HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Februari 2012

Noh Hantar Wakil Rayu Henti Isu Jual Tanah

Oleh Nazli Ibrahim


TANJUNG KARANG: Terdesak menutup pekung, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar bertindak menghantar Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Umno Bahagian Tanjung Karang bertemu Naib Ketua Pas Sungai Burung, Hj Misran Serman agar menarik kembali kenyataan beliau dalam laporan TVS sebelum ini.

Menurut Misran pertemuan yang diadakan di Pekan Tanjung Karang pada petang Isnin 20 Febuari baru-baru ini dibuat dalam keadaan terdesak berhubung laporan Umno Tanjung Karang menjual tanah milik kerajaan negeri sekaligus memperolehi keuntungan dari urusniaga tersebut.

"Hari itu saya pergi ke Kuala Lumpur dari pagi sehinggalah petang baru saya balik ke Tanjung Karang.

"Kerana terdesak, dia sanggup tunggu saya dari pagi hingga ke petang untuk berjumpa saya dan merayu menarik semula kenyataan saya dalam isu penjualan tanah milik kerajaan negeri itu.

"Dia beritahu saya bahawa Datuk Seri Noh yang menghantarnya bertemu saya untuk mennyelesaikan isu ini secepat mungkin untuk mengelakkan isu ini menjadi lebih besar lagi.

Bagaimanapun menurut Misran, beliau tidak dapat menuruti rayuan AJK Umno yang namanya tertera sebagai pemegang 60 peratus syer syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dalam carian yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Macamana saya nak tarik balik kenyataan saya itu, sedangkan laporan itu berdasarkan dokumen yang diperolehi dari SSM dan pejabat tanah bukanlah sesuatu yang keluar dari mulut saya tanpa asas kukuh.

"Memang dah ada nama dia pada dokumen SSM dengan jelas dan catatan carian pejabat tanah juga memang dah terang-terang tertulis nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) Bahagian Tanjung Karang," katanya lagi.

Misran juga berpendapat isu ini bukanlah sebuah isu yang remeh kerana ianya melibatkan kepentingan orang ramai khususnya masyarakat di Tanjung Karang.

Tiada ulasan: