HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Februari 2012

Polis Syor Lembaga Pengarah NFCorp Didakwa

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM: Polis DiRaja Malaysia (PDRM), hari ini berkata mereka akan mengesyorkan kepada Peguam Negara beberapa individu terutamanya ahli lembaga pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) didakwa berhubung skandal syarikat terbabit.

Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan, hari ini, dilaporkan sebagai berkata kepada sebuah akhbar portal Free Malaysia Today (FMT) bahawa pegawainya kini sedang giat berkerja untuk mempercepat dan menamatkan sisatan yang sedang dijalankan sebelum menghantar kerats siasatan kepada kamar peguam negara.

"Kami akan mencadangkan kepada kamar (peguam negara) untuk membuat dakwaan...terutamanya terhadap ahli lembaga pengarah syarikat terbabit," katanya lagi.

Difahamkan, ia adalah kali kedua kertas siasatan berkaitan dipulangkan kepada polis oleh kamar peguam negara yang meminta siasatan lanjut dijalankan.

Kali pertama PDRM mengemukakan kertas kepada kamar peguam negaraa adalah pada 17 Januari lalu selepas mereka merakamkan 54 kenyataan, termasuk dari kakitangan syarikat terbabit.

Walaupun enggan memberikan garis masa tertentu bila siastan yang dijalankan dijangka selesai, Syed Ismail berkata siasatan ayng dijalankan berada di peringkat akhir.

Menurutnya, kertas siasatan tersebut telah dihantar semula kepada pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu oleh Kamar Peguam Negara berikutan beberapa perkara yang perlu dikemaskini.

"Ada beberapa perkara yang perlu dikemaskini untuk memperkuatkan lagi kes kita.. kami juga perlu merakam beberapa kenyataan lagi terutamanya dari ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan," ujarnya lagi.

Beliau juga menyangkal spekulasi bahawa polis cuba 'menutup kes' tersebut tanpa sebarang tindakan susulan.

Kes tersebut disiasta di bawah Seksyen 420 and 409 Kanun Kesiksaan kerana pecah amanah dan beberapa sekysen lain di bawah Akta Syarikat


Projek penternakan lembu membabitkan NFCorp menjadi tajuk hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengeluarkan terdapatnya kecelaruan dalam projek yang diurus tadbir oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sejak itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat beberapa siri pendedahan termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.

Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.

Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.

Mereka turut menafikan tuduhan dana RM250 juta itu telah dipindahkan ke akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman tersebut dimeterai

Tiada ulasan: