HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Februari 2012

Piawaian Pemimpin (1)

Oleh: MSK

Apakah tugas seorang Imam? Bergantung kepada tempat..bergantung kepada persekitaran.

Kalau dikampung yang kecil, tugas imam ialah mengetuai sembahayang berjemaah…tukang baca doa selamat masa kenduri..tukang cukur rambut budak-budak masa istiadat bercukur,tukang baca Yasin kalau orang sakit nak mati dan tukang baca talkin masa orang mati.

Tugas imam dikampung bukan nak bincang pasai lampu jalan..pasai sampah sarap..dan juga bukan pasai macam mana nak meningkatkan ekonomi masyarakat kampong. Itu kerja orang lain sebab kalau bagi kat depa pun depa bukan tau!!

Nak jadi Imam tak susah. Hangpa tak perlu lulus SPM. Tak lulus Empat Senawi pun tak pa. Tak boleh cakap Arab pun takpa.

Kalau diperingkat PMR pun hangpa rasa tak boleh lepas..tak payah sambung belajar. Hangpa pi masuk sekolah pondok..tiap-tiap hari hafal ayat-ayat Quran…dalam masa dua tahun tak kan tak boleh hafal Quran kot?

Dan kat sekolah pondok..dah tentu la hangpa belajar macam mana nak sembahyang, macam mana nak jadi Imam, macam mana nak baca talkin..macam mana nak baca doa.

Aku boleh gerenti…sebelum hangpa keluar dari sekolah pondok lagi..hangpa dah boleh jadi Imam. Malah, sekarang pun..bila tiba bulan puasa..ramai penghafal-penghafal Quran ini dijemput untuk jadi Imam sembahyang Terawih.

Belum lulus sekolah pondok lagi dah ada demand!!

Tapi..ada lagi satu syarat nak jadi Imam. Hangpa kena jadi ahli Umno. Itu kalau nak jadi Imam masjid yang ada elaun la. Kalu nak jadi imam kat surau saja yang tak ada elaun..yang tu sapa pun boleh. Hangpa tak sekolah pondok ka..tak hafal Quran ka…sapa-sapa pun boleh. Keutamaan diberikan kepada mereka yang dah pencen..ha.ha.

Macam mana kalau ada orang kata..syarat-syarat untuk memilih calon wakil rakyat itu ialah dia mesti boleh menjadi Imam.

Hangpa toksah buat lawak la. Kalau dia tu Imam Masjid Negara..yang tu aku boleh respek la. Tapi kalau Imam kat surau atau masjid kat kampong pun hangpa jadikan piawaian asas untuk kelayakan menjadi wakil rakyat..maka hangpa juga masih terkongkong dengan budaya KBSM. Kenduri, Beranak, Sakit, Mati. (Sebenarnya, ada satu artikel tentang KBSM ini yang dah aku deraf..tapi hilang semasa perpindahan. Nanti aku tulis balik apa itu budaya KBSM)

Tugas wakil rakyat bukan nak jadi Imam, bukan nak baca doa..dan bukan nak baca talkin. Tugas tu bagi la kat Imam-Imam sekolah pondok. Kemampuan untuk jadi imam, baca doa dan baca talkin tak boleh dijadikan syarat utama untuk jadi wakil rakyat…tapi kalau calon wakil rakyat itu mempunyai kebolehan diatas..itu satu kelebihan.

Macam mana dengan Dr. Asri atau Ostad Wan Ji yang belajar tinggi ? Layakkah depa jadi Imam masijd Sauk? Lebih dari layak..tapi kalau Dr. Asri atau Ostad Wan Ji hangpa lantik jadi Imam masjid Sauk..aku pun tak setuju.

Dan aku pasti depa pun tak mau. Daripada dok melangut kat Masjid tunggu masuk waktu dan cukup bulan dapat elaun RM600 sebulan…lebih baik depa pi ceramah. Kalau sebulan dapat buat 10 ceramah…dan setiap ceramah dapat RM300.00..dah dapat RM3,000.00. Lagi best.

Apakah Dr. Asri atau Ostad Wan Ji pi belajar tinggi-tinggi sebab nak jadi Imam masjid? Aku tak fikir. Apa yang aku fikirkan ialah depa ni pi belajar tinggi-tinggi sebab nak jadi pemimpin besar..bukan setakat nak jadi Imam Masjid Sauk.

Tapi boleh ka Dr. Asri atau Ostad Wan Ji jadi Menteri Hal Ehwal Ugama? Tak boleh.

Dr. Asri atau Ostad Wan Ji kena masuk parti politik..pegang jawatan dan bodek pemimpin…baru depa layak.

Apa kelulusan nak jadi Ketua Kampung pulak?

Kalau ikut standard Umno sekarang..seseorang itu boleh jadi Ketua Kampung kalau dia bodek dan jilat Ketua Bahagian. Tak ada kelulusan pun tak apa. Tak boleh jadi Imam pun tak apa. Ada yang tak reti menulis pun ada yang jadi Ketua Kampung! Janji dia bodek Ketua Bahagian sebab dia dipilih oleh Ketua Bahagian.

Kalau Pakatan memerintah..adakah hangpa nak ikut standard yang ditetapkan oleh Umno ini? Apa pulak piawaian yang hangpa nak buat? Apakah dengan lantikan atau pemilihan?

Apakah hangpa akan pastikan hanya orang Pas atau orang PKR saja yang layak jadi Ketua Kampung? Apakah hangpa akan menetapkan kuota Pas berapa dan PKR berapa?

Semasa Pakatan memerintah selama 11 bulan di Perak dulu..aku dah tengok macam mana hangpa buat. Aku dah tengok macam mana hangpa pulun untuk jawatan-jawatan politik sampai bergaduh sapa nak jadi Ketua Kampung.

Ada kawasan dimana untuk memastikan Pas mendapat semua jawatan…walaupun tak ada orang yang layak, ialah dengan meletakkan orang yang sama untuk semua jawatan. Dia lah Calon. Dia juga Penyelaras DUN. Dia juga Pengerusi JK Masjid. Dia juga jadi Imam. Dia jugak jadi ketua Kampung. Dia jugak jadi Ketua Cawangan.

Tak ada beza dengan Umno. Malah lebih teruk dari Umno!!

Macam mana pulak kalau nak jadi Ahli Majlis?

Apakah syarat untuk menjadi ahli Majlis itu mesti jadi Timbalan YDP Pas atau Timbalan Ketua Cabang PKR? ..ataupun Naik Ketua Cabang?

Kalau itu syarat-syarat kelayakan untuk jadi Ahli Majlis…maka hangpa gagal meyakinkan aku bahawa hangpa akan jadi pemerintah yang lebih baik.

Buat apa aku habiskan beribu ringgit nak hantar anak aku belajar tentang perancangan bandar kalau dia tak layak jadi Ahli Majlis? Buat apa aku sendiri nak belajar macam mana hendak mengurus Majlis Perbandaran kalau aku tak boleh jadi Ahli Majlis?

Lebih baik aku duduk kedai kopi..cari penyokong..dan bertanding jawatan parti. Lebih baik aku pastikan aku kena hadir disetiap kenduri..disetiap kematian dan disetiap majlis keraian. Bodek pemimpin atasan…aku boleh menang jawatan parti.

Lepas tu aku layak untuk pegang apa jawatan sekali pun. Nak jadi Ketua Kampung ka..Nak jadi Ahli Majlis ka..semua boleh.

Kecuali kalau nak jadi Imam masjid…yang tu aku kena pi sekolah pondok.

Tiada ulasan: