TANJUNG KARANG-: Tidak sampai dua bulan disiapkan, jalan di Kampung Ibu Ampangan mula rosak akibat kerja menaiktaraf jalan terbabit tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.
Menurut ketua Kampung Ampangan, Hamidon Salim, projek menaiktaraf di Sepanjang Jalan RB menerusi peruntukan dari Kerajaan Persekutuan tersebut tidak dibuat dengan bahan binaan yang secukupnya dan sambil lewa.
"Jalan ini baru sahaja siap tak sampai pun dua bulan, tetapi banyak tempat, batu pasirnya dah disebabkan kenderaan lalu-lalang di sini
"Patutnya mula-mula kena letak batu kasar lepas itu barulah batu pasir, jadi jalan boleh tahan lama, batu pasir tak lari.
"Apa yang kita lihat tadi, tak sampai dua kilo meter sahaja yang ditambak dengan bahan yang betul.
"Tetapi kemudiannya ada yang ditaburkan batu kasar sahaja dan ada juga yang ditaburkan batu pasir sahaja.
"Tempat yang diletakkan batu kasar tanpa batu pasir itulah yang menyebabkan permukaan jalan tadi jadi kasar.
"Tempat yang awak tengok cuma diletakkan batu pasir pasir sahaja tadi pulak menyebabkan jalan jadi 'botak' sampai banyak yang dah nampak tanah merah.
"Sudahlah tu, tambakkan batu-batu tu pun cuma nipis sahaja, sekejap sahaja jalan dah mula rosak semula," beritahu beliau.
Hamidon turut melahirkan kebimbangan peruntukan projek tersebut telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan jalan tersebut dibina dengan bahan yang tidak mencukupi.
"Saya bimbang Peruntukan Kerajaan Pusat ini telah diselewengkan oleh pihak tertentu menyebabkan peruntukan yang turun cuma berapa peratus sahaja sebab dipotong di tengah jalan.
"Akhirnya yang jadi mangsa ialah masyarakat kampung ini dapat prasarana yang dibina dengan tidak sempurna," ujarnya lagi.
Dipercayaai projek menaik taraf jalan di seluruh Selangor merupakan salah satu projek kerajaan Pusat yang diperuntukan kepada Umno Selangor bernilai RM2.71b.
Projek tersebut diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno Selangor untuk tujuan pembangunan setempat bagi tujuan mengabui mata rakyat.
Projek-projek pembangunan tersebut akan dilakukan secara sambil lewa bagi mengaut lebih banyak keuntungan
Hakikatnya wang tersebut bertujuan diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno Selangor bagi menghadapi PRU13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan