HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Februari 2012

Polis Setuju Himpunan Hijau 2.0 Diadakan di Lokasi Alternatif

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUANTAN: Polis hari ini bersetuju Himpun Hijau 2.0 di adakan sebuah padang tidak jauh daripada lokasi yang dituntut oleh penganjur.

Jurucakap penganjur, Clament Chin berkata keputusan itu dicapai selepas mesyuarat satu jam diantara jawatankuasa hijau dan polis Pahang pagi tadi.

Polis bersetuju memberi bantuan mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan untuk perhimpunan itu selaras dengan perhimpunan awam, kata beliau.

Semalam, lokasi Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) pada Ahad ini, di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dipagar oleh pihak berkuasa.

Menurut Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam kenyataan medianya, pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya.

“MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.

“Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula,” katanya.

Sebelum ini Himpunan Hijau 2.0 dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi.

Selain di Kuantan, pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur akan diadakan pada Ahad ini sebagai solidariti membantah kilang memproses nadir bumi itu.

Tiada ulasan: