaha dan hasrat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dalam memobilisasi Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang akan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Negeri-Negeri bagi memohon perkenan Tuanku Sultan untuk campurtangan supaya Tanah Felda Plantation di negeri masing-masing tidak dipajak kepada FGVH.

DMPP juga menyokong penuh hasrat Anak untuk menyerahkan memorandum cadangan bagaimana tanah seluas lebih kurang 360,000 hektar di bawah Felda Plantation (yang kini kosong tanpa peneroka) boleh dimanfaatkan untuk rakyat dan menjana perolehan baru kepada kerajaan negeri. Hasrat ini sesungguhnya selari dengan matlamat asal lebih kurang 55 tahun yang lepas ketika rancangan tanah Felda itu dibuka dan dibangunkan.

DMPP meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pentadbiran Kerajaan Negeri-Negeri di bawah Pakatan Rakyat untuk turut memberi perhatian dan mengambil tindakan wajar selari dengan Kuasa-Kuasa Kerajaan Negeri berhubung tanah rancangan Felda sepertimana yang diperuntukkan dalam Group Settlement Areas Act (Akta Tanah Penempatan Kawasan Berkumpulan), 1960 .

DMPP menyedari betapa sehingga kini hanya Kelantan yang memberikan respon positif dan solidarity terhadap perjuangan para Peneroka melalui kenyataan rasmi Datuk Paduka Husam Musa sebelum ini. Justeru, DMPP mencadangkan agar Selangor dan Kedah turut dapat memberikan perhatian yang sama dalam usaha kita membantu rakyat di semua peringkat.

Akhirnya, DMPP ingin menegaskan bahawa penyenaraian FGVH akan membuka ruang kepada orang luar (bukan bumiputera) menjadi pemegang saham; sekaligus menjejaskan kepentingan hak melayu atas Felda yang telah wujud sejak tahun 1956. Polisi Felda seterusnya akan ditentukan pula oleh “orang luar” tersebut dan tentunya ini suatu yang sangat malang kepada orang-orang Melayu yang selama ini telahpun tertipu dengan dakyah pembohongan Umno BN bahawa kononnya mereka adalah “Pelindung” kepada orang-orang serta kepentingan Melayu. Hakikatnya, Umno BN inilah yang telah banyak melakukan kerosakan terhadap masa depan serta kepentingan orang-orang Melayu dan Islam dalam negara ini.harakahdaily

Debat Najib-Anwar bukan penentu undi Melayu bersatu


SHAH ALAM – Debat yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah penentu bagi penyatuan undi masyarakat Melayu di negara ini, kerana undi bangsa itu telah lama berpecah sejak PAS bertanding dalam pilihan raya menentang Umno suatu masa dahulu.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), debat yang dicadangkan antara dua pemimpin itu tidak akan menyatukan undi Melayu kerana rakyat tetap akan menilai daripada hasil perbahasan mereka untuk mengundi.

“Perpecahan undi Melayu itu adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan kerana ia sudah berlaku apabila wujudnya dua parti yang berasaskan bangsa Melayu iaitu PAS dan Umno.”

Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, debat berkenaan seharusnya dilaksanakan bagi mereka mengutarakan idea-idea, kerana melalui debat, akan berlakunya pencerahan minda rakyat, dan mereka akan membuat keputusan untuk memilih pemimpin.

“Melalui debat, rakyat diberi ruang untuk membuat keputusan ketika pilihan raya,” katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk “Mengapa Undi Melayu Pecah”,di pejabat Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Tambahnya lagi, seharusnya tidak timbul pertikaian berhubung perkara itu, sebaliknya persoalan yang timbul adalah mengapa undi Melayu lari daripada Umno.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat bersetuju dengan cadangan debat tersebut, namun mengharapkan agar debat itu tidak dijadikan pentas ceramah politik, sebaliknya perbahasan bernas yang dapat melakukan percambahan idea dalam kalangan masyarakat.

“Saya setuju debat itu dijalankan, tetapi harus bezakan antara debat dan ceramah politik. Jika sekadar debat tanpa hala tuju dan wawasan ia tak ke mana, kalau dapat, biarlah dikemukakan perkara yang realistik, dan bukannya retorik,” katanya yang merupakan salah seorang panel jemputan.

Turut menyokong cadangan tersebut adalah Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, yang juga panel dalam wacana berkenaan.

“Perkasa menyokong debat antara perdana menteri dan Anwar Ibrahim kerana melalui perbahasan ilmiah berkenaan, kedua-dua pemimpin itu dapat mengemukakan ideologi masing-masing,” katanya yang bersetuju dalam kaedah bersatu dalam kepelbagaian.

“Perkasa juga akan menyokong mana-mana pihak yang selari dengan matlamat dan dasar perjuangan kami,” tegasnya lagi.

Chua bagaimanapun menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, tidak relevan untuk mempersoalkan berlakunya perpecahan undi Melayu, kerana menurutnya, apa yang lebih penting adalah kesamaan hak semua bangsa.

“Kita berbeza dalam fikiran, prinsip dan ideologi. Seharusnya kita harus menyokong kerajaan yang mengambil berat terhadap kepentingan rakyat,” katanya.

NFC beli pasaraya pula di Singapura, kata PKR

Kecewa dengan kegagalan kerajaan bertindak terhadap syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NCFC) yang didakwa terbabit dengan penyelewengan dana RM250 juta, PKR hari ini mendedahkan bahawa syarikat berkenaan memiliki sebuah pasaraya mewah di Singapura.

NONEPengendali pasar raya itu yang berdaftar di Singapura, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.

NONERafizi juga telah mengunjungi tapak pusat membeli-belah yang masih dalam pembinaan di lokasi utama berhampiran Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.

Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi.

Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta.

Sebelum ini, Rafizi pernah mendedahkan NFC turut memiliki tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam tiga kondominium mewah di negara itu.

Menurut beliau, syarikat berkenaan juga aktif dalam mengambil pekerja melalui pengiklanan dan dipercayai sebagai persediaan pasaraya itu yang akan dibuka tahun ini.

Najib, mengapa projek lembu tak diserah pada Felda?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang membisu berhubung skandal syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) digesa menjelaskan mengapa syarikat milik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih menguruskan projek mega ternakan lembu itu dan bukannya syarikat Felda yang turut membuat bidaan.

NONEMenurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri), Najib bersikap hipokrit apabila memperbesar-besarkan sumbangan beliau kepada peneroka Felda tetapi pada masa yang sama tidak memberikan projek bernilai lebih RM300 juta yang boleh memberi manfaat kepada ribuan peneroka kepada syarikat yang dimiliki oleh Felda.

Memetik jawapan yang diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Dewan Rakyat pada 31 Oktober tahun lalu, Rafizi berkata Najib yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Projek Fidlot Negara pada tahun 2006.

Jawatankuasa itu menerima bidaan daripada enam syarikat, termasuk dari Felda Farm Products Sdn Bhd, anak syarikat Felda Plantations Sdn Bhd, dan Agroscience Industries Sdn Bhd bagi mendapatkan projek mega itu.

Jawatankuasa itu kemudiannya memilih Agroscience Industries dan Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd untuk dipertimbangkan lanjut tetapi Lamberts kemudian menarik diri. Justeru, Agroscience Industries menjadi syarikat tunggal untuk melaksanakan projek itu.

felda farm products 130207Membandingkan profil semua enam syarikat yang membuat bidaan itu, berdasarkan dokumen yang diperolehi, Rafizi, seorang eksekutif korporat sebelum menceburi dunia politik, berkata, beliau membuat kesimpulan bahawa Felda Farm Products adalah syarikat terbaik untuk melaksanakan projek ini.

Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1995 dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta dan pada 31 Disember 2010 telah membuat keuntungan RM9.6 juta.

Manakala Agroscience Industries yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan tidak mempunyai pengalaman dalam perternakan lembu.

"Tidak perlu seorang genius untuk memikirkan mana syarikat terbaik untuk diberikan projek itu," kata Rafizi.

"Najib tidak boleh lepas tangan dan berdiam diri seperti apa yang dilakukannya sejak enam bulan yang lalu.

NONE"Beliau sama seperti (bekas Perdana Menteri) Pak Lah sekarang. Malah, beliau lebih senyap berbanding Pak Lah ... Tandatangannya ada pada projek ini.

"Jika beliau tidak memberi maklum balas, kami akan mendedahkan sesuatu," kata Rafizi, sambil mencabar Najib untuk menjadi ‘lelaki budiman’ (gentleman).

"Saya tidak mahu menggunakan perkataan pengecut. Tetapi setakat ini perkataan untuk menggambarkan Najib yang meninggalkan Shahrizat keseorangan menangkis isu ini, adalah bukan lelaki budiman."

Dr Dzul: PAS sedia dipimpin bukan Melayu

Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu bersedia melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan kanan di parti berkenaan.

NONE"Ya, kita bersedia," katanya yang menambah, keadaan itu boleh dilihat apabila PAS yang dahulunya banyak bertapak di kawasan majoriti Melayu, kini lebih diterima di kawasan bukan majoriti Melayu.

Perkara itu merupakan hasil daripada usaha transformasi yang dijalankan parti itu yang membolehkannya menjadi lebih inklusif, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya satu program wacana di Shah Alam hari ini mengenai perpecahan sokongan di kalangan orang Melayu.

Jelasnya, perkara itu hanya melibatkan perkara urus tadbir yang dibolehkan dalam Islam.

Ketika diminta menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas itu, Dzulkefly berkata ketetapan seperti itu boleh diubah mengikut tuntutan masa.

azlanTetapi buat masa ini mungkin belum sampai masanya untuk PAS berbuat demikian, katanya.

"Kalau sudah diutarakan kita bincang dalam muktamar dan kita putuskan bersama," katanya lagi.

Perkara itu ditimbulkan oleh moderator wacana tersebut Dr Maszlee Malik apabila Dr Dzulkefly menimbulkan mengenai kesan gerakan Arab Spring yang didakwa turut memberi kesan kepada PAS.

Dr Maszlee bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Muslim Brotherhood and Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden.

PAS: Perpecahan Melayu bukan dosa


MALAYSIA KINI

Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut -- PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.

NONE"Itu bukan dosa tetapi wajar untuk selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.

Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS.

Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.

Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang.

Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

NONE"Kami kena edar video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau masih bersama Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan seorang lagi ahli panel, Ruslan Kassim yang berkata umat Melayu perlu bersatu dalam asas akidah Islam.

"Macam mana PAS boleh bersama dengan DAP tetapi tidak bersama Umno," soal pemimpin pertubuhan PERKASA itu lagi.

Ruslan juga dicabar untuk menyatakan pendiriannya berhubung pendirian PERKASA berhubung isu rasuah yang mendapat perhatian ramai.

NONESeorang lagi ahli panel, pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, PERKASA sepatutnya mengutarakan isu seperti "lembu kondo", komisyen pembelian kapal selam dan juga isu pelarian modal.

Ruslan berkata, dakwaan melibatkan National Feedlot Corporation itu sedang disiasat dan isu berhubung pendakwaan itu tertakluk kepada peguam negara.

"Kita janganlah dahului mahkamah," kata bekas majistret itu lagi.

Ruslan yang diasak oleh moderator forum selepas itu berkata, PERKASA juga berpendirian sama dalam kes Liwat II yang dihadapi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Ruslan berkata Anwar sering menyebut mengenai "perangkap konspirasi" dan betapa bekas timbalan perdana menteri itu tidak terperanjat dengan keputusan yang akan dibuat mahkamah.

NONE"(Anwar kata) dah tahu, tinggal baca keputusan saja. Kita tak setujulah.

"Dulu kata konspirasi, mahkamah diperalat, tapi sekarang dah lain," katanya lagi.

Seorang lagi ahli panel program wacana anjuran akhbar Sinar Harian itu ialah bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Selasa, 28 Februari 2012

Umno nafi terbabit dalam kekecohan Himpunan Hijau


MALAYSIA KINI


Sama dengan pendirian yang diambil kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Umno juga menafikan mereka terbabit dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.

NONEMenurut Bernama yang memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu.

"Kalau betul kita (Umno) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).

"Benda yang tiada, diada-adakan," katanya pada sidang media majlis penyerahan air mineral kepada program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Pada Ahad lalu, sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika L:im sedang berucap.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

NONEKumpulan berkenaan dikatakan menyerbu ke arah orang ramai yang menghadiri Himpunan Hijau sehingga mengakibatkan huru-hara berlaku, di mana Lim secara lisan diugut dan dua wartawan diserang.

Lim juga semalam membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan PERKASA keranan bimbang akan keselamatannya.

Malah, katanya, sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya.

NONESejak kebelakangan ini, gangguan ke atas acara dan ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang, semakin menjadi-jadi.

Ahad lalu, pada kejadian di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, nyaris menjadi mangsa apabila penyokong Umno menyerang dan menyerbu pentas ceramahnya.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Khalwat: Tangkapan Ustaz Badrulamin Tidak Sah Dan Langgar Enakmen Tatacara Jenayah Syariah!

PAHANG DAILY


KUANTAN
- Ramai pihak keliru dengan insiden tangkapan Khalwat yang melibatkan tokoh agama terkenal, Ustaz Dr.Badrulamin Bahdun di Hotel Swiss Garden Resort dekat sini dua hari lalu.

Ini kerana, berbagai persepsi berlainan telah dilaporkan tentang isu ini. PDO dengan kerjasaman beberapa orang Krew Eksklusif kami telah mengadakan operasi untuk menyiasat perkara itu. Ia bagi menghuraikan kekalutan yang timbul akibat kes berkenaan. Ustaz Badrulamin yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa telah ditangkap bersama isteri orang di sebuah bilik hotel berkenaan. Namun, kemusykilannya ialah tangkapan itu dilakukan sendiri oleh suami wanita berkenaan.

Beliau bukan sahaja telah dikurung dan dihalang berhubung dengan sesiapa, malahan turut dipercayai telah dikasari oleh sekumpulan lelaki yang telah diupah oleh suami wanita terbabit.

Pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dimaklumkan tentang kejadian itu telah dimaklumkan kemudian. Persoalannya yang timbul, kenapa suami lelaki melakukan kekasaran dan menangkap beliau. Sedangkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pahang, kuasa untuk menangkap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut ialah Pegawai Penguatkuasa Agama (JAIP), Pegawai Polis dan Pegawai Masjid (Imam) yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Malah semua pesalah yang ditangkap tidak boleh disentuh, malah dikurung sama sekali melainkan orang itu menyerah diri sama ada dengan perkataan atau pun melalui perbuatan. (Rujuk: Seksyen 10, Enakmen 8 Tahun 2002, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002).

Malah, lebih mengejutkan ketika ditangkap Ustaz Badrulamin dipercayai berada dalam bilik sebaliknya wanita terbabit didakwa berada diluar bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

Maka, atas alasan apakah beliau dikatakan telah melakukan perbuatan "khalwat". Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang. Maka, wajarkah media perdana keluarkan artikel kononnya beliau ditangkap khalwat seperti dihebahkan?.



Tangkapan khalwat sepatutnya belaku bila kedua-dua tertuduh berada
dalam keadaan yang mencurigakan dalam satu bilik seperti di atas

[Sebenarnya, masih banyak persoalan yang perlu dibongkarkan dalam kes yang melibatkan Ustaz Badrulamin ini. Walau pun isu ini nampak menyebelahi beliau, namun ada juga maklumat yang mungkin boleh memerangkap beliau.

Namun, segalanya masih dalam siasatan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Kami akan membuat laporan seterusnya selepas menerima maklumat terkini daripada pihak yang berkenaan.

Apapun, kepada semua rakyat terutamanya umat Islam, diminta berhati-hati dengan berbagai persepsi dan versi berbeza yang mereka terima tentang kejadian ini. Kami akan dapatkan info tepat tentang apakah yang berlaku di sebalik kejadian yang penuh kontroversi tersebut].

Terkini: Ustaz Badrul Amin "Di Siasat" Pihak JAIP, PKR Akan "Menfailkan Tindakan Saman" Isu Ini !

PAHANG DAILY


KUANTAN
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Ustaz Badrulamin Bahron(foto) telah dipanggil mengadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) jam 3.00 petang tadi.

Ia berhubung dengan siasatan lanjut kes tangkapan khalwat terhadapnya pada 25 Februari lalu. Difahamkan, siasatan dijalankan di Tingkat 3, Bangunan JAIP (pejabat lama Pejabat Daerah & Tanah Kuantan).

Beliau tiba di Pejabat JAIP pada jam 2.45 petang bersama peguamnya, Ahmad Nizam Hamid. Ia kemudian disusuli kehadiran wanita yang dikaitkan terlibat dalam kes khalwat bersama beliau yang tiba kira-kira pukul 3.05 petang diiringi anggota keluarganya.

Sementara itu, satu sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang melaporkan bahawa parti itu akan menfailkan tindakan saman terhadap Timbalan Pengarah JAIP, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz.

Difahamkan, para peguam PKR kini sedang meneliti asas yang kukuh untuk tindakan tersebut. Ini memandangkan, terdapatnya unsur meragukan dan ada usaha terancang pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik tertuduh dan juga parti itu sendiri.

Sebelum ini, kami juga ada melaporkan Timbalan Pengarah JAIP menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya Ustaz Badrulamin telah ditangkap khalwat. Namun, media arus perdana begitu rakus memainkan isu kononnya Ustaz Badrulamin sudah jatuh bersalah sedangkan hakikat sebenar isu ini masih belum diketahui lagi.

Banyak kepincangan yang berlaku dan seolah-olah ia sengaja dirancang sedemikian rupa untuk tujuan menfitnah pemimpin PKR tersebut, yang juga tokoh agama terkenal itu itu.


[Sementara seorang pemimpin PKR Pahang hari ini menegaskan, jika benar Timbalan Pengarah JAIP, tidak keluarkan kenyataan "Ustaz Badrulamin Di Tangkap" dan menuduh media perdana memutar belitkan kenyataannya, maka beliau harus mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit.

Ini kerana dia sendiri ada mengatakan JAIP mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot dalam kes itu. Malah nenurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.

Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu di negeri Pahang].

NFC beli pasaraya di Singapura?

KL TODAY



Kecewa dengan kegagalan kerajaan bertindak terhadap syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa terbabit dengan penyelewengan dana RM250 juta, PKR hari ini mendedahkan bahawa syarikat berkenaan memiliki sebuah pasaraya mewah di Singapura.Pengendali pasar raya itu yang berdaftar di Singapura, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – Datuk Mohd Salleh Ismail – bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.
Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.

Rafizi juga telah mengunjungi tapak pusat membeli-belah yang masih dalam pembinaan di lokasi utama berhampiran Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.

Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi.

Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta.

Sebelum ini, Rafizi pernah mendedahkan NFC turut memiliki tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam tiga kondominium mewah di negara itu.

Menurut beliau, syarikat berkenaan juga aktif dalam mengambil pekerja melalui pengiklanan dan dipercayai sebagai persediaan pasaraya itu yang akan dibuka tahun ini.

Khalwat: Tengku Mahkota campur tangan

KL TODAY



Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin PKR berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.
“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu.

Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.

Badrulamin kebetulan berada di Kuantan untuk temurapat atau permukiman PKR pada hujung minggu lalu.

Menurut wanita itu lagi, beliau memang kenal rapat dengan Badrulamin dan isterinya, Zumrah Husni, sejak beliau mengikuti rombongan umrah yang dikendalikan pemimpin itu pada 1 Mei tahun lalu dan mereka sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah,” katanya.

Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

Badrulamin juga mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

“Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya.

“Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang,” kata Badrulamin.

Sabtu lalu, media arus perdana milik BN, termasuk agensi Bernama melaporkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangkap seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan.